Sesetengah kita bimbang begitu banyak. Kita bimbang tentang begitu banyak perkara, kadang-kadang perkara yang sebenarnya bukan masalah besar. Kita bimbang tentang keadaan kita sekarang, kita bimbang tentang masa depan kita, kita bimbang tentang keluarga kita, keadaan kewangan kita, dan sebagainya. Apabila kita bimbang, kita sebenarnya hanya melihat pada diri kita, kita melihat keperluan kita dan mungkin keperluan orang yang kita sayangi . Kita mempunyai sedikit atau tiada masa untuk memikirkan keperluan orang lain, terutama yang tidak rapat dengan kita atau orang di sekeliling kita.
Jadi bagaimanakah kita boleh mengurangkan atau menghentikan kebimbangan kita? Dengan lebih bergantung pada jagaan, kasih-cinta, kebaikan dan rezeki Allah. Dalam bacaan yang kedua, kita diingatkan bahawa "Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Penindasan atau kesesakan atau penganiayaan, atau kelaparan atau ketelanjangan, atau bahaya, atau pedang? Tetapi dalam semuanya itu kita lebih daripada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita.” Sekiranya Allah ada dengan kita, mengapa kita masih bimbang? Jika kita percaya bahawa Allah boleh membantu kita, maka kita harus bebas dari kebimbangan. Kita harus lebih bersedia untuk menjaga dan berkongsi dengan orang lain, kerana Allah ada di sana untuk kita dan kita tidak akan kekurangan sebab Allah dapat menyediakan untuk kita.
Dalam Injil hari ini, kita melihat bagaimana murid-murid bimbang tentang apa yang harus dilakukan terhadap orang ramai. Kita membaca: "Menjelang malam, murid-murid-Nya datang kepada-Nya dan berkata: "Tempat ini sunyi dan hari sudah mulai malam. Suruhlah orang banyak itu pergi supaya mereka dapat membeli makanan di desa-desa." Tetapi Yesus berkata kepada mereka: "Tidak perlu mereka pergi, kamu harus memberi mereka makan." Jawab mereka: "Yang ada pada kami di sini hanya lima roti dan dua ikan." Di sini kita melihat bagaimana murid-murid masih tidak faham. Mereka masih tidak mengenali atau mempunyai kepercayaan yang cukup kepada Yesus. Mereka lebih prihatin terhadap diri mereka sendiri dan tertanya-tanya bagaimana mereka akan memberi makanan kepada orang ramai dengan begitu sikit roti dan ikan. Tetapi Yesus menunjukkan kepada mereka bahawa apabila kita memberi, kita dapat menerima lebih banyak lagi, dan kita melihat ini dalam mukjizat pelipatgandaan roti dan ikan yang Yesus lakukan di depan mata mereka.
Apabila kita semakin sanggup dan bersedia untuk memberi, semakin banyak berkat yang akan kita terima dari Allah. Tidak kira berapa banyak atau berapa sedikit yang kita berikan, niat atau kualiti pemberian yang penting. Sesetengah orang memberi banyak, tetapi mereka mungkin berbuat demikian dengan tidak rela atau untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi jika kita benar-benar bersedia memberi dengan gembira dan murah hati, Allah akan memberkati kita berlimpah-limpah, kadang-kala melangkaui apa yang kita bayangkan. Adakah kita bersedia untuk percaya pada rezeki Allah dan berkongsi apa yang kita ada?
Memaparkan catatan dengan label 18. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Ogos 2019
Sabtu, 4 Ogos 2018
Minggu Biasa Ke-18 Tahun B
Sesetengah orang menjalani hidup tanpa mengetahui apa yang mereka benar-benar inginkan, apa yang mereka mahukan. Sesetengah orang berfikir apa yang mereka benar-benar inginkan adalah kebahagiaan, ada pula yang berfikir apa yang mereka benar-benar inginkan adalah keamanan dan kemakmuran, yang lain berfikir bahawa apa yang mereka benar-benar inginkan adalah untuk berkahwin dengan seorang gadis atau lelaki yang akan menjadi teman seumur hidup. Senarai itu berjela-jela, dan mungkin ada begitu banyak perkara yang kita inginkan atau mahu. Namun, adakah kita benar-benar mahu atau menginginkan perkara-perkara ini? Sering kali, perkara-perkara yang kita inginkan atau mahu boleh berubah mengikut keadaan. Walaupun kita mungkin mendapat apa yang kita mahu atau ingini, kemungkinan besar ia hanya perkara sementara atau pengalaman jangka pendek, memandangkan selalu terdapat sesuatu yang akan menarik perhatian kita. Tidak kira betapa sukarnya kita cuba untuk memenuhi kehendak kita, kita hanya akan mencapai kepuasan sementara.
Dalam pembacaan pertama, orang Israel telah diselamatkan dari perhambaan di Mesir oleh Allah. Bukan itu sahaja, mereka mempunyai Musa untuk memimpin mereka. Tetapi adakah orang Israel berpuas hati dan bersyukur atas apa yang telah dilakukan oleh Allah untuk mereka? Tidak. Mereka mengeluh dan merungut. Apabila di Mesir, mereka merungut tentang menjadi hamba. Apabila dibawa keluar dari Mesir, mereka mengeluh bahawa mereka tidak mempunyai makanan di padang pasir. Allah masih menyediakan orang Israel dengan roti dari syurga, walaupun mereka tetap tidak puas hati dan tidak bersyukur. Walaupun dengan roti dari syurga, orang Israel masih mengeluh dan merungut. Sesungguhnya, begitu sukar untuk memuaskan orang sedemikian.
Bagaimanakah pula dengan kita? Adakah sesetengah kita seperti orang Israel dalam beberapa aspek? Jika kehidupan kita sentiasa ditentukan atau diperhambakan oleh kehendak dan keinginan kita, tidak akan ada penghujung rasa tidak puas hati, tidak gembira dan rungutan kita. Kita akan sentiasa tidak berpuas hati, tidak gembira, dan tidak dapat dipenuhi walaupun kita sudah mencapai semua kehendak dan keinginan kita, kerana ia tidak akan cukup, dan malah semuanya tidak mencukupi. Itulah sebabnya St Paulus mengingatkan kita dalam pembacaan kedua: " kamu, berhubung dengan kehidupan kamu yang dahulu, harus menanggalkan manusia lama, yang menemui kebinasaannya oleh nafsunya yang menyesatkan, supaya kamu dibaharui di dalam roh dan pikiranmu, dan mengenakan manusia baru, yang telah diciptakan menurut kehendak Allah di dalam kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya." Apakah sebenarnya diri baru ini? Ia merupakan diri baru dalam Yesus, sebagaimana Yesus memberitahu kita dalam Injil hari ini: " Akulah roti hidup; barangsiapa datang kepada-Ku, ia tidak akan lapar lagi, dan barangsiapa percaya kepada-Ku, ia tidak akan haus lagi." Sekiranya hidup kita menjalani "revolusi rohani," jika kita dapat membenarkan Yesus berada di hati dan pusat kehidupan kita, maka tidak perlu kita mengidamkan apa-apa lagi. Tidak perlu kita mengejar kekayaan, kemewahan, kebahagiaan, pengiktirafan, kejayaan dan kemasyhuran, kerana kita mempunyai Yesus, dan cukup dengan Yesus.
Hari ini, marilah kita melihat jenis kehidupan yang kita jalani. Sesetengah kita memanggil diri kita sebagai orang Kristian, tetapi walaupun menerima Yesus, ada di antara kita yang masih menginginkan lebih. Jika kita percaya bahawa Yesus adalah roti hidup yang memenuhi setiap kehendak dan keperluan kita, maka mengapa kita masih mencari perkara lain? Adakah Yesus tidak cukup untuk kita? Ini tidak bermakna kita tidak boleh melakukan bahagian kita untuk hidup di dunia ini, tetapi ini bermakna kita harus mempertimbangkan apa yang kita inginkan dan perlu. Semoga kita memilih dengan bijak apa sebenarnya yang kita inginkan dan perlu, demi kebaikan masa depan kita yang kekal.

Sabtu, 30 Julai 2016
Minggu Biasa Ke-18 Tahun C
Antara banyak perkara yang kita khuatir dalam kehidupan di dunia ini, satu yang berada di kedudukan agak tinggi adalah sekuriti. Kita bimbang tentang sekuriti bukan sahaja dalam memastikan keluarga kita dan kita selamat daripada perompak, penyamun, pencuri dan karakter laim yang tidak diingini,kita juga mementingkan sekuriti yang berbentuk lain seperti kekayaan dan harta benda. Umtuk merancang masa depan dan sediakan payung sebelum hujan, kita bersusah payah untuk membeli polisi insurans, membuat pelaburan , menyimpan wang dalam bank, kerana kita sering berfikir tentang masa depan kewangan kita dan masa depan anak-anak kita.
Persoalannya ialah: sebagai orang Kristian, adakah salah untuk bekerja deni sekuriti bagi keluarga kita dan diri kita sendiri di dunia ini? Sudah tentu tidak. Kita masih perlu untuk hidup dan terus hidup di dunia. Tetapi apa yang kita perlu sedar ialah keinginan kita untuk sekuriti di dunia harus diletakkan dalam perspektif yang betul. Dalam Injil hari ini, Yesus memberitahu kita tentang seorang petani kaya yang mempunyai perspektif sekuriti yang menyebabkan akhirnya dia kehilangan semuanya. Apakah kesilapan petani kaya tersebut? Apakah kesalahan yang dibuatnya? Dia tamak. Dia "mengumpulkan harta bagi dirinya sendiri." Yesus memberi amaran kepada kita sebelum menceritakan kisah petani kaya dengan memberi kita amaran ini: "Berjaga-jagalah dan waspadalah terhadap segala ketamakan, sebab walaupun seorang berlimpah-limpah hartanya, hidupnya tidaklah tergantung dari pada kekayaannya itu." Tamak menyebabkan seseorang bergantung kepada harta benda semata-mata untuk sekuritinya memandangkan memiliki harta benda menjadikan dia berfikir bahawa dia dapat mengawal kehidupannya, dan dia mula hanya bergantung kepada dirinya untuk sekuritinya, lupa yang semua kekayaan ini hanya diperolehi melalui rahmat Allah. Akhirnya, dia lupa bahawa hidupnya berada di tangan Allah. Ketamakan menghalang petani kaya dari memikirkan tentang orang lain dan berkongsi apa yang ada padanya dengan orang lain. Sebaliknya, dia mempunyai rancangan untuk membina lebih banyak bangsal dan berfikir untuk menyorok atau " mengumpulkan harta bagi dirinya sendiri," dan bukan untuk sesiapa pun.
Justeru adakah ini bermakna bahawa memiliki kemewahan dan kekayaan adalah melampau atau salah? Tidak. Yesus bukan mengutuk kekayaan , tetapi Dia memberitahu kita untuk berkongsi kekayaan dan harta benda kita.Yesus memberitahu kita bahawa, pada akhirnya, kita tidak boleh membawa bersama kekayaan kita apabila kita mati. Sebaliknya, perlu menghabiskan hidup melabur dalam perkara yang benar-benar penting, iaitu perkara yang kekal. Seperti Santo Paulus mengingatkan kita dalam bacaan kedua: "Kerana itu, kalau kamu dibangkitkan bersama dengan Kristus, carilah perkara yang di atas, di mana Kristus ada, duduk di sebelah kanan Allah. Fikirkanlah perkara yang di atas, bukan yang di bumi. Sebab kamu telah mati dan hidupmu tersembunyi bersama dengan Kristus di dalam Allah.Apabila Kristus, yang adalah hidup kita, menyatakan diri kelak, kamu pun akan menyatakan diri bersama dengan Dia dalam kemuliaan." Dalam erti kata lain, sekuriti kita yang sebenar bukan terletak pada perkara di dunia ini, tetapi dalam Yesus.
Hakikatnya, kehidupan adalah sukar. Kita tahu itu semua. Kita menghadapi cabaran setiap hari. Kita bekerja keras untuk menjadikan kehidupan kita lebih selesa, dan dengan demikian , kita mengumpul pelbagai jenis barang, gajet, gizmos (perkataan lain untuk gajet - tapi seseorang itu tidak ingat nama gajet tersebut) dan kemudahan/kesenangan lain. Kadang-kadang , apabila kita terlalu sibuk menyediakan lebih keselesaan hidup di dunia ini , kita lupa tentang Tuhan, gereja malah keluarga kita sendiri. Kita memberi tekanan kepada anak-anak kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan bagi memperolehi pekerjaan yang baik. Tiada sesiapa pun yang mengatakan bahawa ini boleh diabaikan atau dielakkan,memandangkan perkara ini mempunyai tujuan dan kepentingan masing-masing, namun tidak boleh menjadi perkara yang paling penting dalam kehidupan kita. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini mengawal kehidupan kita, kerana apabila kita berbuat begitu, kita menjadi abdi kepadanya. Kita tidak boleh lupa bahawa kita tidak boleh membawa apa-apa pun dengan kita apabila kita mati.Kita datang ke dunia ini tanpa mempunyai apa-apa dan kita akan meninggalkan dunia ini tanpa membawa apa-apa pun.
Hari ini, marilah kita merenung jenis kehidupan yang kita diam. Adakah kata-kata, usaha dan tindakan kita akhirnya membantu kita berkembang dalam hubungan dengan Tuhan dan berkembang lebih dekat kepada-Nya? Atau adakah kita menyesatkan diri kita, dipengaruhi dan diperhambakan dengan cara duniawi, hanya untuk menyesal kemudian? Semoga kita menyedari keadaan jiwa kita berada, dan mengambil tindakan perlu sementara kita mempunyai masa dan peluang untuk berbuat demikian, untuk faedah masa depan kita yang kekal.

Langgan:
Catatan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-

Apabila kita telah dibaptis semasa bayi, atau kanak-kanak, atau orang dewasa, adakah berlaku sebarang perubahan dalam kehidupan kita? Sesete...
-
Kematian tidak dapat dielakkan. Kita boleh cuba untuk mengelak kematian seberapa lama yang mungkin, tetapi akhirnya kita akan mati. Seseteng...