Dalam kebanyakan institusi manusia, kita cenderung melihat sedikit politik berlaku di sekeliling. Kita lihat berlaku pilih kasih. Jika anda berada dalam 'buku baik ketua' ,anda boleh mendapat faedah istimewa tambahan atau manfaat dan dalam kes tertentu, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyentuh anda atau cuba untuk menjatuhkan anda. Sini, istilah anak emas terlintas di fikiran, memandangkan orang yang disukai akan dilihat oleh ketua sebagai bersih.
Walau bagaimanapun, sebagai pengikut Kristus, kita diingatkan bahawa Tuhan tiada pilih kasih. Apabila kita mempunyai pilih kasih, maka kita boleh jatuh ke dalam perbalahan puak, yang mendakwa berpihak kepada ketua ini atau ketua itu, hanya kerana ketua yang kita sokong itu berat sebelah dan baik kepada kita dan dalam usaha untuk melindungi kepentingan kita, kita mengekalkan hubungan yang sihat dengan ketua tersebut. Walau bagaimanapun, kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri: Siapakah yang kita layani dalam ministri? Adakah kita melayan Kristus atau untuk diri kita sendiri? Jika kita melayani Kristus, maka kita harus, seperti bacaan kedua mengingatkan kita, " seia sekata dan jangan ada perpecahan di antara kamu, tetapi sebaliknya supaya kamu erat bersatu dan sehati sepikir." Kita perlu mengelakkan memihak seorang ketua dari yang lain dan sebaliknya menumpukan tenaga kita dalam memberitakan Berita Baik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan