Hari ini kita merayakan Pentakosta, di mana Yesus akhirnya menghantar kita Penolong/ Penghibur, Roh Kudus yang akan mengajarkan segala sesuatu kepada kita dan mengingatkan kita semua yang telah Yesus katakan. Tetapi apakah makna kedatangan Roh Kudus kepada kita? Apa signifikannya dalam kehidupan kita ?
Kedatangan Roh Kudus membolehkan kita mengatasi ketakutan kita. Ia bukan bermakna kita tidak mempunyai sebarang rasa takut, tetapi ketakutan tidak boleh mengawal kita lagi, memandangkan Roh Kudus berada dalam kawalan dan akan membimbing kita. Dalam bacaan pertama , para rasul pada mulanya berasa takut, dan mereka menyembunyikan diri di sebalik pintu yang tertutup. Apabila mereka telah dipenuhi dengan Roh, mereka keluar dari bilik untuk memberitakan Berita Baik mengenai Yesus Kristus.
Malah, kedatangan Roh Kudus juga merobohkan hlangan antara kita dan mewujudkan perpaduan di kalangan orang dari pelbagai latar belakang . Gereja ini bukan milik mana-mana kumpulan , kerana gereja ialah Gereja Kristus dan semua rakyat, tanpa mengira bangsa, warna kulit atau bahasa adalah sebahagian daripadanya. Seperti St. Paulus mengingatkan kita dalam bacaan kedua , kita adalah "anak Allah", "waris Allah dan bersama-sama dengan Kristus."Jika kita hidup menurut Roh Kudus, maka kita tidak boleh membenarkan prejudis menjejaskan cara kita hidup dalam kehidupan Kristian kita. Ini bermakna memandangkan gereja terdiri daripada orang dari pelbagai latar belakang, kita mesti berupaya untuk menjaga kepentingan semua orang dan bukan hanya melihat kepada kepentingan kita sendiri.
Selain itu , Injil alternatif mengingatkan kita bahawa kedatangan Roh Kudus adalah untuk " mengajarkan segala sesuatu kepadamu dan akan mengingatkan kamu akan semua yang telah Kukatakan (Yesus) kepadamu." Ini kerana kita lupa dengan mudah dan perlu sentiasa diingatkan tentang identiti kita sebagai anak-anak Allah , sebagai saudara saudari dalam Kristus. Kita perlu diingatkan bahawa kehidupan kita dalam Roh adalah kehidupan yang mesti berasaskan cinta, dan bahawa tidak ada ruang untuk kebencian, prejudis, tidak mengampuni atau mementingkan diri.
Oleh itu , marilah kita bersyukur kepada Allah atas kurnia Roh Kudus, dan membenarkan Dia untuk mengawal kehidupan kita. Marilah kita sentiasa bersedia untuk mendengar bisikan -Nya dan belajar untuk hidup sebagai saudara dan saudari dalam Kristus, anak Allah. Semoga kita membiarkan Roh Kudus mengubah kita , supaya kita boleh bersatu sebagai satu dan keluar untuk memberitakan Berita Baik kepada semua di dunia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan