Sesetengah daripada kita mungkin telah tertidur untuk seketika waktu. Sebalik berkembang dalam iman dan dalam hubungan dengan Allah, kita mungkin telah dorman atau tidak aktif. Ada yang melakukan minimum dan seolah-olah memberi tumpuan lebih pada kekayaan, kejayaan, kemasyhuran, kemewahan, dan sebagainya di dunia ini. Tetapi untuk berapa lama kita boleh berada dalam keadaan mengantuk ini? Kita mungkin terjaga dari segi fizikal, tetapi adakah kita benar-benar terjaga dari aspek rohani?
Tatkala kita memulakan Tahun Liturgi yang baru pada Minggu Adven Pertama ini, dan ketika kita bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada tahun ini, marilah kita mengambil peluang ini, seperti Bacaan Kedua memberitahu kita hari ini, untuk mengubah kehidupan kita dan " saatnya telah tiba bagi kamu untuk bangun dari tidur sebab sekarang keselamatan sudah lebih dekat; marilah kita menanggalkan perbuatan-perbuatan kegelapan dan mengenakan perlengkapan senjata terang! Marilah kita hidup dengan sopan, seperti pada siang hari."
Sepanjang tahun ini, kita perlu bertanya kepada diri kita dengan teliti dan jujur: sudahkah kita berubah dan menjadi orang yang lebih baik? Adakah kita menjadi lebih dekat kepada Allah? Adakah kita belajar untuk menjadi lebih pengampun dan penyayang? Adakah kita belajar untuk menjadi lebih sabar, terutama terhadap keluarga kita, orang tersayang, orang tua, dan sebagainya? Jika kita gagal dalam salah satu atau yang lain untuk memperbaiki diri dalam mana-mana bahagian ini dan banyak lagi, marilah kita bangun dan mengambil kira/menitik berat kehidupan kita.
Yesus memberi amaran kepada kita dalam Injil hari ini untuk "berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu pada hari mana Tuhanmu datang" dan kita "siap sedia, kerana Anak Manusia datang pada saat yang tidak kamu duga." Adakah kita akan membiarkan diri kita terperangkap di luar pengawalan? Atau adakah kita telah membuat persiapan rohani untuk bertemu dengan Allah kita yang penyayang?
Janganlah kita melepaskan banyak peluang yang diberikan kepada kita untuk berkembang secara rohani, supaya kita tidak mendapati diri kita ketinggalan dan hanya diri kita untuk dipersalahkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan