Pada setiap Malam Paska, kita mengisytiharkan bahawa Yesus sudah bangkit. Tetapi adakah kita benar-benar percaya bahawa Yesus benar-benar bangkit? Adakah kita mempunyai sikap seperti orang Paska? Ada di antara kita yang masih hidup seperti Yesus masih mati di dalam kubur; sesetengah daripada kita masih hidup dalam kegelapan, seolah-olah kita masih dibelenggu oleh dosa, putus asa, marah, ketakutan dan tidak ingin mengampuni, dan sinaran Kristus tidak datang. Ada di antara kita yang masih kelihatan kekal di dalam kubur, lebih suka melemaskan diri kita dengan rasa kasihan terhadap diri sendiri dan lebih suka menyalahkan Tuhan dan orang lain untuk penderitaan dan kesakitan kita. Apabila kita melakukan perkara-perkara seperti ini atau hidup dengan cara ini, kita sebenarnya gagal mengenalpasti bahawa Yesus sudah benar-benar bangkit.
Tetapi faktanya, Yesus sudah bangkit! Pembacaan hari ini memberitahu kita bahawa Allah memenangi keadaan kacau-bilau atau huru-hara; mengalahi kuasa kegelapan; menakluki dosa dan kematian; dan menenangkan kehausan kita dengan air kehidupan yang kekal. Kubur adalah kosong. Yesus sudah bangkit! Bila kita dibaptis, Sato Paulos mengingatkan kita bahawa kita: "dikuburkan bersama-sama dengan Dia oleh baptisan dalam kematian, supaya, sama seperti Kristus telah dibangkitkan dari antara orang mati oleh kemuliaan Bapa, demikian juga kita akan hidup dalam hidup yang baru." Dalam pembaptisan, kita "mati terhadap dosa, dan hidup untuk Allah dalam Yesus Kristus."
Oleh itu, kita dipanggil untuk pergi dan menjadi saksi kebangkitan Kristus. Tuhan telah menakluk kuasa kegelapan melalui pengorbanan Anak-Nya di atas salib. Kubur yang kosong mengingatkan kita bahawa hidup lebih besar daripada kematian; bahawa pada akhirnya, penderitaan bukanlah kekalahan tetapi kemenangan; dan kuasa Allah jauh lebih besar, tidak kira betapa kuatnya kejahatan, penderitaan dan kegelapan yang akan muncul. Hari ini, sebagai orang Paska, marilah kita mengisytiharkan mesej harapan dan kegembiraan yang hebat ini. Marilah kita menyanyi lagu Paska dengan penuh semangat: Alleluia! Puji Tuhan! Tuhan sudah bangkit!
Memaparkan catatan dengan label Malam. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Mac 2018
Ahad, 24 Disember 2017
Malam Menjelang Krismas - Misa Tengah Malam
Ketakutan merupakan suatu emosi atau tanggapan yang tidak menyenangkan apabila anda takut atau bimbang dengan sesuatu yang berbahaya, menyakitkan, atau buruk yang sedang berlaku atau mungkin berlaku. Orang berasa takut atas banyak sebab: ada yang takut gelap; ada yang takut serangga tertentu, cicak tertentu (seperti cicak atau gecko rumah), ular atau labah-labah; ada yang takut pada yang tidak diketahui atau masa depan; ada yang takut pada akibat peristiwa lampau, terutamanya jika mereka secara langsung atau tidak telah terlibat dalam peristiwa tersebut; malah ada juga takut akan kematian. Apabila kita takut, bagaimanakah respon kita? Ada yang respon dengan cuba lari dan bersembunyi, beranggapan bahawa ketakutan akan akhirnya pergi, tetapi sering kali tidak, ketakutan masih ada dan mungkin tercetus pada situasi atau keadaan tertentu. Sesetengah orang mungkin cuba untuk mengatasi ketakutan dengan bahan gentian tertentu, tetapi ini boleh membawa kepada ketagihan atau penyalahgunaan bahan pengganti tersebut. Sesetengah mungkin berputus asa malah mungkin berserah diri. Sebagai orang Kristian, bagaimanakah kita respon pada ketakutan?
