Memaparkan catatan dengan label Santo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santo. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Jun 2019

Santo Petrus dan Paulus, Para Rasul

Kenapa kita mengingati Santo Petrus dan Paulus?

Santo Petrus merupakan Paus yang pertama dan memelihara gereja yang berkembang pesat pada tahun-tahun berikutnya selepas Pentakosta. Pada tahun pertama selepas Pentakosta, orang Yahudi yang menerima Yesus sebagai Penyelamat dan gereja pada awalnya adalah gereja yang sangat Yahudi. Paulus berkhutbah kepada orang-orang bukan Yahudi. Kita semua adalah orang bukan Yahudi. Khutbahnya sangat berjaya dan dia membawa sejumlah besar orang bukan Yahudi dalam gereja, sehingga jumlah orang Yahudi di dalam gereja banyak melebihi orang bukan Yahudi. Ia disebabkan Paulus, kita sekarang ada di Gereja.

Juga, keperibadian Petrus dan Paulus memberi kita sesuatu untuk direnungkan. Petrus adalah impulsif, memberitahu Yesus bahawa dia akan mati bersama dengannya pada malam Khamis suci jika perlu, tetapi kemudian pada malam itu, dia menafikan dia mengenalnya. Tetapi Yesus memilih Petrus kerana kasihnya: tiga kali Yesus bertanya kepadanya jika dia mengasihi dia dan memintanya untuk menjaga domba. Paulus mempunyai personaliti yang agresif. Dalam kehidupan mudanya, dia bersemangat menyeksa orang Kristian di Yerusalem, malah menyaksikan kematian Stefanus, martir pertama bagi Yesus. Selepas pertaubatannya, homili Santo Paulus begitu semarak dengan Berita Baik

Melihat personaliti Petrus dan Paulus, kita melihat bahawa Tuhan memanggil mereka untuk menggunakan personaliti mereka bagi mewartakan Injil. Petrus menggunakan kasihnya yang impulsif untuk menjaga domba, dan Paulus menggunakan khutbah dan personalitinya yang bersemarak untuk memastikan orang-orang bukan Yahudi diterima ke dalam gereja. Ini adalah peringatan kepada kita bahawa bakat dan kelemahan kita dapat menjadi cara Tuhan untuk membantu orang lain dan membimbing orang lain kepada-Nya. Kita tidak perlu menjadi sempurna untuk Tuhan bekerja melalui kita. Tuhan boleh bekerja melalui kita sesuai dengan kebolehan kita, seperti yang dilakukannya dengan Petrus dan Paulus.

Santo Petrus dan Paulus, Para Rasul

Petrus dan Paulus merupakan dua rasul hebat yang menunjukkan kepada kita apa yang dimaksudkan dengan menjadi seorang murid Yesus. Mereka masing-masing telah mati syahid (martir) kerana iman, dan mereka menunjukkan kepada kita dua pendekatan yang sangat berbeza atau gaya pemuridan. Petrus adalah seorang murid yang lambat belajar (lembap) dalam iman. Dia membuat banyak kesilapan, kadang kala kesilapan besar. Dia mengasihi Yesus dan bagaimanapun menafikan bahawa dia mengenali-Nya. Namun Yesus tidak pernah berhenti berbelas kasihan dan mengasihani Petrus, dan memberinya peluang semula. Paulus, sebaliknya, memeluk iman dalam Yesus dengan serta merta. Walaupun dalam gambar dia kelihatan dipukul jatuh dari seekor kuda semasa pergi ke Damsyik, Alkitab hanya menyatakan dia dijatuhkan oleh cahaya yang terang. Tiga hari kemudian Paulus menjadi pembela berita baik, dan membawa berita baik Kristus kepada semua.

Sekiranya kita melihat kepada Petrus dan Paulus, kita dapat melihat, pada tahap tertentu, dua gaya pemuridan yang berbeza. Setiap gaya mempunyai tujuannya dan kita boleh memanggil salah satu sebagai gaya Petrus dan yang satu lain sebagai Gaya Paulus. Gaya Petrus seperti orang-orang yang cuba melakukan perkara yang betul, tetapi membuat kesilapan; bermaksud baik, tetapi tidak selalu kelihatan lancar; mereka yang cuba faham tetapi tidak selalu dapat dan apabila mereka berjaya melakukannya, kadang-kadang mereka tidak dapat melakukannya dengan betul; mereka yang gagal, yang bertaubat, yang berputus asa apabila mereka gagal lagi, dan yang sentiasa datang kembali, untuk cuba lagi. Mereka yang mempunyai gaya Paulus, bersemangat, yakin, dan tidak ragu-ragu atau takut untuk mengatakannya dengan lantang. Mereka membuat permintaan besar terhadap orang lain dan juga pada diri mereka sendiri. Mereka mengatakan perkara yang susah atau sukar dikatakan, dan tidak takut untuk mengatakannya. Mereka mengajar tanpa takut dan tanpa was-was. Gaya Paulus juga gagal dari semasa ke semasa, tetapi apabila mereka melakukannya dan mengakuinya, mereka bergerak maju lebih berkeyakinan dari sebelumnya. Gaya Paulus kadang-kadang kurang menyenangkan.

Apabila kita merenung kedua gaya pemuridan ini, ada di antara kita seperti gaya Petrus, sesetengah kita seperti gaya Paulus, dan sesetengah kita mempunyai kedua-dua gaya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza dalam hidup kita. Jika kita menyedari gaya mana yang kita ada, kita dapat belajar untuk memahami dan menghargai gaya lain, dan belajar bagaimana untuk bekerja bersama demi kemuliaan Tuhan.

Isnin, 19 Mac 2018

Hari Raya Santo Yusuf, Suami Bonda Maria

Ramai di antara kita mengetahui sesuatu tentang bapa kita dan kita telah membesar di bawah bimbingan mereka selama ini. Sesetengah daripada kita, atas satu sebab atau yang lain, mungkin tidak banyak mengenali bapa kita. Santo Yusuf, suami Bonda Maria, merupakan seorang bapa yang kita kenali sedikit. Injil tidak banyak menyebutnya, kecuali pada awal dari masa Yesus dikandung sehingga Dia hilang dan ditemui di Bait Suci ketika Dia berumur dua belas tahun.

Dari sedikit yang kita dapat himpunkan mengenai Santo Yusuf dalam Injil hari ini, kita membaca bahawa Santo Yusuf adalah “seorang yang tulus hati dan tidak mau mencemarkan nama isterinya di muka umum, ia bermaksud menceraikannya dengan diam-diam." Bagaimanapun, ketika malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya dalam mimpi dengan berita jaminan, Yusuf " berbuat seperti yang diperintahkan malaikat Tuhan itu kepadanya." Ayat-ayat tersebut memberikan kita sedikit pandangan terhadap siapakah Santo Yusuf. Walaupun dia seorang yang tegak/lurus, dia juga tunduk kepada kehendak Tuhan. Injil hari ini mengingatkan kita juga tentang peranan kita sebagai bapa. Menjadi seorang bapa atau dipanggil sebagai bapa tidak memadai; kita perlu menunjukkan contoh yang baik dan cukup rendah diri untuk mendengar suara Tuhan. Marilah kita mempunyai unsur-unsur kejantanan yang baik dan yang menyayangi dalam hubungan kita dengan Tuhan dan dengan orang lain, dan mengikuti contoh Santo Yusuf.

Selasa, 29 September 2015

Pesta Santo Mikhael, Gabriel dan Raphael, Malaikat Agung

Adakah kamu percaya hantu-hantu wujud? Ada orang bukan sahaja percaya, tetapi mereka menjadi agak karut dan memakai segala jenis tangkal atau azimat, melaung doa, mempersembahkan persembahan seperti buah-buahan dan makanan, mengelakkan dari pergi berdekatan sesuatu tempat seperti kubur di waktu malam, dan pelbagai macam perkara lagi. Orang sedemikian takut akan hantu-hantu ini akan membawa nasib yang kurang baik atau malapetaka jika terserempak dengan hantu.

Untuk sesetengah orang, hantu dianggap jahat dan jahil dan perlu dielakkan sebaik mungkin. Tetapi, adakah semua hantu itu jahat? Tidak. Masih ada roh-roh yang baik yang boleh membantu kita dalam satu cara atau cara yang lain, kadang-kadang dengan kita tidak menyedari yang mereka wujud. Salah satu roh-roh itu ialah malaikat atau malaikat agung seperti Mikhael, Gabriel dan Raphael, pesta yang kita sambut hari ini. Nama Mikhael bermakna "yang serupa Tuhan". Di dalam Al Kitab, Santo Mikhael telah di suatu masa dahulu mengetuai peperangan menentang Syaitan (Wahyu 12:7-9) dan keazamannya adalah tertumpu kepada matlamat menuju kepada kebaikan: dia penyelamat roh-roh yang menggunakan pedang keadilan yang soleh menentang Syaitan. Gabriel bermakna "Tuhan kekuatan saya". Di dalam Al Kitab, Dia menjelma kepada Zakharia (Lukas 1:13) dan kepada Bonda Maria (Lukas 1:27-28). Gabriel membawa kita utusan Tuhan kekuatan di mana kita dapat menaruh harapan: Tuhan Yang Dijadikan yang tidak lama lagi akan masuk ke dalam tawarikh kerana cinta kasihNya untuk manusia. Raphael bermakna "Tuhan adalah kesihatan saya". Raphael adalah salah satu daripada tujuh malaikat yang "berdiri di hadapan Tuhan Yang Agung, siap untuk melayani Nya" (Tobit 12:15). Makna nama Raphael mencerminkan hakikat di mana dia menyentuh mata Tobit supaya dapat menyembuhkan kebutaannya.

Walaupun Tuhan tidak dapat diperlihatkan, namun melalui ketiga-tiga malaikat agung, Dia telah memjelmakan kekuasaan dan kehadiranNya. Setiap malaikat dihantar oleh Tuhan untuk menjadi penolong dan penunjuk kita, kerana malaikat tidak boleh memberikan arahan dengan sendiri, tetapi menghantarkan arahan daripada Tuhan kepada kita. Semoga kita menjadi jinak dan merendahkan diri untuk mendengarkan malaikat dan malaikat agung, yang wujud untuk menjadi petunjuk dan penunjuk kita, supaya dengan pertolongan mereka, kita dapat mendekati Tuhan pengasih kita.

Isnin, 21 September 2015

Pesta Santo Matius, Rasul

Sekali sekala, kita bertemu dengan orang yang cuba menunjukkan kekuasaan atau kepentingan mereka di gereja. Orang sedemikian akan cuba sedaya upaya untuk memberitahu yang lain berapa pentingnya diri mereka ini, atau berapa rapat hubungannya dengan uskup ataupun paderi paroki atau berapa mustahaknya mereka di dalam memastikan sesuatu kementerian gereja berfungsi. Ada di antara kita yang akan mendapati orang sedemikian menjijikkan, kerana mereka seolah olah cuba sedaya upaya untuk mendapat perhatian dan mereka membuat persembahan besar semasa melakukan tugasnya. Tetapi sebagai umat Kristian, apakah sikap yang harus kita tunjukkan terhadap peranan dan tanggungjawab di dalam kementerian atau sebagai gereja?

Di dalam pembacaan hari ini, Santo Paulus mengingatkan kita, "Itulah sebabnya aku - orang yang dipenjarakan kerana mengabdikan diri kepada Tuhan - menggesa kamu supaya hidup sesuai dengan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah ketika Dia memanggil kamu. Hendaklah kamu sentiasa rendah hati, lemah lembut, dan sabar. Tunjukkanlah kasihmu dengan saling membantu. Berusahalah sebaik-baiknya untuk hidup damai, supaya kesatuan yang diberikan oleh Roh Allah tetap terpelihara... Setiap orang daripada kita menerima suatu kurnia menurut apa yang diberikan oleh Kristus... Beberapa orang dilantik Nya menjadi rasul, yang lain menjadi nabi, yang lain lagi menjadi pembawa Berita Baik, dan yang lain pula menjadi guru dan pemelihara jemaah. Hal itu dilakukanNya supaya umat Allah dapat melakukan pelayanan yang sepatutnya dilakukan oleh pengikut Kristus, sehingga tubuh Kristus dikuatkan."

Sebagai umat Kristian, tugas kita adalah untuk melayan dengan rendah hati, lemah lembut dan sabar, seperti yang diperingatkan oleh Santo Paulus. Jika hasrat kita hanya untuk mendapatkan perhatian kepada diri kita bila melayan, adakah kita melayan Tuhan, atau adakah kita sebenarnya melayan diri sendiri? Marilah kita memeriksa diri kita sendiri dan beringat bahawa akhirnya, semua yang kita lakukan tidak sepatutnya untuk mendapatkan keagungan peribadi kita dan kepuasan diri, tetapi untuk kemuliaan Tuhan.

Isnin, 24 Ogos 2015

Pesta Santo Bartolomeus, Rasul

Kadang kala kita mendengar ungkapan "jangan menilai buku melalui kulit buku sahaja" (don't judge a book by it's cover) Sebenarnya ungkapan ini bermaksud, janganlah kita menilai kualiti atau watak seseorang atau sesuatu benda hanya dengan memerhati atau mendengar mengenainya. Adakalanya apa yang kita lihat atau dengar mungkin telah dikaburi dengan mata dan telinga yang dipenuhi prasangka, dan melainkan jikalau kita tergerak hati oleh roh kudus Tuhan, kita mungkin gagal untuk mengenali dan menghargai perangai, bakat dan kebolehan seseorang itu.

Di dalam pembacaan Al Kitab hari ini, kita mengenali Santo Bartholomew (yang juga dikenali sebagai Nathaniel) yang berasal dari Cana di Galilee. Daripada Al Kitab, kelihatan seolah olah pada mulanya Santo Bartholomew pada mulanya tidak mempunyai tanggapan yang baik tentang Yesus dari Nasaret. Apabila dia mendengar tentang Yesus dari Nazareth, dia bertanya "Bolehkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?" Santo Bartholomew menyatakan demikian bukanlah kerana dia membenci Yesus atau Nasaret tetapi kerana Nasaret hanyalah sebuah tempat yang kecil dan tidak penting, dan kepada orang-orang Yahudi, tidaklah mungkin seorang Penyelamat akan muncul dari sana. Santo Bartholomew hanya bercakap dengan terus terang dan jelas, dan Yesus mengenali sifat di dalam Santo Bartholomew itu bila Dia berkata bahawa Santo Bartholomew tidak mungkin akan menipu. Bukan itu sahaja, Yesus dapat melihat lebih dari itu pada Santo Bartholomew; Dia dapat melihat bahawa Santo Bartholomew seorang yang ikhlas dan sedang menunggu kedatangan Penyelamat, yang mana St Bartholomew telah dijumpai "di bawah sepohon pokok fig" semasa waktu berdoa dan membuka hati kepada Tuhan. Akhirnya Santo Bartholomew merendah diri dan cukup terbuka hatinya untuk mengenali Yesus, Anak Tuhan, dan Raja Israel.

Ada di antara kita yang mungkin menyerupai Santo Bartholomew pada suatu masa di dalam hidup kita. Kita mungkin telah tidak mempunyai prasangka yang baik terhadap seseorang pada mulanya, disebabkan akan perkara perkara yang telah kita dengar tentangnya atau asal usulnya. Marilah kita berdoa agar seperti Santo Bartholomew, kita akan akhirnya dapat melihat kebaikan seseorang dan tidak "menilai buku dari muka kulitnya sahaja", sepertimana Yesus dapat melihat kebaikan diri kita.

Isnin, 10 Ogos 2015

Pesta Santo Laurensius, Diakon, Martir

Sekali sekala, saya perasan sesetengah orang agak kedekut dengan masa, perbelanjaan dan kekayaan mereka. Ada di antara mereka akan mendesak pihak gereja mengadakan lebih kemudahan tetapi apabila diminta membantu, mereka akan memberi pelbagai alasan. Juga, agak terpegun juga melihat ada yang hanya menghulurkan seringgit dua (matawang Malaysia) ke dalam kutipan ( ada di antara kami, para paderi, dapat melihat agak jelas dari santuari), namun orang seperti inilah yang akan meminta pelbagai perkara. Saya masih ingat di salah satu paroki di mana ada yang memberi pelbagai cadangan untuk memperbaiki kemudahan kemudahan di gereja, termasuk memasang alat hawa dingin untuk para jemaah supaya mereka tidak berasa kepanasan. Tetapi apabila di persoal samada mereka sanggup membantu atau menderma kepada pembelian, penyelenggaraan dan pembayaran bil letrik untuk alat hawa dingin, ada di antara mereka ini akan berdiam lalu pergi seolah olah perbualan ini tidak berlaku. Sememangnya adalah mudah meminta pelbagai perkara, namun berapa ramaikah yang sanggup mengambil peranan dan bermurah hati untuk kebaikan yang lain?

Dalam pembacaan hari ini, Santo Paulus mengingatkan kita, "Ingatlah! Orang yang menanam sedikit benih, akan mendapat tuaian yang sedikit. Tetapi orang yang menanam banyak benih, akan mendapat tuaian yang banyak juga. Masing masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati. Allah berkuasa memberkati kamu dengan berlimpah limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan. Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan baik."

Sudah tentunya, kita tidak meminta para umat memberi melebihi kebolehan mereka, namun begitu jika mereka memilih membuat demikian, ia harus dilakukan secara rela hati dan bukannya sebab berasa seperti perlu di lakukan atau dipaksa. Tiada gunanya jika dilakukan dengan muka yang masam seperti muka monyet, tetapi biarlah kita bermurah hati sebanyak boleh kerana Tuhan telah bermurah hati dengan kita melalui pelbagai perkara/cara.

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...