Jumaat, 28 Jun 2019

Santo Petrus dan Paulus, Para Rasul

Kenapa kita mengingati Santo Petrus dan Paulus?

Santo Petrus merupakan Paus yang pertama dan memelihara gereja yang berkembang pesat pada tahun-tahun berikutnya selepas Pentakosta. Pada tahun pertama selepas Pentakosta, orang Yahudi yang menerima Yesus sebagai Penyelamat dan gereja pada awalnya adalah gereja yang sangat Yahudi. Paulus berkhutbah kepada orang-orang bukan Yahudi. Kita semua adalah orang bukan Yahudi. Khutbahnya sangat berjaya dan dia membawa sejumlah besar orang bukan Yahudi dalam gereja, sehingga jumlah orang Yahudi di dalam gereja banyak melebihi orang bukan Yahudi. Ia disebabkan Paulus, kita sekarang ada di Gereja.

Juga, keperibadian Petrus dan Paulus memberi kita sesuatu untuk direnungkan. Petrus adalah impulsif, memberitahu Yesus bahawa dia akan mati bersama dengannya pada malam Khamis suci jika perlu, tetapi kemudian pada malam itu, dia menafikan dia mengenalnya. Tetapi Yesus memilih Petrus kerana kasihnya: tiga kali Yesus bertanya kepadanya jika dia mengasihi dia dan memintanya untuk menjaga domba. Paulus mempunyai personaliti yang agresif. Dalam kehidupan mudanya, dia bersemangat menyeksa orang Kristian di Yerusalem, malah menyaksikan kematian Stefanus, martir pertama bagi Yesus. Selepas pertaubatannya, homili Santo Paulus begitu semarak dengan Berita Baik

Melihat personaliti Petrus dan Paulus, kita melihat bahawa Tuhan memanggil mereka untuk menggunakan personaliti mereka bagi mewartakan Injil. Petrus menggunakan kasihnya yang impulsif untuk menjaga domba, dan Paulus menggunakan khutbah dan personalitinya yang bersemarak untuk memastikan orang-orang bukan Yahudi diterima ke dalam gereja. Ini adalah peringatan kepada kita bahawa bakat dan kelemahan kita dapat menjadi cara Tuhan untuk membantu orang lain dan membimbing orang lain kepada-Nya. Kita tidak perlu menjadi sempurna untuk Tuhan bekerja melalui kita. Tuhan boleh bekerja melalui kita sesuai dengan kebolehan kita, seperti yang dilakukannya dengan Petrus dan Paulus.

Santo Petrus dan Paulus, Para Rasul

Petrus dan Paulus merupakan dua rasul hebat yang menunjukkan kepada kita apa yang dimaksudkan dengan menjadi seorang murid Yesus. Mereka masing-masing telah mati syahid (martir) kerana iman, dan mereka menunjukkan kepada kita dua pendekatan yang sangat berbeza atau gaya pemuridan. Petrus adalah seorang murid yang lambat belajar (lembap) dalam iman. Dia membuat banyak kesilapan, kadang kala kesilapan besar. Dia mengasihi Yesus dan bagaimanapun menafikan bahawa dia mengenali-Nya. Namun Yesus tidak pernah berhenti berbelas kasihan dan mengasihani Petrus, dan memberinya peluang semula. Paulus, sebaliknya, memeluk iman dalam Yesus dengan serta merta. Walaupun dalam gambar dia kelihatan dipukul jatuh dari seekor kuda semasa pergi ke Damsyik, Alkitab hanya menyatakan dia dijatuhkan oleh cahaya yang terang. Tiga hari kemudian Paulus menjadi pembela berita baik, dan membawa berita baik Kristus kepada semua.

Sekiranya kita melihat kepada Petrus dan Paulus, kita dapat melihat, pada tahap tertentu, dua gaya pemuridan yang berbeza. Setiap gaya mempunyai tujuannya dan kita boleh memanggil salah satu sebagai gaya Petrus dan yang satu lain sebagai Gaya Paulus. Gaya Petrus seperti orang-orang yang cuba melakukan perkara yang betul, tetapi membuat kesilapan; bermaksud baik, tetapi tidak selalu kelihatan lancar; mereka yang cuba faham tetapi tidak selalu dapat dan apabila mereka berjaya melakukannya, kadang-kadang mereka tidak dapat melakukannya dengan betul; mereka yang gagal, yang bertaubat, yang berputus asa apabila mereka gagal lagi, dan yang sentiasa datang kembali, untuk cuba lagi. Mereka yang mempunyai gaya Paulus, bersemangat, yakin, dan tidak ragu-ragu atau takut untuk mengatakannya dengan lantang. Mereka membuat permintaan besar terhadap orang lain dan juga pada diri mereka sendiri. Mereka mengatakan perkara yang susah atau sukar dikatakan, dan tidak takut untuk mengatakannya. Mereka mengajar tanpa takut dan tanpa was-was. Gaya Paulus juga gagal dari semasa ke semasa, tetapi apabila mereka melakukannya dan mengakuinya, mereka bergerak maju lebih berkeyakinan dari sebelumnya. Gaya Paulus kadang-kadang kurang menyenangkan.

Apabila kita merenung kedua gaya pemuridan ini, ada di antara kita seperti gaya Petrus, sesetengah kita seperti gaya Paulus, dan sesetengah kita mempunyai kedua-dua gaya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza dalam hidup kita. Jika kita menyedari gaya mana yang kita ada, kita dapat belajar untuk memahami dan menghargai gaya lain, dan belajar bagaimana untuk bekerja bersama demi kemuliaan Tuhan.

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...