Jumaat, 25 Mac 2016

Jumaat Agung

Apabila kita berada di masa yang baik, adakah pernah kita memikirkan tentang Tuhan? Ada sesetengah orang yang seolah-olah telah melupakan kehadiran Tuhan tatkala berada di masa yang baik, masa yang mengembirakan, atau bila mereka telah berjaya mencapai sesuatu dan terlalu sibuk dengan perayaan atau sambutan. Tetapi apabila menghadapi malapetaka atau trajedi, ada yang akan mula bertanya: "Mengapakah ini harus terjadi?" atau "Bagaimanakah Tuhan boleh membiarkan kejahatan berlaku? atau juga "Dimanakah Tuhan? Mengapakah Dia tidak membantu sekarang? Ada pula yang akan mula hilang imannya di dalam Tuhan, memikirkan bahawa Tuhan telah mengabaikan mereka atau Tuhan tidak akan membantu mereka mengatasi masalah mereka. Tetapi, bukankah ini anih? Ada di antara kita yang tidak memberi syukur kepada Tuhan apabila sesuatu yang baik berlaku, tetapi kita mula bersungut atau menyalahkan Tuhan apabila perkara yang buruk berlaku.

Hari ini kita meraikan Jumaat Agung, di mana Tuhan telah memberikan jawapan kepada semua sunggutan kita berkenaan penderitaan manusia dan kesakitan. Inilah Tuhan yang memilih untuk menjadi seperti kita sebagai Yesus Kristus; yang melalui kehidupan kita, berkongsi di dalam kegembiraan dan kesedihan dan merasai pengalaman kesakitan dan penderitaan kita. Inilah pencipta alam semesta; sekarang disalib, Dia wafat, disalib oleh dosa-dosa kita sendiri, sikap tidak peduli kita, cita-cita kita, ketamakan kita, dan kepentingan diri kita. Tuhan berada bersama kita bukan sahaja pada masa yang baik, tetapi juga bersama kita di dalam dosa-dosa walaupun Dia sendiri tiada dosa.

Kadangkala kita mendengar ibubapa memberitahu anak-anak mereka: "Saya akan menyayangi kamu jika kamu baik." atau "Jika kamu jahat, saya tidak akan menyayangi kamu." Anak-anak sedemikian akan mula berfikir ibubapa mereka akan hanya menyayangi mereka jika mereka baik, dan kasih sayang itu mempunyai syarat dan mempunyai ganjaran untuk kebaikan, dan kasih sayang itu perlu di usahakan. Tetapi Tuhan menunjukkan kita kasih sayang diberi kepada wali dan juga yang berdosa. Tuhan mengasihi kita walapun ketika kita masih berdosa. Salib menjadi bukti kepada hakikat ini. Salib menjadi simbol akan kasih sayang Tuhan yang tidak bersyarat, kerana Yesus wafat di salib untuk semua, bukan sahaja untuk mereka yang baik.

Hari ini, marilah kita memberikan kesyukuran kepada Tuhan di atas anugerah Anak Nya, Yesus Kristus, yang wafat di salib untuk meyelamatkan kita daripada dosa-dosa kita, disebabkan oleh kasih sayang Nya yang teramat untuk kita. Marilah kita juga mengenepikan kebanggaan kita, ego dan prajudis dan belajar untuk mengasihi orang lain tanpa syarat, sepertimana Tuhan mengasihi kita tanpa syarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...