Pada zaman purba, kita membaca tentang maharaja-maharaja dan raja-raja yang mendakwa mempunyai mandat atau kuasa dari Tuhan untuk memerintah orang awam. Malah sesetengah maharaja dan raja ini percaya bahawa mereka benar-benar ilahi, atau mereka adalah keturunan ilahi (walaupun mereka percaya mereka lebih kurang mempunyai kuasa sudah mencukupi untuk mereka), atau mereka telah menerima mesej ilahi atau pengesahan untuk menyokong hak dan keistimewaan mereka sebagai seorang pemerintah. Segelintir orang mempersoalkan sama ada maharaja-maharaja dan raja-raja ini benar dalam tuntutan mereka, tetapi berdasarkan pemerhatian, kita mendapati tuntutan tersebut boleh dipersoalkan.
Namun, apa yang kita maksudkan apabila kita bercakap tentang kuasa? Apabila kita bercakap mengenai kuasa, kita bercakap tentang kuasa yang diterima seseorang, biasanya melalui proses pengundian, walaupun ada masanya, kuasa tersebut mungkin dirampas dengan bantuan askar atau melalui cara lain. Orang tersebut kemudiannya akan mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan orang lain atau sekumpulan orang. Masyarakat mewujudkan undang-undang untuk melindungi warganya dan kemudian memberi kuasa kepada orang tertentu seperti polis atau dalam kes tertentu, tentera untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut. Secara umumnya, kuasa berhubung rapat dengan sumbernya dan kuasa tersebut bersifat sementara serta tertakluk kepada penilaian dan kemungkinan berubah atau bahkan ditolak apabila ia tidak lagi berfungsi.
Bagaimanapun, Injil hari ini memberitahu kita tentang jenis kuasa yang berlainan. Kuasa itu datang dari Allah, memandangkan kita percaya Yesus adalah Anak Allah. Dalam Injil hari ini, orang ramai kagum kerana mereka tidak pernah berpengalaman terhadap seseorang yang bertutur dengan penuh kuasa dan berkeyakinan. Kuasa ini tidak boleh dilupuskan dari Yesus kerana Yesus bersatu-padu secara intim dengan Bapa-Nya , sumber kuasa tersebut. Begitu juga, kita berkongsi dalam kuasa Allah jika kita bersatu dengan sumber kuasa ini. Tuhan boleh mengalih kuasa ini jika kita enggan untuk tetap bersatu secara intim kepadaNya. Allah mengamanahkan kita dengan kuasa Dia, hanya jika kita membenarkan Dia dalam kehidupan kita. Inilah sebabnya, dalam pembacaan hari ini, kita diberi amaran: "Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban. Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama allah lain, nabi itu harus mati. " Dalam erti kata lain, kita tidak boleh bermain dengan kuasa yang diberikan Tuhan kepada kita, kerana kuasa itu tidak dimaksudkan untuk kepuasan atau faedah peribadi kita, tetapi untuk melakukan kehendak-Nya dan untuk memuliakan nama-Nya.
Hari ini, ketika kita melihat kembali sejarah kita, kita diingatkan akan banyak contoh di mana kuasa telah disalahgunakan. Kita juga diingatkan banyak contoh penggunaan kuasa yang betul. Adakah kita yang telah diberi kuasa, sama ada dari sumber-sumber di dunia, atau dari ilahi, menggunakan kuasa itu dengan bijak dan adil untuk kepentingan semua orang dan untuk kemuliaan Allah yang lebih besar?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan