Ahad, 20 Mac 2016

Minggu Palma

Apakah nilai kita di dunia ini? Apakah kriteria yang kita gunakan untuk menentukan nilai kita? Ada orang yang berfikir bahawa nilai mereka ditentukan kepada berapa banyak atau sedikit yang dapat dilakukan mereka. Ada yang berfikir jika mereka yang berbakat dan mahir di dalam melakukan banyak perkara, maka mereka bernilai, kalau tidak mereka berfikir mereka tidak berguna dan menjadi beban kepada orang lain. Ini bermakna untuk sesetengah orang, kita harus sentiasa melakukan sesuatu, jika tidak, kita berasa tidak bernilai, tidak berguna dan tidak berdaya.

Hari ini kita meraikan Hari Minggu Palma atau Hari Minggu Belas Kasihan (Passion). Sejak beberapa minggu kebelakangan, kita telah menyaksikan Yesus begitu aktif di dalam pelayananNya, dan ramai yang mengikutNya untuk disembuhkan dan untuk mendengarkan kata-kata Nya. Tetapi sekarang, kita menyaksikan Yesus mempunyai perubahan di dalam pelayananNya daripada aktif kepada passif. Di masa ini, Yesus menunjukkan bahawa nilai kita bukan bergantung kepada apa yang kita dapat lakukan tetapi kepada apa yang Tuhan dapat lakukan untuk kita. Bila kita aktif dan boleh melakukan dengan sendiri, kita seolah-olah tidak mempunyai ruang untuk Tuhan memberi bantuan, kerana kita berasa mampu sendiri. Tetapi bila kita tidak berkuasa dan tidak berdaya, kita akan menyedari bahawa kehidupan tidak bermakna tanpa Tuhan. Di dalam beberapa kemudian ini, kita akan mengingati bagaiman Yesus di tangkap, dianiayakan dan dipakukan ke salib dan akhirnya dibiarkan wafat. Dia akan menjadi tidak berkuasa dan tidak berdaya, tetapi didalam ketiadaan kuasaNya, Dia akan memenuhi keselamatan kita. Apa yang kelihatan seolah-olah kehidupan yang dipenuhi kegagalan akan berakhir dengan kejayaan kerana Tuhan berjaya mengatasi dosa dan kematian.

Bila kita memperlihatkan kehidupan kita dan orang lain sekeliling kita, kita juga dapat melihat perubahan berlaku. Ada yang dahulunya aktif, kini tidak berdaya lagi melakukan banyak perkara. Kepada sesetengah, ia mengerunkan dan menakutkan bila tidak berdaya dan tidak berkuasa. Ini adalah kerana tiada siapa yang suka menjadi tua dan tidak berguna; atau menjadi sakit dan memerlukan orang lain untuk menjaga diri mereka atau membantu mereka. Tapi kita juga patut sedar bahawa jika kita tidak bergerak dari aktif ke pasif, melainkan kita belajar melepaskan dan membenarkan Tuhan mengambil alih, kita tidak akan dapat merasakan kedamaian dan kegembiraan yang sebenar, sesuatu yang hanya dapat diberikan oleh Tuhan.

Oleh yang demikian, dikala Minggu Suci ini, marilah kita belajar untuk tidak memberi terlalu banyak tumpuan kepada menjadi aktif. Marilah kita belajar menjadi pasif, dan belajar untuk membezakan dan mendengarkan suaraNya. Marilah kita berjalan bersama Yesus dan dengan secara ansur mati kepada diri kita untuk membolehkan kita beroleh kehidupan kekal di dalam kasih sayangNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...