Pada zaman purba, kita membaca tentang maharaja-maharaja dan raja-raja yang mendakwa mempunyai mandat atau kuasa dari Tuhan untuk memerintah orang awam. Malah sesetengah maharaja dan raja ini percaya bahawa mereka benar-benar ilahi, atau mereka adalah keturunan ilahi (walaupun mereka percaya mereka lebih kurang mempunyai kuasa sudah mencukupi untuk mereka), atau mereka telah menerima mesej ilahi atau pengesahan untuk menyokong hak dan keistimewaan mereka sebagai seorang pemerintah. Segelintir orang mempersoalkan sama ada maharaja-maharaja dan raja-raja ini benar dalam tuntutan mereka, tetapi berdasarkan pemerhatian, kita mendapati tuntutan tersebut boleh dipersoalkan.
Namun, apa yang kita maksudkan apabila kita bercakap tentang kuasa? Apabila kita bercakap mengenai kuasa, kita bercakap tentang kuasa yang diterima seseorang, biasanya melalui proses pengundian, walaupun ada masanya, kuasa tersebut mungkin dirampas dengan bantuan askar atau melalui cara lain. Orang tersebut kemudiannya akan mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan orang lain atau sekumpulan orang. Masyarakat mewujudkan undang-undang untuk melindungi warganya dan kemudian memberi kuasa kepada orang tertentu seperti polis atau dalam kes tertentu, tentera untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut. Secara umumnya, kuasa berhubung rapat dengan sumbernya dan kuasa tersebut bersifat sementara serta tertakluk kepada penilaian dan kemungkinan berubah atau bahkan ditolak apabila ia tidak lagi berfungsi.
Bagaimanapun, Injil hari ini memberitahu kita tentang jenis kuasa yang berlainan. Kuasa itu datang dari Allah, memandangkan kita percaya Yesus adalah Anak Allah. Dalam Injil hari ini, orang ramai kagum kerana mereka tidak pernah berpengalaman terhadap seseorang yang bertutur dengan penuh kuasa dan berkeyakinan. Kuasa ini tidak boleh dilupuskan dari Yesus kerana Yesus bersatu-padu secara intim dengan Bapa-Nya , sumber kuasa tersebut. Begitu juga, kita berkongsi dalam kuasa Allah jika kita bersatu dengan sumber kuasa ini. Tuhan boleh mengalih kuasa ini jika kita enggan untuk tetap bersatu secara intim kepadaNya. Allah mengamanahkan kita dengan kuasa Dia, hanya jika kita membenarkan Dia dalam kehidupan kita. Inilah sebabnya, dalam pembacaan hari ini, kita diberi amaran: "Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban. Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama allah lain, nabi itu harus mati. " Dalam erti kata lain, kita tidak boleh bermain dengan kuasa yang diberikan Tuhan kepada kita, kerana kuasa itu tidak dimaksudkan untuk kepuasan atau faedah peribadi kita, tetapi untuk melakukan kehendak-Nya dan untuk memuliakan nama-Nya.
Hari ini, ketika kita melihat kembali sejarah kita, kita diingatkan akan banyak contoh di mana kuasa telah disalahgunakan. Kita juga diingatkan banyak contoh penggunaan kuasa yang betul. Adakah kita yang telah diberi kuasa, sama ada dari sumber-sumber di dunia, atau dari ilahi, menggunakan kuasa itu dengan bijak dan adil untuk kepentingan semua orang dan untuk kemuliaan Allah yang lebih besar?
