Sesetengah budaya menganggap tempat-tempat tinggi seperti puncak gunung-puncak gunung, bukit-bukit, di atas pokok-pokok dan tempat-tempat sama yang lain dengan penuh hormat, kerana mereka percaya bahawa tempat-tempat yang tinggi adalah tempat suci di mana tuhan tinggal atau di mana tuhan mungkin ditemui. Sesetengah budaya bahkan membina kuil-kuil, membina rumah berhala, melakukan korban, dan banyak perkara yang lain atau ritual, dalam usaha untuk mewujudkan komunikasi atau hubungan dengan ilahi.
Dalam pembacaan hari ini, kita dapat melihat contoh-contoh tempat yang tinggi di mana ilahi ditemui. Dalam pembacaan pertama, Abraham mematuhi perintah Tuhan dan hampir mengorbankan anaknya Ishak kepada Allah di atas gunung. Dalam Injil, Yesus berubah rupa di atas gunung, dan Petrus, Yakobus serta Yohanes diberikan keistimewaan untuk mengalami tuhan (experiencing the divine). Tetapi apa yang lebih penting dalam pembacaan ini bukanlah gunung atau tempat tinggi yang lain, tetapi apa yang Tuhan lakukan selepas itu. Apa yang Tuhan lakukan adalah memberikan hadiah jauh lebih besar daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas gunung.
Dalam pembacaan pertama, Abraham mematuhi Tuhan dan hampir mengorbankan anaknya sebagai hadiah kepada Tuhan, tetapi Tuhan memberi Abraham hadiah yang lebih baik apabila Dia berkata: "Karena engkau telah berbuat demikian, dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku,maka Aku akan memberkati engkau berlimpah-limpah dan membuat keturunanmu sangat banyak seperti bintang di langit dan seperti pasir di tepi laut, dan keturunanmu itu akan menduduki kota-kota musuhnya. Oleh keturunanmulah semua bangsa di bumi akan mendapat berkat, karena engkau mendengarkan firman-Ku."Begitu juga dalam Injil, murid-murid mempunyai keistimewaan untuk mendengar suara Tuhan: "Inilah Anak yang Kukasihi, dengarkanlah Dia." Yesus merupakan hadiah Tuhan bagi kita semua, dan kita tidak perlu melakukan korban atau mendaki gunung atau tempat-tempat tinggi yang lain dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Kita hanya perlu mendengar pada Yesus. Dan apabila kita mendengar pada Yesus dan melakukan apa yang Dia katakan kepada kita, kita pasti memperoleh bantuan dan rezeki Allah, seperti yang dinyatakan St Paulus dalam pembacaan kedua: "Jika Allah di pihak kita, siapakah yang akan melawan kita? Ia, yang tidak menyayangkan Anak-Nya sendiri, tetapi yang menyerahkan-Nya bagi kita semua, bagaimanakah mungkin Ia tidak mengaruniakan segala sesuatu kepada kita bersama-sama dengan Dia? "
Adakah kita mendengar pada Yesus? Adakah kita melakukan yang terbaik untuk mendengar pada Yesus dalam masa yang baik dan juga dalam masa sukar? Kita kadang-kadang merasakan seolah-olah Yesus tidak bercakap kepada kita atau membantu kita ketika kita menghadapi masa sukar atau situasi yang susah. Tetapi jika kita membuka telinga kita dan juga hati kita, kita akan dapat mendengar suara-Nya yang lembut tetapi menenteramkan, mengundang kita untuk percaya kepada-Nya dan membenarkan Dia menjadi panduan kita. Tatkala kita menjalani musim Prapaska ini, jangan kita terganggu atau berputus asa, tetapi fokus kepada Yesus. Marilah kita terus mencari Yesus, hadiah yang terbesar dari semua.
Sabtu, 24 Februari 2018
Sabtu, 17 Februari 2018
Minggu Prapaska Pertama Tahun B
Ramai daripada kita boleh bertahan untuk beberapa tempoh tanpa makanan, tetapi berapa ramai daripada kita yang dapat bertahan selama beberapa tempoh tertentu tanpa air? Tubuh kita terdiri daripada air yang banyak, dan tatkala kita kehilangan air melalui pelbagai cara, kita perlu mengganti air yang hilang. Justeru, air penting bagi semua kehidupan. Kita perlu air untuk minum, memasak, membersihkan diri, mencuci pakaian dan lain-lain, untuk membolehkan pokok, sayuran, bunga dan tumbuh-tumbuhan lain tumbuh serta berbuah, dan bahkan untuk haiwan yang liar dan jinak supaya hidup dan berkembang/makmur (prosper). Kebanyakan kita tidak banyak berfikir atau menghargai keperluan air, tetapi apabila kita kekurangan air disebabkan kekurangan dan catuan, disebabkan oleh penyelenggaraan atau pembaikan paip, atau kerana beberapa sebab lain, kemudian kita mula menyedari betapa pentingnya air.
Apabila kita melihat air, kita sedar bahawa air yang terlalu sedikit bukan sesuatu perkara yang baik. Sebaliknya, air yang terlalu banyak juga tidak baik. Mengapa begitu? Terlalu banyak air boleh menyebabkan kerosakan pada tanaman dan menyebabkan harga makanan meningkat. Air terlalu banyak juga boleh menyebabkan banjir dan bahkan tsunami yang telah berlaku suatu ketika dahulu dan menyebabkan kemusnahan yang besar serta kehilangan nyawa. Tetapi jika kita merenung seketika, kita dapat menyedari bahawa sama seperti air boleh membunuh, ia juga boleh membawa kehidupan.
Nampaknya air merupakan tema utama dalam pembacaan hari ini. Dalam pembacaan pertama dan kedua, kita membaca tentang air banjir yang memusnahkan sebahagian besar kehidupan di bumi. Dalam Injil, kita membaca tentang Roh yang memimpin Yesus ke padang gurun, di mana air adalah terhad. Apabila kita melihat pada pembacaan, kita dapat melihat bagaimana air yang terlalu banyak dan air yang terlalu sedikit boleh menjadi perkara yang buruk. Terlalu banyak air dalam bentuk air banjir mengakibatkan kematian dan kemusnahan. Air terlalu sedikit menyebabkan banyak kesukaran dan cabaran kepada Yesus semasa 40 hari Dia dicobai oleh Iblis di padang gurun.Pada masa yang sama, kita juga mendapati bahawa kuasa pemusnah air membawa kepada penyelamatan. Dalam kisah Nuh, Allah menjanjikan Nuh bahawa dia tidak akan memusnahkan dunia lagi dengan air bah. Pada akhir pengalaman Yesus di padang gurun, Dia memberitakan Kabar Baik kepada semua, dengan berita yang boleh memuaskan mereka yang inginkan penjelmaan kerajaan Allah.
Bagaimana dengan kita? Bagaimana air mempengaruhi kita ketika kita menghadapi musim Prapaska ini? Semasa musim Prapaska ini, air mengingatkan kita tentang keperluan kita untuk bertaubat dan menukar haluan, di mana kita mesti mati (menghentikan) cara-cara lama kita yang mementingkan diri dan berdosa di dalam air banjir yang membersihkan dan menyucikan, kita mesti menyucikan niat kita dan menghadapi percubaan kita dengan keberanian, harapan dan kepercayaan, tatkala kita berjalan bersama Yesus ke kehidupan belantara/liar kita (wilderness of our lives). Air mengingatkan kita tentang pembaptisan kita dan keperluan kita untuk kekal "hidrasi" dengan Tuhan , kerana seperti pembacaan kedua memberitahu kita: " kamu sekarang diselamatkan oleh kiasannya, yaitu baptisan--maksudnya bukan untuk membersihkan kenajisan jasmani, melainkan untuk memohonkan hati nurani yang baik kepada Allah--oleh kebangkitan Yesus Kristus…"Oleh itu, mari kita dengan berani, mengetahui bahawa kita boleh terus berharap dan percaya kepada Yesus, seperti pembacaan kedua memberi jaminan kepada kita:" Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Ia membawa kita kepada Allah. "

Rabu, 14 Februari 2018
Hari Rabu Abu
Banyak benda yang kita lihat di sekeliling kita mungkin kelihatan indah, sedap mata memandang, atau menarik, tetapi apabila benda-benda ini dibakar, satu-satunya yang tinggal adalah abu. Tidak kira betapa hebat benda atau orang itu kelihatan, kesemuanya tidak akan dikenali bila ia menjadi abu. Ramai di antara kita biasanya tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan abu, kerana abu hanyalah debu. Tetapi apabila kita melihat abu dari sudut pandangan iman, kita mula melihat nilai sebenarnya. Abu mengingatkan kita bahawa segala yang kita miliki, setiap hubungan yang kita hargai, adalah tidak kekal. Abu juga mengingatkan kita tentang kematian kita dan kita bukan sahaja perlu memberi tumpuan kepada benda dan orang di dunia ini, kerana semua ini akhirnya akan lenyap, semuanya akan kembali ke debu
Hari ini kita merayakan Hari Rabu Abu, yang merupakan permulaan musim Prapaska. Bagi kita orang Kristian, abu digunakan sebagai tanda penebusan. Setiap daripada kita mungkin berasal dari latar belakang yang berbeza, kumpulan etnik yang berlainan atau status sosial yang berbeza, tetapi tidak kira siapa anda atau di mana anda berasal, semua dijemput untuk tampil ke depan bagi mengenakan abu di dahi anda, semuanya adalah orang berdosa yang memerlukan penyelamatan. Dengan cara ini, kita semua sama di mata Tuhan; kita semua memerlukan pengampunan dan penebusan.
Musim Prapaska ini merupakan peluang kita untuk mati terhadap dosa, terhadap khayalannya, terhadap dustaannya. Dosa menyesatkan kita untuk berfikir bahawa kita hanya perlu memikirkan diri kita sendiri. Dosa mengoda kita dengan cara dunia dan membutakan kita pada cara Tuhan. Daripada jatuh ke dalam dosa, tumpuan kita sekarang harus berpaling kepada Tuhan. Dalam Tuhan, kita akan mengetahui nilai sebenar kita serta tujuan sebenar kita, dan kita akan menemui tempat rehat dan rumah kita yang sejati. Oleh itu, dalam musim Prapaska ini, marilah kita meningkatkan usaha kita untuk meneliti kehidupan kita dan berpaling kepada Tuhan serta bergantung kepada rezeki-Nya. Marilah kita ambil perhatian akan panggilan untuk "bertobatlah dan percayalah pada Injil."

Sabtu, 10 Februari 2018
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami layanan seperti sampah masyarakat, orang buangan, atau dikecualikan daripada sesebuah kumpulan, komuniti atau dari masyarakat? Ramai di antara kita mungkin bertuah tidak mengalami perkara sedemikian, tetapi ada juga yang melalui pengalaman ini setiap hari. Mereka diperlakukan dengan cara ini atas beberapa sebab: orang itu telah melakukan jenayah yang sangat kejam atau mengerikan sehingga orang itu dikurung jauh daripada orang lain untuk kebaikan masyarakat; atau seseorang itu dijangkiti dengan penyakit berjangkit atau berbahaya, maka adalah lebih selamat dan lebih baik untuk orang tersebut diasingkan dari orang lain untuk mengelakkan jangkitan merebak kepada orang lain di sekelilingnya atau bahkan untuk mengelakkan wabak. Satu penyakit yang boleh menyebabkan seseorang diperlakukan sebagai orang buangan masyarakat adalah kusta.
Sebahagian besar daripada kita mendahagakan hubungan baik, bahagia dan sihat serta persahabatan dengan rakan-rakan, keluarga dan orang tersayang. Walau bagaimanapun, jika seseorang menderita penyakit kusta, hubungan dan persahabatan sedemikian tidak mungkin selagi penyakit itu masih wujud dalam dirinya. Kusta boleh dirawat dengan bantuan ubatan moden, dan orang yang dijangkiti penyakit ini dan sedang menjalani rawatan yang betul dapat menjalani gaya hidup yang normal.Namun, kusta pada zaman purba, termasuk mereka pada era Yesus, tidak begitu bertuah. Ketakutan dan prasangka menyebabkan mereka dicemuh dan dihina kerana sesetengah orang menyangka bahawa mereka telah menjadi pesakit kusta sebab melakukan dosa besar. Sesetengah pesakit kusta bahkan mungkin merasa terasing dari Tuhan kerana mereka tidak dapat menghadiri upacara di rumah ibadat, atau menziarahi Bait Allah di Yerusalem. Oleh itu, satu-satunya teman yang mereka mungkin ada adalah dengan pesakit kusta yang lain.