Dalam bacaan pertama, Yesaya memberitahu kita: " Bangsa yang berjalan di dalam kegelapan telah melihat terang yang besar; mereka yang diam di negeri kekelaman, atasnya terang telah bersinar." Dalam Injil, malaikat Tuhan muncul dan berkata, ' "Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud." Siapakah terang besar yang dimaksudkan Yesaya? Siapakah Juruselamat yang diwartakan oleh malaikat yang muncul? Dia adalah Kristus Tuhan! Jangan takut, " Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai.”
Kita yang berjalan dalam kegelapan ketakutan kita, rasa tidak selamat kita, dosa-dosa kita, kebimbangan kita, kini telah melihat Yesus, terang besar kita. St. Paulus pada pembacaan yang kedua mengingatkan kita: " Dia menyerahkan diri-Nya bagi kita untuk membebaskan kita dari segala kejahatan dan untuk menguduskan bagi diri-Nya suatu umat, kepunyaan-Nya sendiri, yang rajin berbuat baik." Dengan Yesus, terang besar kita, tiada sebab kita berasa takut lagi. Maka, apa yang perlu kita lakukan? Apa yang perlu kita lakukan? St. Paulus dalam pembacaan kedua memberikan kita jawapan. Dia menceritakan: " Karena kasih karunia Allah yang menyelamatkan semua manusia sudah nyata. Ia mendidik kita supaya kita meninggalkan kefasikan dan keinginan-keinginan duniawi dan supaya kita hidup bijaksana, adil dan beribadah di dalam dunia sekarang ini."
Inilah maksud Krismas bagi kita orang Kristian. Ia bukanlah tentang hadiah atau makanan atau pesta. Ia adalah mengenai persediaan kita yang sebaik mungkin dan hidup mengikut ajaran Injil, "dengan menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus." Marilah kita jangan takut lagi, tetapi meletakkan keyakinan kita dan percaya akan Yesus terang besar kita, mengetahui bahawa Dialah Juruselamat kita dan Dia akan memimpin kita ke rumah kita yang sebenar,

Sabtu, 15 April 2017
Malam Paska
Kegelapan ... mengingatkan kita tentang kegelapan dosa, kegelapan kejahatan, kegelapan kematian, kesakitan dan penderitaan. Kadang-kadang, kegelapan kelihatan terlalu berkuasa dan amat besar, kematian seolah-olah menjadi pengakhiran. Kadang-kadang, masalah dan penderitaan kita kelihatan begitu tidak tertanggung sehingga kita ingin berputus asa. Kegelapan seolah-olah menguasai kita dan seolah-olah menyelubungi kita dalam jurang maut dan putus asa.
Walau bagaimanapun, pada ibadat malam Paskah ini, tidak kira betapa gelap keadaan mungkin kelihatan, tidak kira bagaimana perkara-perkara buruk itu mungkin kelihatan, tidak kira betapa besar masalah, tidak kira bagaimana berkuasanya kematian dan timbulnya penderitaan, tiada satu pun boleh mengalahkan kuasa kebangkitan. Paskah adalah kemenangan kita mengatasi kegelapan. Yesus telah bangkit.
Oleh itu marilah kita jangan berkelakuan seperti tidak ada harapan, seperti ini adalah pengakhiran, kerana malam ini adalah satu permulaan baru. Marilah kita memperbaharui keyakinan dan kepercayaan berterusan, sebab Allah di pihak kita. Dia telah mengalahkan kematian. Dia telah memenangi satu kemenangan besar untuk kita. Marilah kita mewartakan "alleluia" dan berkongsi berita baik ini ke seluruh pelosok dunia.

Sabtu, 24 Disember 2016
Malam Menjelang Krismas - Misa Tengah Malam
Sebahagian besar daripada kita tidak akan ingin bersendirian semasa musim Krismas. Kita ingin untuk bersama keluarga, rakan-rakan, orang yang kita sayangi dan berkongsi kegembiraan Krismas dengan mereka. Namun, ada sesetengah daripada kita yang, atas sebab tertentu atau yang lain, mungkin tidak ada peluang untuk bersama keluarga, rakan-rakan, orang yang disayangi.
Apabila kita keseorangan pada masa ini, bagaimanakah perasaan kita? Apabila Yesus dilahirkan, Dia juga keseorangan. Hanya ibu bapanya berada di sana untuk menyambut-Nya. Orang pertama yang mengetahui mengenai kelahiran-Nya adalah gembala-gembala, yang juga bersendirian di padang dengan kawanan ternak mereka. Gembala-gembala dianggap najis, menurut undang-undang Yahudi, kerana mereka mempunyai hubungan dengan pelbagai haiwan. Walau bagaimanapun, apa yang menghairankan adalah malaikat-malaikat yang datang untuk mengumumkan kelahiran Raja segala raja kepada mereka. Kita sering berfikir bahawa apa-apa pengumuman patut dibuat kepada raja-raja, yang berkuasa, yang kaya ... Tetapi kepada gembala-gembala? Namun, gembala-gembala ini adalah yang pertama untuk tahu dan yang pertama untuk melawat Raja kita yang baru dilahirkan.
Pandanglah sekeliling kita ... Adakah kita terlihat orang yang bersendirian di sekeliling kita? Adakah kita menjemput mereka untuk berkongsi kegembiraan Krismas di rumah kita? Adakah kita membawa kegembiraan Krismas kepada mereka, jika mereka tidak dapat datang menyertai kita? Kita mungkin telah menerima banyak pemberian atau hadiah untuk Krismas. Adakah kita bersedia untuk menawarkan pemberian dan hadiah kepada orang lain di sekeliling kita, terutamanya mereka yang bersendirian, terpinggir, menderita, dan sebagainya? Dalam sukaria dan kegembiraan kita, kita mungkin lupa orang di sekeliling kita yang keseorangan. Kita mungkin lupa makna sebenar Krismas: kelahiran Tuhan kita, Yesus Kristus. Kita mungkin telah dipengaruhi oleh godaan duniawi seperti memberi hadiah antara satu sama lain, 'santa claus', 'santarina', 'frosty the snowman' dan sebagainya. "Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, iaitu Kristus, Tuhan." Marilah kita membawa kegembiraan Krismas kepada semua orang di sekeliling kita dan kita sebagai satu jemaat bergembira akan kelahiran-Nya.

Sabtu, 26 Mac 2016
Malam Paska
Pada permulaan setiap Malam Paska, kita terjatuh ke dalam kegelapan. Kegelapan kelihatan bermaharajalela. Tetapi tidak lama lagi , kegelapan dikalahkan oleh cahaya lilin. Bermula dengan sebatang lilin , lilin Paska, gereja itu perlahan-lahan diterangi oleh lautan lilin. Yesus merupakan lilin tunggal itu yang memberikan dunia wawasan baru dan harapan baru. Yesus mengingatkan kita bahawa kita tidak lagi perlu menjadi hamba kegelapan dan bahawa kita tidak lagi perlu takut pada gelap. Yesus, Terang Dunia, telah datang dan menewaskan kegelapan dosa dan kematian.
Dalam bacaan, kita bermula dengan kisah penciptaan, di mana kita melihat bagaimana Allah membawa perintah huru-hara. Dalam hidup kita, kita juga mungkin mengalami keadaan huru-hara, tetapi Allah membawa perintah dan keharmonian kepada kehidupan kita, jika kita menyerahkan diri kepadaNya. Kita kemudian melihat bagaimana Allah memimpin umat-Nya dari perhambaan di Mesir ke arah kebebasan. Kita diingatkan bagaimana kita juga telah melalui perairan pembebasan melalui air pembaptisan. Kita telah dibebaskan daripada kuasa dosa , dan bukan lagi hamba kepada dosa melainkan jika kita memilih untuk kekal sebagai hamba. Sesetengah orang berfikir bahawa mereka hilang kuasa apabila berhadapan dengan dosa-dosa mereka , tetapi Allah mengingatkan kita bahawa kita bukan lagi hamba. Kita telah bebas kerana kebangkitan Kristus telah membebaskan kita. Maka, bukankah kita sepatutnya mula hidup sebagai lelaki dan wanita yang bebas?
Dalam setiap Malam Paska, kita juga diingatkan bahawa kematian bukanlah pengakhiran hidup tetapi permulaan hidup yang kekal. Yesus telah bangkit dan telah menakluki kematian. Melalui Yesus kita juga boleh menakluk kematian. Kematian tidak lagi mempunyai pegangan/halangan ke atas kita dan kita tidak perlu takut kematian lagi. Kami adalah Umat/Orang Paska dan kita harus memberitakan mesej hebat ini yang penuh harapan dan kegembiraan.Terang telah mengatasi kegelapan ; perintah mengambil alih huru-hara ; kebebasan telah menang atas perhambaan; dan kehidupan kekal adalah kemenangan atas kematian. Marilah kita tidak lagi hidup dalam kehidupan seolah-olah tidak ada harapan, memandangkan harapan kita adalah pada TUHAN yang telah bangkit, dan marilah kita berkongsi mesej ini bahawa "Tuhan telah bangkit " kepada semua di sekeliling kita.

Khamis, 24 Disember 2015
Malam Menjelang Krismas - Misa Tengah Malam
Adakah anda benar-benar berminat tentang kelahiran Yesus? Ramai orang mungkin mengatakan ya, tetapi bagaimana anda menunjukkan bahawa anda berminat? Sesetengah daripada kita mungkin sibuk dengan kerja kita, menyiap segalanya untuk akhir tahun. Sebahagian daripada kita mungkin sibuk mencari hadiah yang bagus dan mahal di pusat membeli-belah, kadangkala menghabiskan masa berjam-jam mencari dan mengenal pasti hadiah untuk rakan taulan dan orang kesayangan kita dan setelah itu, sanggup tahan beratur panjang semata-mata untuk membayar hadiah tersebut. Sesetengah daripada kita mungkin sibuk memasak serta membersihkan rumah, supaya keluarga kita dapat menikmati juadah yang enak dan rumah kelihatan bersih dan kemas. Berapa ramai daripada kita sibuk mengembangkan kehidupan rohani kita, bersikap penyayang dan murah hati terhadap golongan miskin, terpinggir dan mereka yang memerlukan?
Di antara semua kesibukan dan hiruk-pikuk di sekeliling kita, kita mungkin terlupa sebab utama mengapa kita meraikan Krismas. Kita mungkin tidak perasan kehadiran golongan yang miskin, terpinggir, sakit, mereka yang menghadapi penganiayaan, dan banyak lagi yang cuba dielak masyarakat. Jika Yesus dilahirkan hari ini, Dia tidak akan ditemui dalam sebuah istana, atau hospital besar, mahupun antara kerlipan dan hiasan di pusat membeli-belah, atau lain-lain tempat mewah. Bahkan tiada siapa pun akan menyedari kehadiran Yesus di tempat-tempat sebegitu, kerana terdapat begitu banyak gangguan lain dan tarikan di sekeliling, ditambah pula golongan kaya dan berkuasa terlalu sibuk dengan urusan sendiri berbanding mengambil perhatian peristiwa seperti ini. Golongan miskin yang mengambil perhatian dan mengenal kedatangan Yesus kerana kehidupan seharian mereka bergantung kepada rezeki/pemberian Allah. Sudahkah kita belajar menjadi seperti golongan miskin dan perasan hari kelahiran Yesus, atau kita lebih menjadi seperti orang lain, mengambil berat diri kita sendiri dan orang yang kita sayangi semata-mata?
Hari ini, para malaikat mengumumkan satu mesej indah kepada kita semua: "Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus Tuhan...Termulialah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati-Nya." Jika kehidupan kita begitu khusyuk dengan kekayaan, cita-cita, ketamakan, kesombongan, atau kuasa, memang tidak mustahil kita tidak mendengar nyanyian para malaikat. Tetapi jika hari ini, anda juga mula menyedari bahawa anda juga miskin, anda juga putus asa (broken) , lemah, dan anda memerlukan Tuhan, maka anda bukan sahaja boleh mendengar mesej daripada para malaikat, tetapi anda juga akan menjadi sangat gembira dan teruja untuk berkongsi mesej indah dengan orang lain. Semoga kita memberi tumpuan semula pada kehidupan kita ke arah Yesus, dan membawa kegembiraan Krismas kepada semua di sekeliling kita.

Langgan:
Catatan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-

Apabila kita telah dibaptis semasa bayi, atau kanak-kanak, atau orang dewasa, adakah berlaku sebarang perubahan dalam kehidupan kita? Sesete...
-
Sedalam mana atau matang hubungan kita dengan Allah? Sesetengah orang berfikir cukup dengan berdoa rosari. Sesetengah orang pula fikir memad...