Ramai orang mempunyai pendapat
yang berlainan berkenaan perkahwinan. Ada yang berpendapat bahawa ianya
adalah 'ok' untuk berkahwin dan setelah berkahwin mendapati bahwa mereka
tidak bersesuaian/bersependapat, mereka patut bercerai. Yang lainnya,
termasuk Gereja Katolik. dengan tegas menyatakan tiada penceraian
dibenarkan dan si suami isteri perlu cuba sedaya upaya mencari jalan
penyelesaian ke atas perbezaan di antara mereka atau mendapatkan bantuan
yang perlu untuk mengekalkan perkahwinan itu. Mengapakah Gereja Katolik
begitu tegas mengenai perkahwinan sementara yang lainnya kurang tegas?
Di dalam pembacaan Al Kitab hari ini, Yesus mengingatkan para Farisi
dan juga kepada kita, "Belum pernahkah kamu baca ayat Alkitab yang
mengatakan bahawa pada mulanya Allah menjadikan orang lelaki dan
perempuan? Kemudian Allah berfirman, 'Itulah sebabnya seorang lelaki
meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu kedua-duanya
menjadi satu. Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang, tetapi satu.
Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan
oleh manusia."
Oleh itulah, bila berkenaan dengan perkahwinan,
Gereja Katolik memberikan lebih perhatian kepada persediaan sebelum
perkahwinan dan kursus pra perkahwinan, dan beberapa program lain yang
dapat membantu pasangan di dalam hidup mereka sebagai suami isteri.
Berkahwin dan terus hidup sebagai suami isteri di dalam perkahwinan
bukanlah seperti menukar pakaian, setiap pasangan harus mengenali
sepenuhnya diri mereka dan di antara mereka, dan kepada langkah untuk
berkahwin yang ingin diambil mereka. Kadang kala di dalam proses
menghadiri kursus pra perkahwinan dan di dalam menguruskan persediaan
perkahwinan dengan paderi paroki, pasangan akan dapat mengetahui lebih
mengenai satu sama lain yang kemungkinan belum diketahui sebelumnya.
Ini akan memberi pasangan peluang untuk memikirkan samada mereka masih
ingin menjadi suami isteri sebelum melangsungkan perkahwinan. Majis
perkahwinan hanyalah buat sejenak masa manakala berkahwin adalah untuk
seumur hidup. Oleh itu, janganlah bermain main dengan perkahwinan,
melainkan anda telah bersedia dan bertekad untuk berusaha dan
mengekalkan perkahwinan itu, menjadi satu dan senantiasa menyayangi satu
sama lain tidak kira apa yang akan terjadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Adakah salah untuk menjadi hartawan atau kaya? Sudah tentu tidak. Tidak kira sama ada anda kaya atau miskin, tetapi bagaimana anda menjalani...
-
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Apabila kita telah dibaptis semasa bayi, atau kanak-kanak, atau orang dewasa, adakah berlaku sebarang perubahan dalam kehidupan kita? Sesete...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan