Rabu, 14 Februari 2018

Hari Rabu Abu

Banyak benda yang kita lihat di sekeliling kita mungkin kelihatan indah, sedap mata memandang, atau menarik, tetapi apabila benda-benda ini dibakar, satu-satunya yang tinggal adalah abu. Tidak kira betapa hebat benda atau orang itu kelihatan, kesemuanya tidak akan dikenali bila ia menjadi abu. Ramai di antara kita biasanya tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan abu, kerana abu hanyalah debu. Tetapi apabila kita melihat abu dari sudut pandangan iman, kita mula melihat nilai sebenarnya. Abu mengingatkan kita bahawa segala yang kita miliki, setiap hubungan yang kita hargai, adalah tidak kekal. Abu juga mengingatkan kita tentang kematian kita dan kita bukan sahaja perlu memberi tumpuan kepada benda dan orang di dunia ini, kerana semua ini akhirnya akan lenyap, semuanya akan kembali ke debu

Hari ini kita merayakan Hari Rabu Abu, yang merupakan permulaan musim Prapaska. Bagi kita orang Kristian, abu digunakan sebagai tanda penebusan. Setiap daripada kita mungkin berasal dari latar belakang yang berbeza, kumpulan etnik yang berlainan atau status sosial yang berbeza, tetapi tidak kira siapa anda atau di mana anda berasal, semua dijemput untuk tampil ke depan bagi mengenakan abu di dahi anda, semuanya adalah orang berdosa yang memerlukan penyelamatan. Dengan cara ini, kita semua sama di mata Tuhan; kita semua memerlukan pengampunan dan penebusan.

Musim Prapaska ini merupakan peluang kita untuk mati terhadap dosa, terhadap khayalannya, terhadap dustaannya. Dosa menyesatkan kita untuk berfikir bahawa kita hanya perlu memikirkan diri kita sendiri. Dosa mengoda kita dengan cara dunia dan membutakan kita pada cara Tuhan. Daripada jatuh ke dalam dosa, tumpuan kita sekarang harus berpaling kepada Tuhan. Dalam Tuhan, kita akan mengetahui nilai sebenar kita serta tujuan sebenar kita, dan kita akan menemui tempat rehat dan rumah kita yang sejati. Oleh itu, dalam musim Prapaska ini, marilah kita meningkatkan usaha kita untuk meneliti kehidupan kita dan berpaling kepada Tuhan serta bergantung kepada rezeki-Nya. Marilah kita ambil perhatian akan panggilan untuk "bertobatlah dan percayalah pada Injil."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...