Pesakit kusta dalam Injil hari ini mungkin merasakan kesakitan emosi dan fizikal yang luar biasa kerana keadaannya. Dia harus hidup jauh dari orang lain, seperti pembacaan pertama memberitahu kita: " Maka orang itu sakit kusta, dan ia najis, dan imam harus menyatakan dia najis, karena penyakit yang di kepalanya itu. Orang yang sakit kusta harus berpakaian yang cabik-cabik, rambutnya terurai dan lagi ia harus menutupi mukanya sambil berseru-seru: Najis! Najis!" Selama ia kena penyakit itu, ia tetap najis; memang ia najis; ia harus tinggal terasing, di luar perkemahan itulah tempat kediamannya.” Bolehkah anda bayangkan digelar "najis"? Gelaran yang menghinakan dan menjatuhkan maruah! Tetapi itulah yang perlu dilalui oleh pesakit kusta ini. Dalam keadaan terdesak, dia berharap bahawa Yesus akan menyembuhkannya dan melepaskannya dari keadaan susah. Dan itulah yang dilakukan oleh Yesus; Dia menyembuhkan pesakit kusta dan memberi balik kebebasannya semula: lelaki itu dapat keluar dari pengasingannya dan bersatu kembali dengan orang yang tersayang dan dengan masyarakat. Orang yang sembuh itu pastinya sangat gembira dan teruja disembuhkan, sehingga dia mengingkar perintah tegas Yesus: "Ingatlah, janganlah engkau memberitahukan apa-apa tentang hal ini kepada siapapun, tetapi pergilah, perlihatkanlah dirimu kepada imam dan persembahkanlah untuk pentahiranmu persembahan, yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti bagi mereka." Sebaliknya, dia mula memberitahu semua orang tentang Yesus.
Hari ini, kita mempunyai ramai "pesakit kusta" di kalangan kita. Adakah kita tahu siapakah mereka? Adakah kita berfikir tentang bagaimana kita boleh membawa kehadiran penyembuhan Yesus kepada mereka? "Pesakit kusta" ini tidak semestinya menderita penyakit kusta, tetapi mereka mungkin mengalami nasib yang sama seperti pesakit kusta kerana beberapa alasan: mereka boleh terasing, kesepian dan terkurung di rumah mereka akibat penyakit atau usia tua; mereka mungkin disingkir oleh masyarakat kerana prasangka dan ketakutan kerana mereka menderita sesetengah penyakit berjangkit atau penyakit yang dianggap berbahaya dan berjangkit atau bahkan AIDS; mereka boleh mengasingkan diri mereka sendiri kerana kesedihan atau harga diri yang rendah; atau mereka mungkin adalah migran atau mereka yang mengalami ejekan atau pengasingan kerana sukar berbahasa, prasangka dan kemiskinan. Sebagai orang Kristian, kita perlu keluar dari zon selesa, kebanggaan dan prasangka kita, serta ketakutan kita, dan pergi ke ramai "pesakit kusta" di sekeliling kita. Mari kita bawa Yesus kepada mereka, dan lakukan bahagian kita untuk menunjukkan kepada mereka belas kasihan, rahmat dan kasih Allah.

Sabtu, 3 Februari 2018
Minggu Biasa Ke-5 Tahun B
Apakah tujuan anda dalam hidup? Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa anda berada di dunia ini? Kenapa anda bekerja dalam pekerjaan tertentu atau melakukan tugas tertentu? Adakah perkara-perkara yang kita lakukan, kadangkala tugas-tugas rutin, semuanya untuk hidup? Sesetengah mungkin merasakan seolah-olah kehidupan menjadi semakin sukar, dan mereka berasa semakin lebih kecewa dan letih melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali. Mereka yang berasa begitu boleh dikenal pasti melalui Ayub dalam pembacaan pertama hari ini, di mana dia mengeluh: " Bukankah manusia harus bergumul di bumi, dan hari-harinya seperti hari-hari orang upahan?" Bahaya yang perlu kita hadapi adalah apabila kita membenarkan diri kita berasa seolah-olah kehidupan kita tidak lagi mempunyai sebarang tujuan dan arah. Apabila kita membenarkan diri kita berasa sebegitu, sesetengah kita mungkin mula membayangkan bunuh diri, memikirkan bahawa hidup tidak lagi bernilai, tidak mempunyai tujuan, dan sepertinya tidak ada sebab lagi untuk kita teruskan.
Walau bagaimanapun, pembacaan hari ini sebenarnya memberi kita satu sebab dan tujuan yang penting untuk hidup; dan matlamat itu adalah Tuhan. Kita hidup kerana kita percaya kepada Tuhan dan berusaha untuk mengekalkan hubungan yang rapat dengan Dia: pada masa yang baik atau sukar, dalam semua yang kita lakukan, dalam usaha kita untuk berbuat baik dan menghindari kejahatan; semua ini bermakna sesuatu yang istimewa dan hanya penting kerana kita percaya bahawa Tuhan akan menjadi takdir dan petunjuk kita.
Di dalam Injil, Yesus mungkin dengan mudah terbawa-bawa dengan melakukan pekerjaan yang luar biasa dan membantu ramai orang. Dia mungkin dicubai untuk terus melakukan kerja yang baik ini dengan alasan bahawa dia melakukannya kerana kasih dan belas kasihan bagi manusia. Tetapi adakah itu kehendak Tuhan? Tidak. Yesus sedar bahawa misinya adalah untuk memberitakan Berita Baik Kerajaan Allah ke bandar-bandar lain yang berdekatan juga, bukan hanya menetap di satu tempat. Apa yang Dia mahu lakukan secara peribadi tidak penting. Satu-satunya perkara yang penting ialah kehendak Tuhan: dan iaitu untuk memberitakan kerajaan Allah dan untuk memuliakan Allah.
Begitu juga, St Paulus mengetahui tujuan hidupnya untuk memberitakan Injil, tatkala dia memberitahu kepada kita dalam bacaan kedua: "Karena jika aku memberitakan Injil, aku tidak mempunyai alasan untuk memegahkan diri. Sebab itu adalah keharusan bagiku. Celakalah aku, jika aku tidak memberitakan Injil. Kalau andaikata aku melakukannya menurut kehendakku sendiri, memang aku berhak menerima upah. Tetapi karena aku melakukannya bukan menurut kehendakku sendiri, pemberitaan itu adalah tugas penyelenggaraan yang ditanggungkan kepadaku. " Inilah juga misi kita dan tujuan kita dalam hidup, iaitu: dalam segala hal, untuk memuliakan Tuhan.
Sesetengah kita berfikir bahawa syaitan akan menggoda kita untuk melakukan sesuatu yang buruk atau jahat. Walau bagaimanapun, ini tidak selalu berlaku. Syaitan juga boleh menggoda kita untuk melakukan sesuatu yang kelihatan baik, dan apabila kita berbuat demikian, segelintir kita mungkin mula berfikir bahawa tanpa kita, tugas yang ada tidak akan menjadi. Kita mula melakukan perkara-perkara untuk kepuasan peribadi kita sendiri, untuk populariti kita sendiri, untuk menambah ego kita. Kita mula hanyut dari tujuan kita yang sebenar: iaitu untuk memberitakan Berita Baik dan untuk memuliakan Allah dalam semua yang kita lakukan. Kita semakin ambil kisah dengan apa yang orang lain fikirkan mengenai kita; dan maka kita melakukan perkara-perkara yang kita harap akan menjadikan mereka menyukai kita. Kita menjadi lebih kisah dengan apa yang membuatkan kita gembira, walaupun kegembiraan itu hanya bersifat sementara; sama ada kekayaan, populariti atau kuasa. Sekiranya tujuan hidup kita berdasarkan pada faktor-faktor ini dan bukannya Tuhan, tidak lama kita akan mendapati diri kita kecewa dan penat.
Justeru, marilah kita selalu ingat bahawa kita mempunyai tujuan dalam hidup, iaitu untuk memberitakan Berita Baik dan untuk memuliakan Allah. Marilah kita terus berusaha untuk membina Kerajaan Allah dan bukan milik kita sendiri, tatkala kita memohon Tuhan untuk membantu dan membimbing kita; tatkala kita mendengar doa pembukaan: "Ya Allah, peliharalah senantiasa keluarga-Mu dengan kasih sayang. Karena hanya rahmat-Mu yang menjadi dasar harapan dan andalan kami, maka jagailah kami selalu dalam perlindungan-Mu."

Langgan:
Catatan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...