Memaparkan catatan dengan label Para. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Para. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Jun 2019

Santo Petrus dan Paulus, Para Rasul

Kenapa kita mengingati Santo Petrus dan Paulus?

Santo Petrus merupakan Paus yang pertama dan memelihara gereja yang berkembang pesat pada tahun-tahun berikutnya selepas Pentakosta. Pada tahun pertama selepas Pentakosta, orang Yahudi yang menerima Yesus sebagai Penyelamat dan gereja pada awalnya adalah gereja yang sangat Yahudi. Paulus berkhutbah kepada orang-orang bukan Yahudi. Kita semua adalah orang bukan Yahudi. Khutbahnya sangat berjaya dan dia membawa sejumlah besar orang bukan Yahudi dalam gereja, sehingga jumlah orang Yahudi di dalam gereja banyak melebihi orang bukan Yahudi. Ia disebabkan Paulus, kita sekarang ada di Gereja.

Juga, keperibadian Petrus dan Paulus memberi kita sesuatu untuk direnungkan. Petrus adalah impulsif, memberitahu Yesus bahawa dia akan mati bersama dengannya pada malam Khamis suci jika perlu, tetapi kemudian pada malam itu, dia menafikan dia mengenalnya. Tetapi Yesus memilih Petrus kerana kasihnya: tiga kali Yesus bertanya kepadanya jika dia mengasihi dia dan memintanya untuk menjaga domba. Paulus mempunyai personaliti yang agresif. Dalam kehidupan mudanya, dia bersemangat menyeksa orang Kristian di Yerusalem, malah menyaksikan kematian Stefanus, martir pertama bagi Yesus. Selepas pertaubatannya, homili Santo Paulus begitu semarak dengan Berita Baik

Melihat personaliti Petrus dan Paulus, kita melihat bahawa Tuhan memanggil mereka untuk menggunakan personaliti mereka bagi mewartakan Injil. Petrus menggunakan kasihnya yang impulsif untuk menjaga domba, dan Paulus menggunakan khutbah dan personalitinya yang bersemarak untuk memastikan orang-orang bukan Yahudi diterima ke dalam gereja. Ini adalah peringatan kepada kita bahawa bakat dan kelemahan kita dapat menjadi cara Tuhan untuk membantu orang lain dan membimbing orang lain kepada-Nya. Kita tidak perlu menjadi sempurna untuk Tuhan bekerja melalui kita. Tuhan boleh bekerja melalui kita sesuai dengan kebolehan kita, seperti yang dilakukannya dengan Petrus dan Paulus.

Santo Petrus dan Paulus, Para Rasul

Petrus dan Paulus merupakan dua rasul hebat yang menunjukkan kepada kita apa yang dimaksudkan dengan menjadi seorang murid Yesus. Mereka masing-masing telah mati syahid (martir) kerana iman, dan mereka menunjukkan kepada kita dua pendekatan yang sangat berbeza atau gaya pemuridan. Petrus adalah seorang murid yang lambat belajar (lembap) dalam iman. Dia membuat banyak kesilapan, kadang kala kesilapan besar. Dia mengasihi Yesus dan bagaimanapun menafikan bahawa dia mengenali-Nya. Namun Yesus tidak pernah berhenti berbelas kasihan dan mengasihani Petrus, dan memberinya peluang semula. Paulus, sebaliknya, memeluk iman dalam Yesus dengan serta merta. Walaupun dalam gambar dia kelihatan dipukul jatuh dari seekor kuda semasa pergi ke Damsyik, Alkitab hanya menyatakan dia dijatuhkan oleh cahaya yang terang. Tiga hari kemudian Paulus menjadi pembela berita baik, dan membawa berita baik Kristus kepada semua.

Sekiranya kita melihat kepada Petrus dan Paulus, kita dapat melihat, pada tahap tertentu, dua gaya pemuridan yang berbeza. Setiap gaya mempunyai tujuannya dan kita boleh memanggil salah satu sebagai gaya Petrus dan yang satu lain sebagai Gaya Paulus. Gaya Petrus seperti orang-orang yang cuba melakukan perkara yang betul, tetapi membuat kesilapan; bermaksud baik, tetapi tidak selalu kelihatan lancar; mereka yang cuba faham tetapi tidak selalu dapat dan apabila mereka berjaya melakukannya, kadang-kadang mereka tidak dapat melakukannya dengan betul; mereka yang gagal, yang bertaubat, yang berputus asa apabila mereka gagal lagi, dan yang sentiasa datang kembali, untuk cuba lagi. Mereka yang mempunyai gaya Paulus, bersemangat, yakin, dan tidak ragu-ragu atau takut untuk mengatakannya dengan lantang. Mereka membuat permintaan besar terhadap orang lain dan juga pada diri mereka sendiri. Mereka mengatakan perkara yang susah atau sukar dikatakan, dan tidak takut untuk mengatakannya. Mereka mengajar tanpa takut dan tanpa was-was. Gaya Paulus juga gagal dari semasa ke semasa, tetapi apabila mereka melakukannya dan mengakuinya, mereka bergerak maju lebih berkeyakinan dari sebelumnya. Gaya Paulus kadang-kadang kurang menyenangkan.

Apabila kita merenung kedua gaya pemuridan ini, ada di antara kita seperti gaya Petrus, sesetengah kita seperti gaya Paulus, dan sesetengah kita mempunyai kedua-dua gaya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza dalam hidup kita. Jika kita menyedari gaya mana yang kita ada, kita dapat belajar untuk memahami dan menghargai gaya lain, dan belajar bagaimana untuk bekerja bersama demi kemuliaan Tuhan.

Jumaat, 2 November 2018

Hari Para Arwah

Dalam hidup, terdapat banyak perkara yang boleh kita cuba elak. Sesetengah kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelak penyakit. Kita membeli vitamin, makanan sihat dan bernutrisi, pemeriksaan kesihatan yang kerap, dan lain-lain sebagai sebahagian daripada usaha kita untuk kekal sihat. Sesetengah kita cuba mengelak konflik dan pertelingkahan dalam keluarga dan hubungan kita. Ada yang cuba untuk mengelakkan situasi yang mungkin berbahaya atau maut.

Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa terdapat perkara yang tidak dapat kita elak. Yang pertama adalah cukai, yang kita bayar dalam pelbagai bentuk. Sama ada cukai pendapatan, cukai jalan, GST, Cukai Taksiran atau Cukai Sewa (Cukai Pintu), kita dikenakan cukai.

Satu lagi perkara yang tidak dapat kita elak ialah kematian. Kita semua akan mati suatu hari nanti. Tiada siapa yang hidup selama-lamanya. Kita boleh cuba mencari jalan dan cara untuk memanjangkan hidup kita, tetapi akhirnya kita akan mati. Tubuh kita reput. Bahkan benda-benda yang kita cipta dan gunakan di dunia adalah rosak. Tetapi ada sesuatu yang hidup walaupun selepas badan kita mati dan lenyap. Iaitu jiwa kita.

Hari ini kita meraikan Hari Para Arwah. Kita mengingati ramai orang (keluarga, kawan, kenalan, orang yang dikasihi, dan sebagainya) yang telah meninggalkan kita. Kita berharap orang-orang ini, melalui kasih dan belas kasihan Allah, akan bersama dengan Allah. Bacaan ke-2 mengingatkan kita bahawa kita dipenuhi dengan harapan yang menyenangkan dan kepercayaan kepada Allah. Justeru, mari kita bersukacita hari ini, mengetahui bahawa Kristus telah memenangkan kemenangan untuk kita. Kematian tidak dapat menakluk kita kerana kematian sudah ditakluk oleh Kristus. Marilah kita jangan sedih atas kematian orang yang kita kasihi. Sebaliknya, marilah kita bersukacita dengan mereka kerana mereka akhirnya dapat berisitirehat dengan Allah.

Khamis, 1 November 2018

Hari Para Kudus

Hari ini kita merayakan Hari Para Kudus. Kita berterima kasih kepada Allah untuk ramai lelaki dan wanita, muda dan tua, yang melalui kehidupan mereka menunjukkan kepada kita bagaimana untuk berusaha menuju kekudusan. Sesetengah kita, barangkali, mungkin berfikir bahawa kita tidak cukup baik atau mampu untuk menjadi seorang kudus. Poinnya, kita semua dipanggil untuk menjadi orang kudus dalam pelbagai cara. Mungkin bacaan Ibrani 12 akan membantu.

Sekiranya kita membaca Ibrani 12, kita akan menemui dari awal bahawa "Karena kita mempunyai banyak saksi, bagaikan awan yang mengelilingi kita, marilah kita menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlomba dengan tekun dalam perlombaan yang diwajibkan bagi kita. Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan, " Kita juga diingatkan bahawa "janganlah anggap enteng didikan Tuhan, dan janganlah putus asa apabila engkau diperingatkan-Nya; karena Tuhan menghajar orang yang dikasihi-Nya, dan Ia menyesah orang yang diakui-Nya sebagai anak." Para kudus merupakan awan besar saksi yang mengelilingi kita, bersorak-sorai untuk kita, menggalakkan kita. Di pihak kita, kita perlu:

1. Menanggalkan segala beban dan dosa yang merintangi kita

2. Tekun dalam perlumbaan

3. Tujukan mata kita kepada Yesus

4. Menjalani percubaan anda sebagai "disiplin"

Adakah kita dapat pergi dan berusaha ke arah kesucian dan menjadi orang kudus dengan bantuan Allah? Atau adakah kita masih rasa kasihan pada diri, enggan membiarkan Allah kita yang pengasih mengubah kita?

Khamis, 2 November 2017

Hari Para Arwah

Adakah anda tahu apa yang berlaku kepada anda apabila anda mati? Adakah anda tahu apa yang akan berlaku pada badan anda? Bagaimana pula dengan roh anda? Kita tahu bahawa badan kita akan reput dari masa ke masa, melainkan ia adalah untuk kemuliaan Tuhan yang badan kita kekal tanpa reput, seperti apa yang berlaku kepada badan orang kudus tertentu. Tetapi bagi kebanyakan kita, badan kita " debu dan engkau akan kembali menjadi debu (Kejadian 3:19)." Tetapi bagaimana pula dengan roh kita? Adakah kita telah mempertimbangkan apa yang akan berlaku kepada roh kita?

Kematian tidak dapat dielakkan. Kita boleh cuba cara dan kaedah untuk memanjangkan hidup kita, tetapi akhirnya serta tidak dapat dielakkan, kita akan mati. Sebahagian daripada kita mungkin mula bimbang tentang apa yang akan terjadi kepada kita dan orang yang tersayang apabila kita mati. Kita tertanya-tanya sama ada kita akan bersama dengan Tuhan di syurga, atau sama ada kita mungkin dihukum ke neraka. Kita tertanya-tanya sama ada kita mungkin berakhir di purgatory (tempat atau keadaan menderita, terutama (dalam kepercayaan Roman Katolik) apabila roh-roh mengalami proses pembersihan) seketika. Tetapi semua soalan yang tidak perlu ini berdasarkan kebimbangan yang tidak perlu. Kenapa kita membenarkan diri kita diselubungi atau dilumpuhkan dengan kebimbangan? Lagipun, kita harus perhatikan apa yang St Paulus dalam bacaan kedua mengingatkan kita: " Pengharapan tidak mengecewakan, karena kasih Allah telah dicurahkan di dalam hati kita oleh Roh Kudus yang telah dikaruniakan kepada kita.... Akan tetapi Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa. Lebih-lebih, karena kita sekarang telah dibenarkan oleh darah-Nya, kita pasti akan diselamatkan dari murka Allah.”

Kita harus ingat bahawa orang tersayang kita kini berada di tangan Allah. Kita percaya bahawa Allah akan menjaga mereka. Oleh itu kita perlu meletakkan kepercayaan kita dan harapan kita pada janji Allah. Daripada bimbang atau khuatir, marilah kita melakukan bahagian kita dan cuba untuk hidup mengikut nilai-nilai Injil, serta meninggalkan kehidupan kita dan kehidupan orang yang telah pergi sebelum kita dalam jagaan Allah.

Rabu, 1 November 2017

Hari Para Kudus

Apa dia orang kudus? Sesetengah orang berpendapat bahawa orang kudus adalah seseorang yang mempunyai kuasa istimewa, dengan kebolehan mengatasi dan melebihi insan biasa. Sesetengah orang berpendapat bahawa orang kudus merupakan seorang yang amat suci atau soleh, sentiasa berdoa dan mengajar Injil. Sesetengah orang berfikir bahawa orang kudus tidak pernah membuat kesilapan atau jarang berdosa. Ada yang berfikir bahawa orang kudus adalah seseorang yang telah melakukan perbuatan epik (heroic) atau hidup dan mati dengan cara epik. Tetapi adakah orang kudus hanya terdiri daripada kualiti, sifat, keupayaan atau kekuatan tertentu? Adakah terdapat faktor lain yang boleh dipertimbangkan dalam persamaan?

Injil hari ini memberitahu kita bahawa seseorang boleh menjadi bahagia walaupun kita mungkin menghadapi pelbagai kesukaran, masalah atau penindasan. Ia mungkin kelihatan amat sukar atau mustahil bagi kebanyakan kita insan biasa untuk menjadi gembira dalam keadaan sebegini, namun inilah perbezaan kebahagiaan kita daripada tanggapan dunia. Berdasarkan pandangan duniawi, kebahagiaan adalah untuk diri sendiri, atau mungkin untuk keluarga, orang tersayang dan rakan taulan seseorang. Tetapi dari pandangan seorang Kristian, kebahagiaan kita hakikatnya dari Allah, yang mengasihi kita semua tanpa syarat dan tiada sebarang– penyakit, kegagalan, tekanan emosi, penindasan, peperangan ataupun kematian – boleh mengambil kasih tersebut. Maka, salah satu aspek seperti orang kudus (saintliness) adalah dengan rendah diri menyedari kasih Tuhan untuk kita, dan kasihNya bukan hanya untuk diri kita sendiri, tetapi untuk dikongsi penuh kesungguhan, bersemangat dan ikhlas dengan semua.

St. Paulus memberitahu kita dalam bacaan kedua bahawa kita adalah anak-anak yang dikasihi Allah, dan itulah identiti kita yang sebenar, sumber kegembiraan dan kekuatan kita. Bacaan kedua juga memberitahu kita bahawa kita mempunyai harapan dengan Tuhan dan melihatNya dalam keadaan-Nya yang sebenarnya, dan sebab itu kita perlu menyucikan diri dan perlu cuba menjadi seperti Kristus yang adalah suci. Jadi, aspek yang lain seperti orang kudus adalah untuk menjadi gembira dan penuh harapan, meskipun dalam ujian dan penderitaan, seperti para martir (martyrs), yang telah mencuci jubah mereka dan membuatnya putih di dalam darah Anak Domba seperti diberitahu kita dalam bacaan pertama. Kegembiraan dan harapan ini bukan untuk disimpan dalam diri kita sendiri, tetapi untuk disaksikan semua, agar kemuliaan diberikan kepada Allah.

Jika kita lihat pada beberapa aspek seperti orang kudus yang disebut, kita mula sedar bahawa tidak sukar atau mustahil untuk menjadi seorang kudus. Apa yang penting ialah kita belajar untuk berkembang dalam keimanan dengan rendah diri dan bergantung pada kasih, penjagaan dan rezeki Tuhan, serta belajar untuk mengasihi orang lain seperti Tuhan mengasihi kita tanpa syarat. Kita tidak dapat berkembang dalam keimanan dengan penuh suci dan lebih dekat kepada Allah dalam semalaman. Ia memerlukan masa, kesabaran, banyak usaha serta rendah diri dan keceriaan. Akhirnya, kita bergantung pada rahmat, kekuatan dan kuasa kasih Allah untuk mengubah kita, demi kemuliaanNya yang lebih besar.

Ahad, 1 November 2015

Hari Para Kudus

Siapakah seorang santo? Sesetengah orang menganggap para santo adalah mereka yang istimewa atau cemerlang dalam menjalani kehidupan suci, melakukan mukjizat yang menakjubkan atau perbuatan besar yang soleh seperti berdoa dalam masa yang lama, menahan penderitaan yang hebat untuk Kristus dan hidup tanpa dosa. Tetapi ini bukan sebenarnya ciri seorang santo, memandangkan kita terlalu memperbesarkan ciri baik para santo, sehingga lupa bahawa mereka juga mempunyai kelemahan. Jadi bagaimana seorang santo menjadi santo?

Santo menjadi "santo" berdasarkan keupayaan dan keterbukaan mereka untuk berhubung dengan ciri kemanusiaan masing-masing, dan berusaha untuk kekal suci sebagai manusia. Ucapan-ucapan dalam Al-Kitab hari ini memberi kita gambaran indah apa yang dimaksudkan untuk menjadi manusia dan menjadi suci: dengan menggambarkan orang-orang yang bahagia, diberkati, suci dan berhubung dengan kesakitan, kelemahan dan batasan mereka. Ini mengingatkan kita bahawa para santo adalah miskin di hadapan Allah, kerana mereka mengiktiraf kelemahan dan kekurangan mereka sendiri dan oleh itu mereka memerlukan Allah; mereka adalah orang-orang yang lemah lembut dan bukan ganas; mereka menegak keadilan dengan tidak berdiam diri tetapi berjuang terutamanya bagi golongan miskin, terpinggir dan orang-orang yang tidak mempunyai suara mereka sendiri; mereka mampu untuk menunjukkan belas kasihan kepada orang lain kerana mereka juga telah menerima belas kasihan dari Allah; mereka mempunyai hati yang suci, kerana mereka tidak mempunyai agenda tersembunyi; dan mereka juga "pejuang keamanan" dalam dunia yang ganas dan penuh dendam.

Apa makna ini kepada kita semua? Ini bermakna bahawa setiap daripada kita dipanggil untuk menjadi santo. Kita dipanggil untuk mengenali kemiskinan kita, kelemahan kita, kesakitan kita, keperluan kita untuk belas kasihan, hasrat kita untuk keamanan dan keadilan, dan keperluan kita kepada Allah.Ia tidak mustahil untuk menjadi santo, semua yang perlu kita lakukan adalah untuk menjadi konsisten, rendah diri dan bersedia untuk menjalani kehidupan seperti yang dijanjikan Kristus, dan membiarkan Allah membantu dan membimbing kita.

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...