Pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah anda berada di dunia ini? Apakah matlamat anda? Siapakah anda sebenarnya? Apa yang anda akan jadi? Kadangkala kita menjalani kehidupan tanpa berfikir jauh akan persoalan sedemikian, tetapi ada masanya kita harus merenung sebentar dari mana kita datang, di mana kita sekarang, dan di mana kita akan pergi. Kehidupan di dunia ini adalah singkat, dan adalah baik bagi kita untuk mengetahui matlamat kita dan hidup secara sepenuhnya.
Apabila kita bertanya soalan sedemikian berkenaan kehidupan kita, sesetengah kita mungkin mula berpendapat bahawa ia adalah tentang melakukan sebanyak yang boleh. Tetapi agama Kristian bukan hanya untuk melakukan, tetapi apa yang lebih penting ialah identiti kita; siapakah kita. Justeru, tindakan kita atau apa yang kita buat haruslah berkaitan dengan siapakah kita. Dan siapakah kita? Pembacaan kedua hari ini memberi kita jawapan: " tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, --dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Kerana itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu!" Kita, seperti pembacaan itu mengingatkan kita, bukan milik kita sendiri, kerana kita adalah milik Allah.
Jika kita menyedari siapakah kita, maka kita dapat mula faham bahawa Yesus dalam Injil hari ini bukan bertanya kepada dua orang murid apa yang mereka mahu secara material. Sebaliknya, Dia bertanya kepada mereka, dan Dia bertanya kepada kita juga: Apa yang anda mahu jadi? Yesus cuba mencabar murid yang pertama ini, dan kita juga, untuk melihat lebih mendalam dalam hidup kita dan bertanya kepada diri sendiri: Siapakah saya? Apakah tujuan saya dalam hidup ini? Apakah yang Tuhan mahu saya jadi? Oleh itu, kita mesti belajar mendengar teliti suara Tuhan sewaktu kita berdoa. Kita mesti belajar untuk mengenali suara Dia dan membezakan suara Dia dari yang lain. Kita mesti belajar untuk mendengar cara Samuel dalam bacaan pertama hari ini, mendengar dan berkata, " Berbicaralah, TUHAN, sebab hamba-Mu ini mendengar.”
Hari ini, Yesus mengundang kita untuk menjadi pengikut-Nya. Yesus mengundang kita untuk "datang dan lihat", untuk bersama dengan Dia, untuk menjumpai rancangan Dia untuk kita,untuk memikul kuk Dia dan belajar dari-Nya. Marilah kita membuka hati dan minda kita, supaya Yesus dapat mengubah kita dan menggunakan kita demi kemuliaan Allah yang lebih besar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan