Sabtu, 11 Februari 2017

Minggu Biasa Ke-6 Tahun A

Sedalam mana atau matang hubungan kita dengan Allah? Sesetengah orang berfikir cukup dengan berdoa rosari. Sesetengah orang pula fikir memadai untuk pergi Misa pada hari minggu. Ada yang fikir terlibat dalam aktiviti tertentu gereja sudah cukup baik. Tetapi tanya diri anda sendiri... Adakah anda lebih dewasa dan lebih matang dalam hubungan anda dengan Allah? Jika tidak, mengapa?

Injil hari ini memberi amaran kepada kita bahawa "jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Syurga." Ahli-ahli Taurat dan orang Farisi lebih berminat dalam mematuhi perintah-perintah yang tersurat dan dengan berbuat demikian mengabaikan pula yang tersirat. Akibatnya, mereka menjadi begitu tidak fleksibel, tidak berakal dan lebih suka mengarah orang lain dengan memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan, tetapi mereka tidak mengamalkan apa yang mereka ajar. Yesus dalam Injil hari ini juga mengingatkan kita bahawa ia tidak cukup untuk hanya mematuhi perintah-perintah, tetapi seseorang itu perlu memahami dan melihat implikasi penuh perintah (kedua-dua tersurat dan tersirat) dan berusaha untuk mengasihi Tuhan dan sesama manusia. Sebagai contoh, kita mungkin tidak sebenarnya membunuh seseorang, tetapi hakikat bahawa kita merendahkan seseorang ke tahap memusnahkan harga diri dan maruah seseorang itu, kita "membunuh" orang tersebut.

Jika kita menggelar diri kita penganut Katolik, maka kita perlu berhati-hati tentang hubungan kita dengan Allah dan terutamanya dengan orang di sekeliling kita. Janganlah kita menganggap diri sendiri yang betul seperti ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, tetapi belajar untuk menjadi penyayang dan pemaaf, sebagaimana Allah menyayang dan memaafkan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...