Dari usia muda, kita sentiasa diajar dan diingatkan agar kuat dan berani mempertahankan hak-hak kita. Kita terdedah pada persekitaran di mana kita perlu menjadi yang terbaik, jangan pernah kalah, bertindak agresif untuk melindungi apa yang kita fikir adalah hak kita, serta berkeras dan tahan lasak bagi mengelak orang lain mengambil kesempatan terhadap kita. Semua perkara tersebut mengajar kita agar menjadi "bijak" dalam urusan duniawi, supaya kita dapat hidup makmur di dunia ini.
Namun, Injil pada hari ini melakar kita satu set nilai yang berbeza: nilai-nilai Kerajaan Syurga atau perumpamaan. Sebalik daripada menjadi yang terbaik, jangan pernah kalah, agresif, kasar dan tahan lasak; Injil memberitahu kita: "Berbahagialah orang yang miskin; berbahagialah orang yang lemah lembut; berbahagialah orang yang berdukacita; berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran; berbahagialah orang yang murah hatinya; berbahagialah orang yang suci hatinya; berbahagialah orang yang membawa damai; berbahagialah orang yang dianiaya." Nampaknya seolah-olah orang yang lemah, tidak berdaya itu, lemah lembut dan orang yang sabar menanggung penderitaan atau penganiayaan yang diberkati. Jika kita berfikir seperti orang lain di dunia, maka sudah tentu nilai-nilai seperti ini kelihatan sukar atau mustahil untuk difahami ataupun diikuti. Tetapi jika kita melihat pada bacaan kedua, St Paulus mengingatkan kita: "Tetapi apa yang bodoh bagi dunia, dipilih Allah untuk memalukan orang-orang yang berhikmat, dan apa yang lemah bagi dunia, dipilih Allah untuk memalukan apa yang kuat, dan apa yang tidak terpandang dan yang hina bagi dunia, dipilih Allah, bahkan apa yang tidak bererti, dipilih Allah untuk meniadakan apa yang bererti." Apabila kita membenarkan diri kita dikuasai dengan kuasa, keganasan, kebencian dan dendam, kita hanya akan mengalami perkara yang sama - kuasa, keganasan, kebencian dan dendam.
Jadi bagaimana kita melepaskan diri kita daripada kemungkinan huru-hara dan lingkaran dahsyat merangkumi ketakutan, ketidakpercayaan dan pemeliharaan diri? Yesus memberi jawapannya, dengan mengajar kita satu set nilai alternatif dalam Injil hari ini. Nilai-nilai ini akan mengubah dunia kita ke Kerajaan Allah, kerajaan yang damai, bahagia dan kasih sayang. Yesus menyangkal nilai tamak dengan nilai-nilai kesederhanaan; nilai kuasa dengan nilai-nilai kelemahan; nilai ingin membalas dendam dengan nilai-nilai belas kasihan dan keampunan; nilai kecurangan dengan nilai-nilai kejujuran; nilai keganasan dengan nilai-nilai kedamaian. Sesetengah mungkin berkata: "Tetapi semua nilai-nilai ini kedengaran mustahil atau tidak mungkin untuk kita, manusia lakukan. Yesus adalah berbeza, kerana Dia adalah Allah." Tetapi kita tidak boleh lupa bahawa Yesus adalah Allah yang menjadi manusia seperti kita. Sepanjang hidup dan ministri-Nya, Dia menunjukkan kepada kita bagaimana untuk menjadi rendah hati, tidak berkuasa, tanpa kekerasan; hidup dalam kemiskinan, menjadi lemah lembut, lapar akan kebenaran, menunjukkan belas kasihan, sebagai pendamai dan akhirnya menanggung penganiayaan, penderitaan dan kematian di atas salib. Ia tidak mustahil atau tidak mungkin untuk dilakukan, jika kita membiarkan Yesus menjadi panduan kita dan kita berjalan pada jalan-Nya.
Jadi pada hari ini, seperti bacaan pertama memberitahu kita, marilah kita "Carilah Tuhan, hai semua orang yang rendah hati di negeri, yang melakukan hukum-Nya; carilah keadilan, carilah kerendahan hati; mungkin kamu akan terlindung pada hari kemurkaan Tuhan." Apabila kita berusaha untuk berbuat demikian dan hidup pada jalan-Nya, maka kita akan mengetahui bahawa apabila kita lemah, kita benar-benar kuat.
Sabtu, 28 Januari 2017
Sabtu, 21 Januari 2017
Minggu Biasa Ke-3 Tahun A
Dalam kebanyakan institusi manusia, kita cenderung melihat sedikit politik berlaku di sekeliling. Kita lihat berlaku pilih kasih. Jika anda berada dalam 'buku baik ketua' ,anda boleh mendapat faedah istimewa tambahan atau manfaat dan dalam kes tertentu, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyentuh anda atau cuba untuk menjatuhkan anda. Sini, istilah anak emas terlintas di fikiran, memandangkan orang yang disukai akan dilihat oleh ketua sebagai bersih.
Walau bagaimanapun, sebagai pengikut Kristus, kita diingatkan bahawa Tuhan tiada pilih kasih. Apabila kita mempunyai pilih kasih, maka kita boleh jatuh ke dalam perbalahan puak, yang mendakwa berpihak kepada ketua ini atau ketua itu, hanya kerana ketua yang kita sokong itu berat sebelah dan baik kepada kita dan dalam usaha untuk melindungi kepentingan kita, kita mengekalkan hubungan yang sihat dengan ketua tersebut. Walau bagaimanapun, kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri: Siapakah yang kita layani dalam ministri? Adakah kita melayan Kristus atau untuk diri kita sendiri? Jika kita melayani Kristus, maka kita harus, seperti bacaan kedua mengingatkan kita, " seia sekata dan jangan ada perpecahan di antara kamu, tetapi sebaliknya supaya kamu erat bersatu dan sehati sepikir." Kita perlu mengelakkan memihak seorang ketua dari yang lain dan sebaliknya menumpukan tenaga kita dalam memberitakan Berita Baik.

Sabtu, 14 Januari 2017
Minggu Biasa Ke-2 Tahun A
Sebagai ketua ministri yang berbeza dalam gereja, sebahagian daripada kita mungkin mula berfikir bahawa ministri yang kita anggotai atau mahupun gereja yang kita layani akan musnah jika kita tiada lagi. Sesetengah orang berfikir bahawa ia ada hak yang Tuhan berikan untuk menjadi ketua sebuah minustri tertentu. Ada juga yang berfikir bahawa pandangan dan idea-idea mereka adalah satu-satunya yang harus diberi perhatian.
Walau bagaimanapun, Injil hari ini menunjukkan kepada kita gaya yang berbeza terhadap ministri. Yohanes Pembaptis berkata tentang Yesus kepada murid-muridnya sendiri: " Lihatlah Anak domba Allah, yang menghapus dosa dunia." Dengan berbuat demikian, Yohanes mendedahkan kerendahan dirinya kerana dia tahu siapa dirinya dan dia bersedia untuk berundur dan membiarkan Yesus mengambil alih. Rendah diri bukan meletakkan diri sendiri ke tahap yang rendah, tetapi mengetahui tujuan seseorang dan mengetahui bila untuk memimpin dan bila untuk melepaskan tangan dan beredar.
Tatkala kita mencapai tahap tertentu dalam kehidupan, kita harus mengikuti contoh Yohanes Pembaptis. Tiba masanya apabila kita bukan lagi orang muda dan tidak lagi mampu melakukan perkara-perkara tertentu. Tujuan kita adalah untuk menjadi saksi bagi Kristus. Kita perlu menunjukkan orang lain kepada Yesus dan bukan menjadikan diri kita sendiri sebagai tarikan. Kita tidak harus menganggap kehadiran diri kita di ministri sebagai satu pertandingan populariti. Rendah diri bermakna mengetahui identiti dan misi kita, dan mengetahui bagaimana untuk membantu orang lain berkembang dan akhirnya mengambil alih. Kita harus ingat bahawa kita bukanlah Tuan, tetapi semata-mata hamba. Kita adalah rasul dan bukan Juruselamat. Marilah kita menjadi rendah diri dan memainkan peranan kita dengan penuh kasih, supaya Kerajaan Allah, bukan kita, akan berkembang dan makmur.

Isnin, 9 Januari 2017
Pembaptisan Yesus
Mengapa Yesus dibaptiskan jika Dia tidak pernah berdosa? Yesus tidak pernah berdosa dan tidak memerlukan pembaptisan untuk pengampunan dosa. Walau bagaimanapun, Yesus telah memilih untuk dibaptis untuk menyatukan dirinya dan berkongsi sepenuhnya dalam jangkaan dan harapan semua lelaki dan wanita. Bukan manusia yang pergi kepada-Nya, tetapi Dia pergi ke arah manusia, datang untuk menebus dosa.
Pembaptisan Yesus juga menjadi titik permulaan bagi ministri-Nya. Ministri-Nya telah diperakui apabila " langit terbuka dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya, lalu terdengarlah suara dari syurga yang mengatakan: "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan." Ini menunjukkan bahawa Yesus mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah dan kita juga harus mengikut contoh Yesus dengan mengekalkan hubungan yang rapat dengan Allah, dan dengan sentiasa melakukan apa yang betul untuk kemuliaan Tuhan.
Apabila kita dibaptis, kita mati pada dosa lama dan memulakan hidup baru di dalam Yesus. Adakah kita benar-benar memahami signifikan pembaptisan kita sendiri? Adakah kehidupan kita berubah dan kita telah setia dalam ministri kita dan memuliakan Allah? Marilah kita jangan mengabai tanggungjawab kita dan kekal setia dalam melakukan kehendak Allah.

Sabtu, 7 Januari 2017
Hari Raya Penampakan Tuhan (Epifani)
Sesetengah daripada kita suka terikut-ikut dengan bintang. Ada yang suka terikut-ikut bintang filem, bintang nyanyian, bintang yang berjaya, bintang yang kaya; berharap mungkin satu hari nanti kita akan menjadi seperti bintang-bintang yang kita ikuti. Orang bijaksana dari Injil hari ini juga mengejar bintang. Walau bagaimanapun, bintang ini bukan hanya mana-mana bintang biasa.Bintang ini adalah bintang sebenar yang sepatutnya kita ikuti: Yesus Kristus, Raja segala raja.
Untuk terus mengesahkan bahawa Yesus adalah bintang yang sebenar, malah persembahan emas, kemenyan dan mur yang dibawa orang bijaksana, mempunyai signifikan yang besar. Persembahan emas melambangkan kerajaan Kristus. Yesus Kristus adalah seorang raja, bukan dari dunia ini, tetapi suatu keadilan, keamanan dan kasih sayang. Persembahan yang kedua adalah kemenyan. Persembahan ini melambangkan ketuhanan Kristus. Kristus bukan seorang manusia semata-mata. Dia adalah Allah yang menjadi manusia. Dialah Allah yang bersama dengan kita. Akhir sekali, kita mempunyai persembahan mur yang ke arah kepada semangat Kristus. Kristus harus menderita dan mati untuk menyelamatkan kita. Kita juga mesti bersedia untuk mengikuti jalan-Nya dan akhirnya dalam perjalanan ke salib.
Hari ini, marilah kita memilih untuk mengikut satu bintang sebenar yang benar-benar penting: Tuhan dan Allah kita, Yesus Kristus. Semua bintang lain datang dan pergi, tetapi Yesus berada di sini dan Dia mengetuai serta membimbing kita untuk bersama dengan-Nya selama-lamanya. Adakah kita bersedia untuk mengikut-Nya dengan bersungguh-sungguh?

Ahad, 1 Januari 2017
Hari Raya Santa Perawan Maria
Hari ini kita meraikan Hari Raya Santa Perawan Maria, Bunda Allah. Lebih penting lagi, kita meraikan Tuhan menjadi manusia. Kerana Maria berkata ya kepada Allah, Tuhan menjadi manusia dan kita mempunyai Yesus Kristus, Tuhan kita. Penyelamatan adalah hasil daripada kerjasama di antara Allah dan manusia, dan kerjasama Maria memungkinkan ia. Allah mengutus Anak-Nya untuk menebus kita dan untuk membolehkan kita diiterima sebagai anak. Seperti bacaan kedua memberitahu kita: " Dan kerana kamu adalah anak, maka Allah telah menyuruh Roh Anak-Nya ke dalam hati kita, yang berseru: "ya Abba, ya Bapa!", jadi kamu bukan lagi hamba, melainkan anak; jikalau kamu anak, maka kamu juga adalah ahli-ahli waris, oleh Allah."
Adakah kita sedar diterima sebagai anak Allah? Adakah kita menghargai dan merendahkan diri sebagai ahli-ahli waris? Kadang-kadang dalam hidup, kita mungkin terlupa siapa diri kita dan mungkin tersesat. Walau bagaimanapun, Allah sentiasa menunggu dengan sabar untuk kita kembali kepada-Nya, sama seperti bapa menunggu anak yang hilang untuk pulang ke rumah.
Marilah kita dengan itu, seperti Maria, menghargai semua perkara ini dan merenungnya dalam hati kita, sebab Allah telah memberikan hadiah yang indah untuk kita, pemberian Anak-Nya. Tatkala kita juga menyambut Hari Keamanan Sedunia, marilah kita membawa keamanan Kristus kepada semua dan terus menghuni dalam kewujudan-Nya.

Langgan:
Catatan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...