Setiap seorang daripada kita mempunyai tujuan dalam hidup. Tujuan kita dalam hidup sepatutnya untuk melayan orang lain dan menunjukkan contoh yang baik, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan perbuatan. Injil hari ini mengingatkan kita bahawa: "Kamu adalah garam dunia ... Kamu adalah terang dunia ..." Garam itu pada hakikatnya tidak berguna. Ia menjadi berguna apabila dicampur dalam makanan untuk menambah rasa. Cahaya itu pada hakikatnya juga tidak berguna. Ia menjadi berguna apabila ia menerangi malam dan membimbing perjalanan kita. Begitu juga, setiap seorang daripada kita dipanggil untuk menjadi berguna dengan cara yang berbeza untuk mewartakan Khabar Baik.
Walau bagaimanapun, jangan kita menjadi leka memikirkan bahawa memadai hanya mewartakan Khabar Baik, Injil pada hari ini juga mengingatkan kita: "Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di syurga." Kata-kata kita pada hakikatnya tidak bermakna apa-apa, jika tidak disertai dengan perbuatan yang baik. Dalam Surat dari Yakubus, kita diingatkan: "Apakah gunanya, saudara-saudaraku, jika seorang mengatakan, bahawa ia mempunyai iman, padahal ia tidak mempunyai perbuatan? Dapatkah iman itu menyelamatkan dia? Jika seorang saudara atau saudari tidak mempunyai pakaian dan kekurangan makanan sehari-hari,. dan seorang dari antara kamu berkata: "Selamat jalan, kenakanlah kain panas dan makanlah sampai kenyang!", tetapi ia tidak memberikan kepadanya apa yang perlu bagi tubuhnya, apakah gunanya itu? Demikian juga halnya dengan iman: Jika iman itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu pada hakikatnya adalah mati." Kristianiti bukan setakat kata-kata, sebab kata-kata itu mudah dan murah. Kita juga diingatkan untuk melakukan apa yang dikatakan, menunjukkan apa yang kita maksudkan, dan bermaksud apa yang kita katakan.
Terdapat pepatah Melayu yang berbunyi: "Cakap tak serupa bikin" yang bermaksud seperti: "Apa yang anda katakan tidak sama seperti apa yang anda lakukan" Adakah kita semua bercakap dan tiada tindakan? Adakah kita berakhir dengan mengumpat? Atau adakah kita berusaha untuk mewartakan Khabar Baik, dengan kata-kata dan perbuatan kita?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan