Sabtu, 18 November 2017

Minggu Biasa Ke-33 Tahun A

Setiap kita mempunyai bakat dan kebolehan yang unik pada kita. Tiada dua orang yang betul-betul sama. Sesetengah orang, malangnya, menjalani hidup tanpa menyedari sepenuhnya potensi mereka. Sesetengah orang berpuas hati dengan melakukan hanya seringkas yang minimum , dan mereka sering berkata: "Mengapa harus kita lakukan lebih banyak? Kenapa lakukan lebih apabila kita dapat memperoleh dengan melakukan sedikit?" Poinnya adalah, Tuhan mencipta kita untuk hidup dengan sebaiknya, bukan untuk hidup hanya sedikit atau sebahagian kecil daripada kehidupan kita. Jika cara kita hidup adalah 5% sahaja daripada keupayaan kita, maka kita membazir 95% selebihnya,. Kita sering diingatkan untuk tidak membazirkan makanan, tidak sewenang-wenangnya membuang masa, atau tidak membazir bakat kita, tetapi mungkin kita harus juga mengingatkan diri kita untuk tidak membazirkan hidup kita.

Kita sepatutnya sentiasa bersedia untuk bertemu dengan Tuhan pada bila-bila masa, dan sentiasa sedia bermaksud kita harus memberikan kemuliaan kepada Allah dalam segala yang kita lakukan. Kita mungkin tidak mampu melakukan segala-galanya, atau melakukan perkara dengan baik, atau mencapai semua harapan dan cita-cita kita; namun apa yang penting bukanlah jumlah perkara yang telah kita lakukan, apa yang penting adalah kita telah melakukan yang terbaik demi kemuliaan Tuhan.

Dalam pembacaan pertama, kita lihat contoh seorang isteri yang sempurna sebagai satu contoh yang baik tentang makna menjadi seorang pengikut Kristian. Seorang isteri yang sempurna tahu bahawa " kemolekan adalah bohong dan kecantikan adalah sia-sia." Apa yang penting adalah dia dapat memenuhi peranannya dan tanggungjawab, membawa " baik kepada suaminya dan tidak berbuat jahat sepanjang umurnya." Isteri yang sempurna mengingatkan kita bahawa kita dicipta untuk kemuliaan Allah dan tidak berbuat jahat kepada diriNya atau orang lain. Begitu juga, Injil menceritakan kisah tiga orang hamba yang menerima amaun bakat yang berbeza daripada tuan mereka. Amaun yang mereka terima adalah tidak penting, kerana apa yang penting adalah bagaimana mereka menggunakan apa yang mereka terima bagi manfaat tuan mereka. Kadang-kadang kita mungkin berasa bahawa kita menerima kurang daripada orang lain dan kita mungkin berasa ini tidak adil. Mengapakah kita menerima sedikit? Kita tidak tahu, tiada sesiapa pun kecuali Allah sahaja yang tahu, tetapi kita harus tahu bahawa semakin banyak kita terima, lebih banyak kita jangka. Apa sahaja yang kita terima sepatutnya digunakan untuk kebaikan orang lain dan untuk kemuliaan Tuhan. Jika kita hanya merungut atau mengadu bahawa kita tidak cukup, jika kita tidak mahu berbuat apa-apa dengan sedikit yang kita miliki, maka apa yang kita ada akan diambil pergi.

Adakah kita melakukan yang terbaik daripada hidup kita? Adakah kita hidup dengan sebaiknya? Atau kita hidup dalam kehidupan seadanya, memikirkan bahawa kita tidak baik, tidak mampu dan tidak berbakat, tatkala itulah hakikatnya kita sebenarnya? Ingatlah bahawa Allah telah memberikan kita bakat dan anugerah bukan untuk kepuasan peribadi kita atau untuk meninggikan diri (dalam Bahasa Melayu, bukan untuk "syiok sendiri"); Allah telah memberikan kita bakat dan anugerah untuk kemuliaannya yang lebih besar. Marilah kita tidak teragak-agak atau berlengah-lengah dalam usaha kita untuk hidup dengan sebaik-baiknya atau yang terbaik yang kita boleh, seperti St. Paulus dalam pembacaan kedua mengingatkan kita: " Tetapi kamu, saudara-saudara, kamu tidak hidup di dalam kegelapan, sehingga hari itu tiba-tiba mendatangi kamu seperti pencuri, karena kamu semua adalah anak-anak terang dan anak-anak siang. Kita bukanlah orang-orang malam atau orang-orang kegelapan. Sebab itu baiklah jangan kita tidur seperti orang-orang lain, tetapi berjaga-jaga dan sedar. "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...