Sabtu, 6 Januari 2018

Hari Raya Penampakan Tuhan (Epifani)

Peristiwa yang bersejarah muncul dan pergi, dan kadang kala orang yang sepatutnya sedar dan mengenali akan peristiwa bersejarah itu akhirnya terlepas pandang atau gagal mengenali peristiwa bersejarah itu. Satu sebab mengapa mereka gagal berbuat demikian adalah disebabkan mentaliti atau cara pemikiran mereka. Sesetengah orang berfikir bahawa peristiwa bersejarah hanya berlaku di tempat yang hebat atau penting. Orang sebegitu tidak dapat memahami atau menerima peristiwa yang bersejarah berlaku di tempat yang mereka anggap sebagai tempat yang biasa atau tidak signifikan. Tetapi kadangkala, peristiwa yang bersejarah juga berlaku di tempat-tempat yang paling jarang (tidak mungkin) atau paling tidak dijangka.

Kita tahu bahawa orang Yahudi sepatutnya menjadi umat pilihan Tuhan. Mereka sepatutnya menyedari peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kitab-kitab suci dan pelbagai nubuatan yang diramalkan. Walau bagaimanapun, sebaliknya bangsa bukan Israel, iaitu orang Majusi, yang mengenali peristiwa yang bersejarah. Orang Yahudi tidak peka (sedar) dan gagal mengenali peristiwa yang bersejarah, mungkin kerana mereka sering berfikir tentang agama mereka dengan cara tetap. Di dalam fikiran mereka, Tuhan ditemukan di gunung-gunung suci, di Rumah Tuhan dan di tempat-tempat suci. Mesiah yang merupakan tokoh hebat dalam nubuatan mesti dilahirkan dalam kemewahan dan kekuasaan. Mereka tidak bersedia menerima hakikat bahawa Tuhan kemungkinan memilih untuk dilahirkan di sebuah kandang. Kadang-kadang kita juga mungkin mempunyai cara pemikiran kita yang tetap dan tidak terdedah kepada idea-idea baru. Apabila seseorang mempunyai idea atau cadangan, kita menolaknya dengan sikap negatif. Disebabkan sikap ini, kita menghalang pertumbuhan dan perubahan dan juga meletak halangan dalam cara Tuhan cuba mendedahkan kehendak-Nya kepada kita.

Injil hari ini mencabar kita untuk mengenal bintang-bintang, terutama bintang yang membawa orang Majusi kepada Yesus. Tuhan kita adalah Tuhan yang mengagumkan dan kita mesti mendedah kepada-Nya memilih cara yang Dia ingin menyatakan diri-Nya. Apabila kita mengikut bintang, suatu petunjuk dari Tuhan, idea baru atau arah baru, kita mungkin tidak tahu di mana ia akan memimpin kita. Sebaliknya, kita diminta untuk berjalan dengan iman, mengetahui dan mempercayai bahawa Tuhan akan berada di sana untuk membantu dan membimbing kita sepanjang jalan. Ada kalanya kita mungkin berasa untuk menyerah diri atau kita mungkin mengalami gangguan lain. Tetapi jika kita sesat, selalu ada bintang yang mengingatkan kita tentang arah dan destinasi kita. Bintang ini bukan destinasi kita tetapi menunjukkan kepada kita jalan kepada Yesus, Terang Dunia, yang telah datang untuk menunjukkan kepada kita jalan kepada Allah Bapa. Semoga kita dengan rendah hati dan gembira mengikuti Yesus, bintang kita, dan tetap berada dalam jagaan dan kasih-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...