Sabtu, 27 Januari 2018
Sabtu, 20 Januari 2018
Minggu Biasa Ke-3 Tahun B
Kehidupan di dunia ini agak sukar diramalkan. Hari ini kita mungkin kelihatan sihat dan puas hati, tetapi kita tidak tahu apa yang boleh berlaku esok. Ramai di antara kita mungkin agak kurang selesa untuk bercakap mengenai kematian, dan ada yang menganggapnya perkara tabu. Bagaimanapun, hakikatnya, kita semua akan mati suatu hari nanti. Tidak kira sama ada kita muda atau tua, sakit atau sihat, kematian boleh datang pada bila-bila masa. Inilah sebabnya mengapa kita selalu diingatkan bahawa hidup adalah singkat dan kita patut menetapkan apa yang harus kita tumpukan. Kita tidak boleh menghabiskan terlalu banyak masa dalam perkara yang kurang penting, sambil tidak mengambil berat tentang perkara yang lebih penting.
Inilah yang pembacaan hari ini cuba mengingatkan kita. Dalam Injil hari ini, Yesus memulakan Mesej berita baik Dia dengan memberitahu kita: "Waktunya telah genap; Kerajaan Allah sudah dekat. Bertobatlah dan percayalah kepada Injil." Yesus memberitahu kita bahawa sekarang adalah masa untuk mengubah cara kita, untuk menjadikan Tuhan keutamaan, untuk membiarkan Tuhan mengawal kehidupan kita. Kita tidak boleh menunggu sehingga esok, atau bulan depan, atau tahun depan; kita mesti membuat keputusan sekarang, kerana esok mungkin tidak akan datang. Orang Niniwe dalam bacaan pertama hari ini mendapat gambaran betapa perlunya untuk mengubah cara mereka. Mereka tidak menunggu atau membuang masa, sebaliknya, " Orang Niniwe percaya kepada Allah, lalu mereka mengumumkan puasa dan mereka, baik orang dewasa maupun anak-anak, mengenakan kain kabung."Justeru, " Ketika Allah melihat perbuatan mereka itu, yakni bagaimana mereka berbalik dari tingkah lakunya yang jahat, maka menyesallah Allah karena malapetaka yang telah dirancangkan-Nya terhadap mereka, dan Iapun tidak jadi melakukannya." Malah St. Paulus dalam pembacaan kedua hari ini memberi amaran kepada kita dengan mesej yang sama: " Saudara-saudara, inilah yang kumaksudkan, yaitu: waktu telah singkat! Karena itu dalam waktu yang masih sisa ini orang-orang yang beristeri harus berlaku seolah-olah mereka tidak beristeri; dan orang-orang yang menangis seolah-olah tidak menangis; dan orang-orang yang bergembira seolah-olah tidak bergembira; dan orang-orang yang membeli seolah-olah tidak memiliki apa yang mereka beli; pendeknya orang-orang yang mempergunakan barang-barang duniawi seolah-olah sama sekali tidak mempergunakannya. Sebab dunia seperti yang kita kenal sekarang akan berlalu. "
Ada di antara kita yang mungkin tertanya-tanya mengapa kita bercakap mengenai kematian dan pertaubatan pada awal tahun. Sesetengah mungkin berfikir bahawa kita terlalu negatif atau terlalu berhati-hati, dan kita harus terus hidup sepenuhnya. Tetapi poinnya ialah: kematian boleh datang tiba-tiba, dan semua rancangan kita untuk tahun ini, tidak kira betapa hebat atau indahnya, tidak lagi penting. Yang penting ialah hubungan kita dengan Tuhan. Adakah hubungan kita dengan Tuhan sihat? Adakah kita membiarkan Tuhan menjadi tuan kepada hidup kita? Jika jawapannya masih "tidak," maka kita perlu melakukan sesuatu mengenainya. Kita perlu merebut setiap peluang untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, serta bertaubat dan percaya kepada Berita Baik-Nya. Kenapa tunggu sehingga terlambat?
Kita memanggil diri kita sebagai orang Kristian, tetapi adakah kita bersedia untuk mengikuti Kristus sepenuhnya, dengan tiada jika atau tetapi, tanpa terma atau syarat? Adakah kita bersedia mengubah cara kita dan membiarkan Tuhan mengawal? Adakah kita bersedia untuk "meninggalkan jala kita dan mengikutinya"? Mengatakan bahawa kita sanggup berbuat demikian adalah mudah, tetapi apa yang kita katakan hanyalah kata-kata, kata-kata kosong. Marilah kita membuat keputusan hari ini, dan membenarkan Allah bertakhta di dalam hati kita.

Sabtu, 13 Januari 2018
Minggu Biasa Ke-2 Tahun B
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah anda berada di dunia ini? Apakah matlamat anda? Siapakah anda sebenarnya? Apa yang anda akan jadi? Kadangkala kita menjalani kehidupan tanpa berfikir jauh akan persoalan sedemikian, tetapi ada masanya kita harus merenung sebentar dari mana kita datang, di mana kita sekarang, dan di mana kita akan pergi. Kehidupan di dunia ini adalah singkat, dan adalah baik bagi kita untuk mengetahui matlamat kita dan hidup secara sepenuhnya.
Apabila kita bertanya soalan sedemikian berkenaan kehidupan kita, sesetengah kita mungkin mula berpendapat bahawa ia adalah tentang melakukan sebanyak yang boleh. Tetapi agama Kristian bukan hanya untuk melakukan, tetapi apa yang lebih penting ialah identiti kita; siapakah kita. Justeru, tindakan kita atau apa yang kita buat haruslah berkaitan dengan siapakah kita. Dan siapakah kita? Pembacaan kedua hari ini memberi kita jawapan: " tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, --dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Kerana itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu!" Kita, seperti pembacaan itu mengingatkan kita, bukan milik kita sendiri, kerana kita adalah milik Allah.
Jika kita menyedari siapakah kita, maka kita dapat mula faham bahawa Yesus dalam Injil hari ini bukan bertanya kepada dua orang murid apa yang mereka mahu secara material. Sebaliknya, Dia bertanya kepada mereka, dan Dia bertanya kepada kita juga: Apa yang anda mahu jadi? Yesus cuba mencabar murid yang pertama ini, dan kita juga, untuk melihat lebih mendalam dalam hidup kita dan bertanya kepada diri sendiri: Siapakah saya? Apakah tujuan saya dalam hidup ini? Apakah yang Tuhan mahu saya jadi? Oleh itu, kita mesti belajar mendengar teliti suara Tuhan sewaktu kita berdoa. Kita mesti belajar untuk mengenali suara Dia dan membezakan suara Dia dari yang lain. Kita mesti belajar untuk mendengar cara Samuel dalam bacaan pertama hari ini, mendengar dan berkata, " Berbicaralah, TUHAN, sebab hamba-Mu ini mendengar.”
Hari ini, Yesus mengundang kita untuk menjadi pengikut-Nya. Yesus mengundang kita untuk "datang dan lihat", untuk bersama dengan Dia, untuk menjumpai rancangan Dia untuk kita,untuk memikul kuk Dia dan belajar dari-Nya. Marilah kita membuka hati dan minda kita, supaya Yesus dapat mengubah kita dan menggunakan kita demi kemuliaan Allah yang lebih besar.

Isnin, 8 Januari 2018
Pembaptisan Yesus
Hari ini kita merayakan pembaptisan Yesus di sungai Yordan oleh Yohanes Pembaptis. Ketika Yesus mendekati Yohanes untuk dibaptiskan, Yohanes pada mulanya menolak untuk membaptis Dia, kerana pembaptisan yang dilakukan Yohanes adalah pembaptisan pertobatan, kerana dia berasa tidak layak, dan juga kerana sepatutnya Yesus adalah orang yang membaptisnya. Walau bagaimanapun, Yesus bertegas agar Yohanes membaptisnya untuk memenuhi semua kebenaran, sungguhpun Yesus tidak memiliki dosa, Dia memilih untuk dibaptis untuk menandakan kesatuan-Nya dengan dosa manusia, yang Dia datang bagi menebus dosa tersebut.
Apabila Yesus keluar dari air pembaptisan, berlaku perubahan dalam hidup-Nya. Pembaptisan Dia menjadi permulaan pelayanan awam-Nya. Ia juga menunjukkan hubungan eratnya dengan Tuhan seperti yang dinyatakan dalam kata-kata: " Engkaulah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Mulah Aku berkenan."." Yesus menjadi teladan bagi kita semua tentang bagaimana untuk menjalin hubungan yang betul dengan Allah dengan selalu melakukan apa yang benar demi membina Kerajaan Tuhan.
Melalui pembaptisan kita, kita menghilangkan cara lama kita yang berdosa, dan bangkit dengan kehidupan baru dalam Yesus. Hidup kita telah berubah dan dengan itu, muncul tanggungjawab Kristian yang baru . Kita dipanggil untuk meniru contoh Yesus dengan melakukan kehendak Tuhan setiap hari dalam kehidupan kita dan dengan menggunakan kasih kurnia yang Dia berikan kepada kita setiap hari untuk membantu membina kerajaan Allah. Sama seperti Tuhan memberikan kuasa kepada Yesus untuk pergi dan menyebarkan kasih-Nya di dunia, demikian juga Dia memberi kita Roh yang sama untuk berbuat baik di dunia. Semoga kita pergi untuk mewartakan Khabar Baik dengan gembira, bersemangat serta bertenaga; dan melakukan bahagian kita dalam membina Kerajaan Tuhan, demi kemuliaan-Nya yang lebih besar.

Sabtu, 6 Januari 2018
Hari Raya Penampakan Tuhan (Epifani)
Peristiwa yang bersejarah muncul dan pergi, dan kadang kala orang yang sepatutnya sedar dan mengenali akan peristiwa bersejarah itu akhirnya terlepas pandang atau gagal mengenali peristiwa bersejarah itu. Satu sebab mengapa mereka gagal berbuat demikian adalah disebabkan mentaliti atau cara pemikiran mereka. Sesetengah orang berfikir bahawa peristiwa bersejarah hanya berlaku di tempat yang hebat atau penting. Orang sebegitu tidak dapat memahami atau menerima peristiwa yang bersejarah berlaku di tempat yang mereka anggap sebagai tempat yang biasa atau tidak signifikan. Tetapi kadangkala, peristiwa yang bersejarah juga berlaku di tempat-tempat yang paling jarang (tidak mungkin) atau paling tidak dijangka.
Kita tahu bahawa orang Yahudi sepatutnya menjadi umat pilihan Tuhan. Mereka sepatutnya menyedari peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kitab-kitab suci dan pelbagai nubuatan yang diramalkan. Walau bagaimanapun, sebaliknya bangsa bukan Israel, iaitu orang Majusi, yang mengenali peristiwa yang bersejarah. Orang Yahudi tidak peka (sedar) dan gagal mengenali peristiwa yang bersejarah, mungkin kerana mereka sering berfikir tentang agama mereka dengan cara tetap. Di dalam fikiran mereka, Tuhan ditemukan di gunung-gunung suci, di Rumah Tuhan dan di tempat-tempat suci. Mesiah yang merupakan tokoh hebat dalam nubuatan mesti dilahirkan dalam kemewahan dan kekuasaan. Mereka tidak bersedia menerima hakikat bahawa Tuhan kemungkinan memilih untuk dilahirkan di sebuah kandang. Kadang-kadang kita juga mungkin mempunyai cara pemikiran kita yang tetap dan tidak terdedah kepada idea-idea baru. Apabila seseorang mempunyai idea atau cadangan, kita menolaknya dengan sikap negatif. Disebabkan sikap ini, kita menghalang pertumbuhan dan perubahan dan juga meletak halangan dalam cara Tuhan cuba mendedahkan kehendak-Nya kepada kita.
Injil hari ini mencabar kita untuk mengenal bintang-bintang, terutama bintang yang membawa orang Majusi kepada Yesus. Tuhan kita adalah Tuhan yang mengagumkan dan kita mesti mendedah kepada-Nya memilih cara yang Dia ingin menyatakan diri-Nya. Apabila kita mengikut bintang, suatu petunjuk dari Tuhan, idea baru atau arah baru, kita mungkin tidak tahu di mana ia akan memimpin kita. Sebaliknya, kita diminta untuk berjalan dengan iman, mengetahui dan mempercayai bahawa Tuhan akan berada di sana untuk membantu dan membimbing kita sepanjang jalan. Ada kalanya kita mungkin berasa untuk menyerah diri atau kita mungkin mengalami gangguan lain. Tetapi jika kita sesat, selalu ada bintang yang mengingatkan kita tentang arah dan destinasi kita. Bintang ini bukan destinasi kita tetapi menunjukkan kepada kita jalan kepada Yesus, Terang Dunia, yang telah datang untuk menunjukkan kepada kita jalan kepada Allah Bapa. Semoga kita dengan rendah hati dan gembira mengikuti Yesus, bintang kita, dan tetap berada dalam jagaan dan kasih-Nya.

Isnin, 1 Januari 2018
Hari Raya Santa Perawan Maria
Pernahkah anda berhenti sebentar untuk merenungkan apakah jenis kehidupan yang anda jalani? Seorang ahli falsafah yang hebat, Socrates, pernah berkata: " Kehidupan yang tidak direnung tidak bermakna." Apabila kita tidak mengambil masa untuk menoleh ke belakang dan melihat kehidupan kita, sesetengah kita mungkin mula mendapati kehidupan begitu membosankan (biasa) dan sesetengah kita mungkin mengulangi kesilapan yang sama yang dilakukan orang lain atau bahkan diri kita sendiri, kesilapan yang boleh dielakkan jika kita benar-benar telah merenung dan mengambil perhatian apa yang sudah berlaku.
Hari ini kita diberi contoh Maria, Bonda Allah, yang dinyatakan dalam Injil kepada kita, "menyimpan segala perkara itu di dalam hatinya dan merenungkannya." Dalam usaha genting kita menyambut Tahun Baru dengan hebat, kita kadangkala lupa untuk mengikut contoh Maria yang menghargai dan mengucapkan terima kasih atas semua perkara yang telah kita terima pada tahun lepas dan merenung ke mana Tuhan memimpin kita. Kita perlu merenungkan pada kehidupan kerana hanya melalui renungan dan doa, kita akan memahami rancangan Tuhan untuk kita. Tuhan adalah panduan berterusan kita yang sentiasa berbicara kepada kita, dan jika kita tidak mengambil masa untuk berdoa dan merenung, kita mungkin mendapati diri kita beralih dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain, mungkin tanpa arah dan tanpa tujuan. Hanya dengan doa dan renungan, kita dapat mengenali kehadiran Tuhan dalam banyak situasi kehidupan yang berbeza.
Tatkala kita merayakan Tahun Baru ini, marilah kita membuang cara lama kita, tabiat buruk kita, sifat mementingkan diri kita, dan mengikut jejak Kristus. Sesetengah kita suka untuk membuat resolusi Tahun Baru, tetapi membuat resolusi Tahun Baru itu tidak berguna, jika kita tidak menilai dari semasa ke semasa sejauh mana kita telah berkembang, dan mendapatkan bimbingan Tuhan untuk membantu kita kembali ke landasan yang betul. Perubahan boleh datang dalam kehidupan kita dan kehidupan masyarakat di sekeliling kita, jika kita sanggup meniru Maria dan mengambil masa untuk menghargai semua perkara ini dan merenungkannya di dalam hati kita. Adakah kita bersedia melakukan perubahan pada tahun ini?

Langgan:
Catatan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...