Sabtu, 18 Februari 2017

Minggu Biasa Ke-7 Tahun A

Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran, kemusnahan, dan sebagainya sebab manusia tidak dapat mengasihi dan mengampuni. Ia seolah-olah lebih mudah untuk menyisihkan orang lain daripada untuk memaafkan, berdamai, membiarkan yang sudah terjadi berlalu dan melangkah ke hadapan. Mungkin terdapat sejumlah kebanggaan dan kedegilan yang membuatkan orang berkelakuan dan bereaksi sebegini.

Walau bagaimanapun, Injil dan bacaan hari ini mengingatkan kita tentang keperluan untuk mengasihi. Seringkali kita mungkin berfikir bahawa kasih itu hanya untuk mereka yang mengasihi kita. Kita berasa sukar atau mustahil untuk mengasihi mereka yang membenci kita. Tetapi jika kita mempertimbangkan gambaran yang lebih besar: apabila kita secara berterusan dan konsisten mengasihi orang lain, tidak kira sama ada mereka adalah sahabat handai atau sebaliknya, orang tersebut perlahan-lahan boleh mengubah sikap atau tingkah laku mereka terhadap kita. Kasih mampu mengubah musuh menjadi rakan, jika kita berusaha untuk benar-benar mengasihi. Namun, kita harus sedar bahawa kasih bukan sekadar perasaan, ia juga memerlukan tindakan. Kita perlu menunjukkan kasih sayang terhadap orang lain, dengan berbaik kepada mereka, berdoa untuk mereka, murah hati terhadap mereka, dan sebagainya. Hanya apabila kita menunjukkan kasih sejati dan benar terhadap orang lain dari semasa ke semasa, orang mula berubah, dan persekitaran kita turut berubah.

Seringkali, kita boleh cuba untuk mengambil jalan mudah dengan berkelakuan buruk atjau acuh tak acuh terhadap mereka yang menghina atau tidak serasi dengan kita. Kita mungkin berasa seolah-olah masa dan usaha kita boleh digunakan untuk perkara-perkara lain. Tetapi melalui rahmat Tuhan, kita dapat mengasihi dan membantu membawa keamanan di dunia. Jika setiap daripada kita berusaha dan tidak berputus asa dengan begitu mudah, jika kita bersedia untuk menjadi konsisten dan membuat pengorbanan, maka mungkin kita semua benar-benat menjadi anak-anak Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...