Sabtu, 17 Februari 2018

Minggu Prapaska Pertama Tahun B

Ramai daripada kita boleh bertahan untuk beberapa tempoh tanpa makanan, tetapi berapa ramai daripada kita yang dapat bertahan selama beberapa tempoh tertentu tanpa air? Tubuh kita terdiri daripada air yang banyak, dan tatkala kita kehilangan air melalui pelbagai cara, kita perlu mengganti air yang hilang. Justeru, air penting bagi semua kehidupan. Kita perlu air untuk minum, memasak, membersihkan diri, mencuci pakaian dan lain-lain, untuk membolehkan pokok, sayuran, bunga dan tumbuh-tumbuhan lain tumbuh serta berbuah, dan bahkan untuk haiwan yang liar dan jinak supaya hidup dan berkembang/makmur (prosper). Kebanyakan kita tidak banyak berfikir atau menghargai keperluan air, tetapi apabila kita kekurangan air disebabkan kekurangan dan catuan, disebabkan oleh penyelenggaraan atau pembaikan paip, atau kerana beberapa sebab lain, kemudian kita mula menyedari betapa pentingnya air.

Apabila kita melihat air, kita sedar bahawa air yang terlalu sedikit bukan sesuatu perkara yang baik. Sebaliknya, air yang terlalu banyak juga tidak baik. Mengapa begitu? Terlalu banyak air boleh menyebabkan kerosakan pada tanaman dan menyebabkan harga makanan meningkat. Air terlalu banyak juga boleh menyebabkan banjir dan bahkan tsunami yang telah berlaku suatu ketika dahulu dan menyebabkan kemusnahan yang besar serta kehilangan nyawa. Tetapi jika kita merenung seketika, kita dapat menyedari bahawa sama seperti air boleh membunuh, ia juga boleh membawa kehidupan.

Nampaknya air merupakan tema utama dalam pembacaan hari ini. Dalam pembacaan pertama dan kedua, kita membaca tentang air banjir yang memusnahkan sebahagian besar kehidupan di bumi. Dalam Injil, kita membaca tentang Roh yang memimpin Yesus ke padang gurun, di mana air adalah terhad. Apabila kita melihat pada pembacaan, kita dapat melihat bagaimana air yang terlalu banyak dan air yang terlalu sedikit boleh menjadi perkara yang buruk. Terlalu banyak air dalam bentuk air banjir mengakibatkan kematian dan kemusnahan. Air terlalu sedikit menyebabkan banyak kesukaran dan cabaran kepada Yesus semasa 40 hari Dia dicobai oleh Iblis di padang gurun.Pada masa yang sama, kita juga mendapati bahawa kuasa pemusnah air membawa kepada penyelamatan. Dalam kisah Nuh, Allah menjanjikan Nuh bahawa dia tidak akan memusnahkan dunia lagi dengan air bah. Pada akhir pengalaman Yesus di padang gurun, Dia memberitakan Kabar Baik kepada semua, dengan berita yang boleh memuaskan mereka yang inginkan penjelmaan kerajaan Allah.

Bagaimana dengan kita? Bagaimana air mempengaruhi kita ketika kita menghadapi musim Prapaska ini? Semasa musim Prapaska ini, air mengingatkan kita tentang keperluan kita untuk bertaubat dan menukar haluan, di mana kita mesti mati (menghentikan) cara-cara lama kita yang mementingkan diri dan berdosa di dalam air banjir yang membersihkan dan menyucikan, kita mesti menyucikan niat kita dan menghadapi percubaan kita dengan keberanian, harapan dan kepercayaan, tatkala kita berjalan bersama Yesus ke kehidupan belantara/liar kita (wilderness of our lives). Air mengingatkan kita tentang pembaptisan kita dan keperluan kita untuk kekal "hidrasi" dengan Tuhan , kerana seperti pembacaan kedua memberitahu kita: " kamu sekarang diselamatkan oleh kiasannya, yaitu baptisan--maksudnya bukan untuk membersihkan kenajisan jasmani, melainkan untuk memohonkan hati nurani yang baik kepada Allah--oleh kebangkitan Yesus Kristus…"Oleh itu, mari kita dengan berani, mengetahui bahawa kita boleh terus berharap dan percaya kepada Yesus, seperti pembacaan kedua memberi jaminan kepada kita:" Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Ia membawa kita kepada Allah. "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...