Sabtu, 28 Oktober 2017

Minggu Biasa Ke-30 Tahun A

Adakah anda benar-benar tahu dan memahami apa maksud kasih? Kita menggunakan perkataan "kasih" begitu kerap, tetapi berapa ramaikah daripada kita benar-benar mengasihi? Dalam kehidupan, kasih kita sering terbahagi. Kita mempunyai keluarga dan sanak saudara kita, rakan-rakan kita, rakan sekerja kita, ahli gereja kita. Tetapi berapa banyakkah sebenarnya kita mengasihi ini? Adakah kita menyukai mereka lebih daripada Tuhan atau sebaliknya? Untuk menambah kesamarataan, adakah kita mengasihi orang lain yang tidak berada dalam kalangan tersebut: seperti pesaing kita, mereka yang marah kepada kita, musuh kita, mereka yang tidak dikenali kita, mereka yang kita fikir tidak mengasihi? Nampaknya tugas yang sukar untuk benar-benar dan ikhlas mengasihi, memandangkan ia kelihatannya lebih mudah untuk mengasihi orang di sekeliling kita yang kita kenal atau percayai. Tetapi sebagai orang Kristian, saudara saudari dalam Kristus, ahli keluarga Tuhan, bagaimanakah kita mengasihi; bagaimana kita perlu mengasihi?

Dalam pembacaan pertama, Tuhan berfirman kepada Musa untuk memberitahu orang Israel: "Janganlah kautindas atau kautekan seorang orang asing, sebab kamu pun dahulu adalah orang asing di tanah Mesir. Seseorang janda atau anak yatim janganlah kamu tindas. Jika engkau memang menindas mereka ini, tentulah Aku akan mendengarkan seruan mereka, jika mereka berseru-seru kepada-Ku dengan nyaring. Maka murka-Ku akan bangkit dan Aku akan membunuh kamu dengan pedang, sehingga isteri-isterimu menjadi janda dan anak-anakmu menjadi yatim. Jika engkau meminjamkan uang kepada salah seorang dari umat-Ku, orang yang miskin di antaramu, maka janganlah engkau berlaku sebagai seorang penagih hutang terhadap dia: janganlah kamu bebankan bunga uang kepadanya. Jika engkau sampai mengambil jubah temanmu sebagai gadai, maka haruslah engkau mengembalikannya kepadanya sebelum matahari terbenam.” Di sini, orang Israel diingatkan bahawa mengasihi Allah dan orang dari kalangan mereka sendiri tidak cukup. Mereka juga diingatkan untuk mengasihi semua orang lain, sama seperti Tuhan telah mengasihi semua orang.Lebih-lebih lagi, orang Israel diingatkan untuk mengasihi dengan kelakuan dan tindakan yang betul.

Begitu juga, Injil mengingatkan kita: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. " Apabila kita sanggup mengasihi Tuhan sepenuhnya, maka kasih kita kepada semua orang lain juga harus mengalir dari sepenuh kasih kita kepada Allah. Kita tidak boleh mengasihi tanpa bantuan Tuhan, kerana kasih kita sering kurang lengkap. Inilah sebabnya mengapa pasangan yang akan berkahwin dan kekal perkahwinan sering digalakkan dan diingatkan supaya mempunyai Tuhan dalam kehidupan mereka, agar kasih mereka antara satu sama lain serta orang lain mewujudkan kekuatan dan kebergantungan pada kasih Tuhan.

Kasih bukan sekadar perasaan, ia adalah komitmen. Dalam dunia di mana komitmen dan tanggungjawab terhadap orang lain dikompromikan dengan cara yang berbeza, kita sebagai orang Kristian perlu belajar untuk menyerah semua kepada Tuhan, dan dengan membiarkan Tuhan berada dalam kawalan, kita dapat kemudiannya berkongsi kasih-Nya dengan semua orang lain. Apabila kita mengasihi Tuhan sepenuhnya, maka kita akan mula memikirkan keperluan orang lain dan keperluan komuniti sebelum memikirkan keperluan kita sendiri. Biarlah kasih kita untuk Allah adalah sepenuhnya dan lengkap, dan biarlah Dia membimbing kita dalam apa yang kita katakan dan lakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...