Sekali sekala, saya
perasan sesetengah orang agak kedekut dengan masa, perbelanjaan dan
kekayaan mereka. Ada di antara mereka akan mendesak pihak gereja
mengadakan lebih kemudahan tetapi apabila diminta membantu, mereka akan
memberi pelbagai alasan. Juga, agak terpegun juga melihat ada yang hanya
menghulurkan seringgit dua (matawang Malaysia) ke dalam kutipan ( ada
di antara kami, para paderi, dapat melihat agak jelas dari santuari),
namun orang seperti inilah yang akan meminta pelbagai perkara. Saya
masih ingat di salah satu paroki di mana ada yang memberi pelbagai
cadangan untuk memperbaiki kemudahan kemudahan di gereja, termasuk
memasang alat hawa dingin untuk para jemaah supaya mereka tidak berasa
kepanasan. Tetapi apabila di persoal samada mereka sanggup membantu atau
menderma kepada pembelian, penyelenggaraan dan pembayaran bil letrik
untuk alat hawa dingin, ada di antara mereka ini akan berdiam lalu pergi
seolah olah perbualan ini tidak berlaku. Sememangnya adalah mudah
meminta pelbagai perkara, namun berapa ramaikah yang sanggup mengambil
peranan dan bermurah hati untuk kebaikan yang lain?
Dalam
pembacaan hari ini, Santo Paulus mengingatkan kita, "Ingatlah! Orang
yang menanam sedikit benih, akan mendapat tuaian yang sedikit. Tetapi
orang yang menanam banyak benih, akan mendapat tuaian yang banyak juga.
Masing masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang
harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang
yang memberi dengan senang hati. Allah berkuasa memberkati kamu dengan
berlimpah limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan.
Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan
perbuatan baik."
Sudah tentunya, kita tidak meminta para umat
memberi melebihi kebolehan mereka, namun begitu jika mereka memilih
membuat demikian, ia harus dilakukan secara rela hati dan bukannya sebab
berasa seperti perlu di lakukan atau dipaksa. Tiada gunanya jika
dilakukan dengan muka yang masam seperti muka monyet, tetapi biarlah
kita bermurah hati sebanyak boleh kerana Tuhan telah bermurah hati
dengan kita melalui pelbagai perkara/cara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Adakah salah untuk menjadi hartawan atau kaya? Sudah tentu tidak. Tidak kira sama ada anda kaya atau miskin, tetapi bagaimana anda menjalani...
-
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Apabila kita telah dibaptis semasa bayi, atau kanak-kanak, atau orang dewasa, adakah berlaku sebarang perubahan dalam kehidupan kita? Sesete...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan