Ketika kita menjalani hidup, kita mula mengumpul banyak perkara. Ada di antara kita mengumpul kemewahan, harta dan kekayaan. Ada di antara kita yang mengumpul kawan dan kenalan. Ada di antara kita yang berkahwin dan mempunyai anak. Ada di antara kita yang mengumpul gelaran pendidikan dan gelaran kehormat serta kepujian. Sesetengah kita mengumpul barang-barang kecil dan rencam yang mungkin kita tidak guna atau perlu. Apabila kita mengumpulkan benda atau orang sedemikian, sesetengah kita mula memikirkan bahawa kita memiliki mereka. Kita fikir kita berhak berkuasa dan mempunyai autoriti ke atas mereka. Kita mula untuk mengawal, memanipulasi, atau cemburu terhadap diri mereka, memikirkan bahawa tidak ada orang lain selain kita boleh memiliki mereka. Kita menjadi terlalu mengawal terhadap mereka.
Tetapi adakah kita benar-benar memiliki benda dan orang berkenaan? Adakah benda dan orang berkenaan harta tunggal kita, wajar dipergunakan dan mungkin disalahgunakan? Tidak. Kita tidak memiliki benda dan orang berkenaan kerana benda-benda dan orang berkenaan hanya bersifat sementara semata-mata. Penyewa dalam Injil hari ini berpendapat bahawa kebun anggur itu milik mereka dan mereka cuba untuk mengambil alih kebun anggur dari pemiliknya dengan memukul hamba-hambanya dan akhirnya dengan membunuh anaknya. Namun penyewa gagal menyedari bahawa kebun anggur itu bukan milik mereka, mereka hanya tinggal di sana seketika dan pada suatu hari mereka perlu pergi.
Apabila kita memikirkan bahawa kita memiliki atau mempunyai sesuatu, atau apabila kita berfikir bahawa benda atau orang berkenaan hanya untuk kita, kita sebenarnya boleh menyakiti orang lain dalam ketamakan kita. Contohnya, ada di antara kita yang mempunyai anak. Anak-anak kita adalah kurniaan Tuhan dan mereka diberikan kepada kita "atas pinjaman" atau "atas dasar kepercayaan" supaya kita dapat belajar menjaga, memberi makan, mengasihi dan berkongsi kepercayaan kita dengan mereka. Akan tiba masanya, kita perlu lepas tangan dan membiarkan mereka pergi, terbang supaya mereka dapat hidup bebas dan kehidupan yang berhasil. Tetapi apabila kita terlalu mengawal anak-anak kita, kita menjadi penghalang terhadap perkembangan, kebebasan dan kebahagiaan mereka. Kita mula mengganggu hampir semua aspek kehidupan mereka, hanya untuk membuat keadaan lebih teruk dan mencetuskan kemarahan, rasa geram, ketegangan dan kecederaan yang tidak perlu.
Dengan cara yang sama, apabila kita menjadi terlalu mengawal suami atau isteri kita, kita sebenarnya menyakiti mereka. Kita mula mencurigai suami atau isteri kita, walaupun melibatkan sebab yang paling kecil seperti mempunyai kawan. Adakah salah bagi suami atau isteri untuk berkawan? Hanya kerana dia kadang-kadang keluar untuk menjamu selera atau menonton filem (terutama dengan kawan mereka yang sama jantina) tidak bermakna dia tidak setia atau akan meninggalkan anda. Kita perlu belajar untuk mempercayai dan tidak bersikap terlalu mengawal, curiga atau cemburu, kerana kita hanya mencetus rasa lebih geram atau tegang jika kita berkelakuan sebegini. Malang sekali sesetengah lelaki menggunakan kekerasan untuk mengawal isteri mereka dan menghalang mereka daripada menjalani kehidupan yang baik. Dengan cara yang sama, adalah serupa malangnya sesetengah wanita mula sangat cemburu, waspada, mencurigai dan terlalu mengawal suami mereka, sehingga meleter sampai suami tidak tahan atau mengamuk kerana isu remeh.
Di gereja, sesetengah kita berfikir bahawa tanpa kita, gereja akan tumbang atau runtuh, atau ministri gereja yang tertentu akan berpecah. Apa yang kita lupa, gereja atau ministri gereja bukan milik kita. Kita harus ingat bahawa kita adalah hamba sahaja dan kita harus menganggap penglibatan dalam gereja dan ministri gereja sebagai perkara sementara. Kita harus berusaha untuk melatih dan menggalak orang lain, terutama generasi muda, supaya suatu hari nanti mereka mampu menggantikan kita dan terus bekerja untuk Tuhan. Apabila kita enggan lepas tangan, ketika kita berkeras memegang suatu ministri atau pejabat tertentu, kita sebenarnya menyekat pertumbuhan gereja. Dengan berbuat demikian, kita mungkin membina kerajaan kita sendiri, bukan Kerajaan Tuhan.
Akhirnya, kita perlu ingat bahawa kita semua jemaah di dunia. Waktu kita di dunia adalah pendek, dan sebalik bertengkar atau menjadi terlalu mengawal pada sesuatu atau seseorang, kita harus rendah diri dan sanggup untuk meninggal, melepaskan, mengasihi sama seperti Tuhan mengasihi kita. Kita harus diingatkan, sebagaimana St. Paulus menasihati kita dalam bacaan kedua: "Janganlah hendaknya kamu khuatir tentang apapun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur. Damai sejahtera Allah, yang melampaui segala akal, akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus. Jadi akhirnya, saudara-saudara, semua yang benar, semua yang mulia, semua yang adil, semua yang suci, semua yang manis, semua yang sedap didengar, semua yang disebut kebajikan dan patut dipuji, fikirkanlah semuanya itu." Marilah kita menggunakan masa kita di dunia dengan bijak untuk memberi kemuliaan kepada Allah dalam semua yang kita lakukan, dan menjadi tulus, hormat, menyayangi, memaafkan dan mengasihi semua orang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan