Adakah anda tahu rupa syurga? Pernahkah anda melihat syurga? Mungkin imaginasi syurga kita boleh dipengaruhi oleh apa yang kita lihat dalam filem atau televisyen. Kita membayangkan bahawa syurga berada di atas antara awan- awan di mana setiap orang memiliki sayap serta berjubah putih dan mungkin memegang sebuah hap.Tetapi adakah syurga benar-benar sebegitu? Tidak. Kita tidak tahu bagaimana rupa sebenar syurga memandangkan tiada siapa yang pergi ke sana dan kembali untuk memberitahu kita dengan tepat bagaimana rupa syurga. Tetapi kita tahu syurga adalah keadaan berada bersama dengan Tuhan, berada dalam kehadiran-Nya. Selain dari itu, syurga adalah misteri, sama seperti Tuhan yang juga misteri.
Bagaimanapun, bacaan hari ini memberi kita sedikit gambaran atau idea mengenai syurga. Dalam bacaan pertama, nabi Yesaya memberi kita imej syurga di mana akan terdapat jamuan masakan mewah; tiada lagi berkabung sebab tiada maut; setiap air mata akan dihapuskan kerana tiada lagi kesakitan atau penderitaan.Kita juga akan dapat melihat Tuhan secara bersemuka, dan bukan hanya mempunyai gambaran yang samar mengenai rupa-Nya. Di dalam Injil, kita sekali lagi dipersembahkan dengan gambaran perjamuan melalui perumpamaan jamuan perkahwinan. Apa yang menarik adalah semua dialu-alukan ke jamuan perkahwinan. Di dalam Injil, kita membaca bahawa "Maka pergilah hamba-hamba itu dan mereka mengumpulkan semua orang yang dijumpainya di jalan-jalan, orang-orang jahat dan orang-orang baik." Namun, orang tidak dipaksa untuk masuk.Tuhan memilih untuk mengundang semua orang untuk bersama dengan-Nya, tetapi kita boleh memilih untuk tidak masuk atau respons.
Orang mungkin bertanya: kenapa ada orang yang waras fikirannya tidak mahu berada di syurga dengan Tuhan? Ia mungkin kedengaran gila atau tidak logik, tetapi terdapat orang yang menolak syurga. Terdapat beberapa sebab mengapa orang menolak syurga. Satu mungkin sebab sesetengah orang merasa bahawa mereka tidak layak atau terlalu berdosa untuk bersama dengan Tuhan. Mereka berasa telanjang(bogel) serta malu, dan lebih suka bersembunyi dari Tuhan, sama seperti Adam dan Hawa cuba menyembunyikan diri dari Tuhan setelah memakan buah yang dilarang. Ini mungkin satu sebab lelaki yang disebut dalam Injil yang didapati tanpa sepasang persalinan perkahwinan. Lelaki itu, dengan tidak memakai pakaian perkahwinan, dengan tidak bersiap dan bersedia untuk bersama dengan Tuhan, mungkin kerana merasa malu, dan memilih untuk berdiam diri, telah menghukum mati dirinya.
Satu lagi sebab mengapa orang menolak syurga adalah kerana orang ini penuh dengan rasa geram, kebencian dan tiada pengampunan. Mereka tidak dapat mengasihi, bermaafan, berdamai, mempunyai berbelas kasihan dan belas kasihan terhadap orang lain. Syurga adalah keadaan hubungan harmoni dan penyayang antara orang lain dengan Tuhan. Apabila orang dipenuhi dengan perasaan geram dan tidak mengampun, mereka tidak dapat hidup dalam hubungan yang harmoni dan penyayang antara orang lain dengan Tuhan. Oleh sebab tersebut, orang ini mengalami neraka; dan mereka memilih neraka kerana mereka enggan mengasihi, mengampun dan berdamai.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita merindui syurga? Atau adakah kita menolak syurga? Akhirnya, kita diberi pilihan. Pilihan ini adalah untuk disimpan, ia adalah pilihan kekal, ia digelar pilihan asas. Tuhan tidak memaksa kita untuk bersamanya; kita memilih untuk menghukum diri kita mati dengan menolak kasih-Nya, pengampunan, penjagaan dan keselamatan. Kita menghukum diri mati apabila kita berdegil memilih untuk kekal seperti sedia kala, hanya berfikir tentang diri kita dan menolak untuk mengasihi, mengampun dan berdamai dengan orang lain. Marilah kita mempertimbangkan dengan teliti akibat dari pilihan kita kerana tidak boleh membelok balik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan