Ada di antara kita yang mungkin telah mengalami, seringkali, keperluan untuk pergi jauh dari tempat di mana kita berada ke tempat lain di mana kita diperlukan. Seringkali, tugasan dan tanggungjawab memerlukan kita untuk berubah kepada jenis tugasan dan tanggungjawab yang lain, atau ke suatu tempat yang lain di mana khidmat kita diperlukan. Contohnya, para paderi dan ulama dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain, atau dari satu paroki ke paroki yang lain, untuk melayani keperluan yang beriman di pelbagai bahagian di dalam diocese ataupun di negara-negara yang lain. Para guru-guru juga kadangkala dipindahkan dari satu sekolah ke sekolah yang lain, bergantung kepada bahagian mana yang memerlukan kepakaran mereka. Bagi sesetengah, ini amat sukar dan menyakitkan untuk berpindah, terutama apabila kita telah mula menyesuaikan diri di mana kita berada, dan dengan orang-orang yang telah kita kenali, tetapi kehidupan sememangnya begini, lambat laun, kita perlu juga pergi.
Inilah sebabnya mengapa kita dapat memahami perasaan pengikut-pengikut apabila Yesus, selepas kebangkitannya, terpaksa pergi meninggalkan mereka dan kembali kepada Tuhan BapaNya. Peninggalan pertama Nya apabila kewafatanNya agak membinasakan, dan sekarang peninggalan yang kedua? Ini agak tidak dapat digambarkan dan mengelisahkan kepada pengikut akan kehilangan Yesus, kali ini untuk masa yang tidak dapat ditentukan. Tetapi mengapakah harus Yesus pergi? Dia pergi supaya Dia dapat mengutuskan Roh Kudus kepada pengikut-pengikutnya, memberikan mereka kekuatan, keberanian, dan penambahan 'oomph' untuk menjadi saksi-saksiNya ke seluruh dunia. Ini tidak mungkin dapat berlaku sekiranya Yesus tetap bersama dengan pengikut-pengikutNya, kerana mereka mungkin akan terus bergantung kepadaNya dan tidak akan dapat meneruskan dengan sendiri.
Jadi, apakah yang dapat kita pelajari dari ini? Ramai di antara kita yang cuba membantu orang lain, menemani mereka, ataupun memberikan mereka jawapan penyelesaian kepada masalah mereka, tetapi kadangkala kita tidak tahu bila untuk berhenti melakukannya. Kita memberikan begitu banyak masa dan usaha di dalam membantu orang lain sehingga kita lupa untuk membiarkan Tuhan untuk membantu mereka. Ada di antara kita yang mula berlaku seperti kita Tuhan dan tanpa kita, mereka-mereka ini akan sesat dan berlakulah kekecohan. Jika orang-orang berkenaan yang kita bantu menjadi terlalu bergantung kepada kita, jadi mereka tidak akan mencari bantuan Tuhan, kerana kita berupa sebagai 'penyelamat' mereka. Jadi, kita mesti 'pergi meninggalkan' seperti Yesus, supaya Roh Kudus dapat datang dan menyentuh mereka di dalam kehidupan mereka. Ini tidak bermakna bahawa kita melepaskan tanggungjawab kita, tetapi apa yang kita lakukan adalah untuk memberikan kekosongan supaya Tuhan dapat bertindak di dalam kehidupan kita dan kehidupan orang lain, supaya kita dan mereka ini dapat belajar membesar di dalam kasih cinta dan pemeliharaan Nya, dan biarkan Dia menjadi penunjuk kita.
Hari ini, marilah kita belajar untuk mengetahui bila dan bagaimana untuk melepaskan, dan mempunyai lebih iman dan kepercayaan kepada Tuhan bahawa Dia akan menguruskan segalaNya. Walaupun Yesus telah naik, walaupun Dia telah 'pergi meninggalkan' kita, Dia masih secara khasnya bersama kita: di dalam Tubuh dan Darah Kristus. Semoga kita merendahkan diri, dan cukup mematuhi untuk membiarkan Tuhan mengambil alih, supaya kita boleh menjadi saksiNya untuk kemuliaanNya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan