Ramai di antara kita
yang banyak menghabiskan masa menunggu. Kita menunggu kelahiran anak,
kita menunggu anak-anak kita membesar dan berdikari, kita menunggu hari
kita bersara, kita juga terpaksa menunggu untuk mereka yang lambat,
kita juga menunggu ketibaan bas atau keretapi dan sebagainya. Tetapi
biasanya apa yang ditunggu akan muncul tidak lama kemudian.
Di
dalam Al Kitab hari ini, kita melihat Simeon dan Hana menunggu, mereka
telah menunggu sangat lama, dan akhirnya harapan penungguan itu
dipertunaikan. Bila Maria dan Yusuf mempersembahkan Yesus di Rumah
Tuhan, perjanjian lama Tuhan untuk menghantar seorang penyelamat
dipertunaikan dengan persembahan Yesus di Rumah Tuhan. Tuhan telah
datang untuk menyelamatkan pengikut-pengikutNya, dan segala rahmat serta
penyalaan lilin dan juga perarakan adalah untuk menandakan bahawa
cahaya keselamatan telahpun bersinar ke atas gereja dan ke seluruh
dunia. Cahaya keselamatan telahpun bersinar, tetapi namun kita masih
menunggu. Kita menunggukan hari kita dapat bersama dengan Tuhan
selama-lamanya.
Sehingga kita akhirnya dapat bersama-sama Tuhan
kembali, marilah kita, seperti Maria dan Yusuf, Simeon dan Hana,
menunggu Tuhan dengan berdoa dan bersedia melakukan kehendakNya bila
diseru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Kematian tidak dapat dielakkan. Kita boleh cuba untuk mengelak kematian seberapa lama yang mungkin, tetapi akhirnya kita akan mati. Seseteng...
-
Suatu ketika pada masa dahulu, sebuah keluarga biasanya terdiri daripada seorang bapa, seorang ibu, beberapa orang anak (orang pada masa itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan