Kadang kala di gereja, kita terserempak dengan umat yang seolah-olah menjadi lebih selesa dengan kumpulan mereka sendiri, misalnya satu ministri tertentu, atau kumpulan bahasa , atau kumpulan lain yang berkongsi satu minat atau amalan yang sama . Walaupun tidak salah melibatkan diri dalam satu kumpulan tertentu, kita perlu berhati-hati agar tidak membentuk puak, di mana kumpulan kita yang tertentu adalah lebih penting atau yang semua kisah, dan kita mula mengelakkan diri dari umat lain , hanya kerana beberapa perbezaan seperti minat atau bahasa yang boleh mengasingkan kita daripada orang lain. Lagipun, kita semua adalah saudara-saudara dan saudari-saudari dalam Kristus dan satu dalam keluarga Allah, dan tidak ada ruang bagi bahagian dan perbezaan dalam satu keluarga Allah ini.
Inilah sebabnya, dalam Injil hari ini, Yesus berdoa : "Bapa, bukan untuk mereka ini saja Aku berdoa, tetapi juga untuk orang-orang, yang percaya kepada-Ku oleh pemberitaan mereka; supaya mereka semua menjadi satu, sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau." Yesus mengambil berat bukan sahaja untuk murid-murid-Nya , orang yang diberikan Bapa Syurgawi untuk jagaan-Nya , tetapi juga untuk orang lain, termasuklah mereka yang menolakNya dan malah musuh-musuhNya. Inilah juga mengapa kita tidak boleh hanya berdoa untuk orang dan rakan-rakan yang kita sayangi dan hanya membantu orang yang dekat dengan kita. Kita juga disuruh berdoa untuk 'orang lain ,' termasuklah musuh-musuh kita , mereka yang menyakiti kita , mereka yang bercakap buruk mengenai kita, mereka yang berfikir secara berbeza, mereka yang mempunyai warna kulit atau bahasa yang berbeza. Dalam bacaan pertama, kita diingatkan bahawa, Stefanus, yang dengan penuh Roh Kudus melakukan seperti ini, berdoa agar Allah akan mengampuni dosa-dosa musuh-musuhNya kerana mereka melemparinya.
Hari ini, kita dicabar untuk kekal sebagai satu keluarga Allah. Kita dicabar untuk mengetepikan perbezaan kita dan membiarkan Tuhan menjadi bantuan serta panduan kita. Ia sudah pasti tidak mudah untuk keluar dari zon selesa kita dan bersatu dengan orang lain yang kelihatan begitu berbeza daripada kita, tetapi itulah hakikatnya menjadi orang Kristian, berupaya melihat orang lain sebagai saudara atau saudari kita, dan menerima mereka sebagai sebahagian daripada keluarga Tuhan. Semoga kita menjadi rendah diri dan sanggup membiarkan Tuhan mengawal hidup kita, dan menjaga kita menjadi satu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan