Sabtu, 19 Mei 2018

Misa Pentekosta Tahun B

Apakah maksudnya menjadi seorang Kristian? Adakah kita benar-benar bersatu sebagai saudara dan saudari dalam Kristus, tanpa mengira kumpulan etnik, kumpulan bahasa, malah status sosial atau latar belakang? Kadang-kadang, kita berjumpa dengan paroki-paroki yang agak terbahagi dan dipisahkan mengikut garis-garis perkauman dan sosial. Setiap kumpulan lebih berminat dalam urusan, keperluan dan kehendak rakan dan kenalan dalam kumpulan mereka masing-masing. Kita nampak orang dalam kumpulan mereka mengelakkan atau meminimumkan hubungan dengan orang dari kumpulan lain, kerana takut, prasangka, bangga diri, ketidakupayaan untuk berkomunikasi, atau atas sebab lain. Kadang kala, apabila terdapat pertikaian antara orang dalam kumpulan yang berlainan, kita melihat orang yang berpihak, mempertahankan kumpulan mereka sendiri, dan mencari cara untuk menpersoalkan pihak lain. Kelihatan seolah-olah ada halangan mentaliti, di mana pihak lain dilihat sebagai ancaman yang berterusan yang perlu diperhati. Tetapi apakah ini sebenarnya seorang Kristian? Adakah agama Kristian hanya eksklusif kepada orang tertentu?

Dalam Pembacaan Pertama hari ini, kita diberitahu bahawa Roh Kudus datang dan hinggap pada kepala murid- murid, " maka penuhlah mereka dengan Roh Kudus, lalu mereka mulai berkata-kata dalam bahasa-bahasa lain, seperti yang diberikan oleh Roh itu kepada mereka untuk mengatakannya. " dan juga bahawa " Waktu itu di Yerusalem diam orang-orang Yahudi yang saleh dari segala bangsa di bawah kolong langit. Ketika turun bunyi itu, berkerumunlah orang banyak. Mereka bingung karena mereka masing-masing mendengar rasul-rasul itu berkata-kata dalam bahasa mereka sendiri." Perhatikan bahawa Roh Kudus tidak berpihak atau memberi tumpuan hanya dengan kumpulan tertentu, tetapi sebaliknya memecahkan halangan dalam bahasa supaya semua dapat mendengar dan memahami murid-murid dalam bahasa mereka sendiri.

Begitu juga, Pembacaan Kedua alternatif hari ini mengingatkan kita: "Akan tetapi jikalau kamu memberi dirimu dipimpin oleh Roh, maka kamu tidak hidup di bawah hukum Taurat. Perbuatan daging telah nyata, yaitu: percabulan, kecemaran, hawa nafsu, penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah, kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuanya itu kuperingatkan kamu--seperti yang telah kubuat dahulu--bahwa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah. Tetapi buah Roh ialah: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu. Barangsiapa menjadi milik Kristus Yesus, ia telah menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginannya. Jikalau kita hidup oleh Roh, baiklah hidup kita juga dipimpin oleh Roh." Kalau kita hanya menumpukan perhatian kita kepada kumpulan kita, bagaimanakah kita boleh bersama Yesus Kristus, oleh kerana kita hanya ingin bersama dengan kumpulan kita?

Inilah sebabnya mengapa kita tidak boleh menjadi orang Kristian dan pada masa yang sama hanya obses kepada kumpulan tertentu. Roh Kudus dikurniakan kepada kita semua, tanpa mengira siapa kita dan di mana kita berasal. Pembacaan kedua memberitahu kita bahawa: "Ada rupa-rupa karunia, tetapi satu Roh. Dan ada rupa-rupa pelayanan, tetapi satu Tuhan. Dan ada berbagai-bagai perbuatan ajaib, tetapi Allah adalah satu yang mengerjakan semuanya dalam semua orang. Tetapi kepada tiap-tiap orang dikaruniakan penyataan Roh untuk kepentingan bersama." Akhirnya, kita harus bertanya kepada diri sendiri dengan jujur dan ikhlas: adakah kita orang Kristian hanya pada nama, tetapi mementingkan diri sendiri? Atau adakah kita benar-benar melakukan segala usaha untuk bersatu sebagai satu keluarga Tuhan? Adakah kita sanggup keluar dari zon selesa dan menghulurkan kepada orang lain, terutama mereka yang tidak begitu akrab dengan kita, dengan kasih cinta dan perbuatan amal Kristian? Marilah kita maksudkan apa yang kita katakan apabila kita menyanyi: "Kita bersatu dalam Roh Kudus, kita bersatu dengan Tuhan. Dan mereka akan tahu bahawa kita adalah Kristian melalui kasih cinta kita."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...