Jika anda pandang pada masyarakat, apa yang anda nampak? Ramai di antara kita Nampak masyarakat kelihatan seolah-olah terdiri daripada dua kategori. Satu kategori yang kita gelar sebagai para pemimpin, yang selebihnya kita gelar sebagai para pengikut. Para pemimpin adalah mereka yang mentadbir dan para pengikut merupakan mereka yang mengikut dan patuh kepada para pemimpin. Apabila merujuk pada gereja kita, adakah kita melihat pola (corak) yang sama? Bagi kebanyakan kita, kita berfikir bahawa gereja juga terdiri daripada dua kategori. Satu kategori yang kita panggil kepimpinan gereja, yang membentuk golongan clergy, iaitu hierarki gereja yang terdiri daripada para uskup, paderi dan deakon, bersama-sama dengan umat awam yang menjadi ketua membantu golongan clergy dalam kapasiti yang berlainan. Kategori yang satu lagi ialah apa yang kita panggil pengikut, yang secara amnya umat awam yang tidak memegang apa-apa tugas signifikan dalam kepimpinan. Sekali lagi, dalam setting gereja, kebanyakan orang seolah-olah berfikir bahawa para pemimpin yang mentadbir dan para pengikut hanya patuh.
Tetapi jika kita berfikir sejenak, adakah memang benar kita adalah terdiri daripada kategori tersebut? Sebenarnya, tidak. Kita mungkin mempunyai fungsi yang berbeza dalam gereja, tetapi kita sebenarnya milik hanya satu kategori, iaitu kita adalah para pengikut Kristus. Sebagai para pengikut Kristus, kita tidak dipanggil hanya untuk menjadi pengikut pasif, semata-mata patuh dan mengikut, tetapi pemimpin-pemimpin aktif dalam cara kita yang berbeza. Bacaan hari ini memberitahu kita bagaimana kita harus menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengikut Kristus, sebagai pemimpin Kristian dalam cara kita yang berlainan. Pembacaan merujuk kepada kita semua, sama ada kita adalah golongan clergy atau umat awam. Justeru apa boleh kita perolehi daripada pembacaan hari ini mengenai pemuridan dan kepimpinan Kristian?
Pertama, kita perlu mendengar kepada Tuhan seperti Nabi Maleakhi memberi amaran kepada kita dalam bacaan pertama. Ini bermakna bahawa kita mesti prihatin dengan melakukan kehendak-Nya dan bukan kehendak kita. Apabila kita mendengar kepada Tuhan, kita sedar bahawa semua autoriti dan kuasa datang daripada Allah semata-mata. Apa pun bakat yang kita miliki, datangnya dari Allah, dan telah diamanahkan kepada kita untuk kebaikan masyarakat. Kedua, pemuridan dan kepimpinan Kristian kita mestilah pastoral, iaitu kita mesti mengasihi masyarakat yang kita layani. Dalam bacaan kedua, St. Paulus menggunakan imej kasih sayang seorang ibu untuk menggambarkan kasihnya untuk gereja. Kita juga mesti sentiasa dimotivasikan dengan kasih dalam segala urusan. Ketiga, pemuridan dan kepimpinan Kristian kita mesti sentiasa menjadi salah satu layanan dan bukannya kuasa dan prestij. Dalam Injil, Yesus mengutuk orang Farisi yang menyalahgunakan kepimpinan mereka, keinginan mengawal rakyat dan cuba untuk mendapatkan kuasa, prestij dan faedah daripada kedudukan mereka. Sebagai para pemimpin dan para pengikut Kristian, kita dipanggil untuk menjadi hamba, untuk merendah diri kita, dan untuk melayani keperluan saudara-saudara dan saudari-saudari kita, dan bukannya mencari kemuliaan, atau mengharapkan tempat-tempat kehormat atau menuntut pengiktirafan atau faedah-faedah tambahan.
Akhirnya, sebagai para pengikut dan pemimpin Kristian, matlamat kita adalah untuk menjadi seperti Kristus, model kita dan guru kita. Kita dipanggil untuk mengikut teladan Yesus dalam mewartakan Khabar Baik kepada semua, dengan kegembiraan, rendah diri, kesabaran, ketabahan, kasih sayang, rahmat dan dos kasih yang banyak. Semoga kita berusaha sedaya upaya bersemangat dan penuh taat menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sebagai para pengikut dan pemimpin Kristian, demi kemuliaan Tuhan yang lebih besar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan