Sabtu, 14 Januari 2017

Minggu Biasa Ke-2 Tahun A

Sebagai ketua ministri yang berbeza dalam gereja, sebahagian daripada kita mungkin mula berfikir bahawa ministri yang kita anggotai atau mahupun gereja yang kita layani akan musnah jika kita tiada lagi. Sesetengah orang berfikir bahawa ia ada hak yang Tuhan berikan untuk menjadi ketua sebuah minustri tertentu. Ada juga yang berfikir bahawa pandangan dan idea-idea mereka adalah satu-satunya yang harus diberi perhatian.

Walau bagaimanapun, Injil hari ini menunjukkan kepada kita gaya yang berbeza terhadap ministri. Yohanes Pembaptis berkata tentang Yesus kepada murid-muridnya sendiri: " Lihatlah Anak domba Allah, yang menghapus dosa dunia." Dengan berbuat demikian, Yohanes mendedahkan kerendahan dirinya kerana dia tahu siapa dirinya dan dia bersedia untuk berundur dan membiarkan Yesus mengambil alih. Rendah diri bukan meletakkan diri sendiri ke tahap yang rendah, tetapi mengetahui tujuan seseorang dan mengetahui bila untuk memimpin dan bila untuk melepaskan tangan dan beredar.

Tatkala kita mencapai tahap tertentu dalam kehidupan, kita harus mengikuti contoh Yohanes Pembaptis. Tiba masanya apabila kita bukan lagi orang muda dan tidak lagi mampu melakukan perkara-perkara tertentu. Tujuan kita adalah untuk menjadi saksi bagi Kristus. Kita perlu menunjukkan orang lain kepada Yesus dan bukan menjadikan diri kita sendiri sebagai tarikan. Kita tidak harus menganggap kehadiran diri kita di ministri sebagai satu pertandingan populariti. Rendah diri bermakna mengetahui identiti dan misi kita, dan mengetahui bagaimana untuk membantu orang lain berkembang dan akhirnya mengambil alih. Kita harus ingat bahawa kita bukanlah Tuan, tetapi semata-mata hamba. Kita adalah rasul dan bukan Juruselamat. Marilah kita menjadi rendah diri dan memainkan peranan kita dengan penuh kasih, supaya Kerajaan Allah, bukan kita, akan berkembang dan makmur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...