Sabtu, 27 Oktober 2018

Minggu Biasa Ke-30 Tahun B

Adakah anda mempunyai sahabat yang boleh anda anggap sebagai seorang kawan baik yang sejati?Kebiasaannya, kawan-kawan kita sebenarnya hanya kenalan kita, memandangkan mencari kawan rapat yang anda benar-benar boleh dipercayai dan diharap tidak begitu mudah. Kawan baik merupakan seseorang yang anda boleh peroleh bantuan apabila anda memerlukannya. Kawan ini mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah anda tetapi dia akan berada di sisi anda ketika susah dan senang . Rakan yang benar-benar baik juga mencabar anda dengan kebenaran. Dia boleh memberitahu perkara tentang anda yang anda tidak lihat dalam diri anda dan ini dilakukan atas kasih dan bukan kerana membalas dendam atau untuk merendahkan anda. Tidak mudah untuk mencari orang yang menepati kriteria kawan baik, namun kita dapat menemui sahabat baik ilahi dalam Yesus Kristus.

Dalam Injil hari ini, Yesus menyembuhkan orang buta dan membuatnya melihat. Kadang-kadang, kita juga buta walaupun kita mempunyai mata untuk melihat. Kita adalah buta apabila kita tidak peka pada orang miskin dan memikirkan keperluan mereka. Kita adalah buta ketika kita tidak dapat mengesan kelemahan dan kesilapan kita. Ada juga masa, kita gagal untuk mengenali dan melihat Yesus pada orang lain. Itulah sebabnya kita memerlukan seseorang untuk memberitahu kita. Yesus membantu kita memahami ketidakupayaan kita untuk melihat, dan membantu kita memulihkan pandangan kita, sama seperti yang Dia lakukan pada orang buta.

Hari ini, Yesus mengajak kita untuk membuka mata kita untuk mengenali Dia dalam Ekaristi. Yesus memberikan diri-Nya kepada kita sebagai makanan, supaya kita dapat tumbuh, menjadi kuat dan terus hidup dari segi rohani dan fizikal. Sama seperti Yesus telah memberikan diri-Nya kepada kita, kita juga mesti memberi diri kepada orang lain. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Sebaliknya, kita mesti belajar mengasihi orang lain, walaupun orang yang kita tidak suka. Kita juga harus membantu orang lain, termasuk orang miskin, orang tua dan mereka yang lemah. Sama seperti anda telah mengalami kasih Kristus, anda juga mesti berkongsi kasihnya dengan semua orang yang anda temui. Semoga kita menjadi kawan baik yang sejati kepada orang lain, sama seperti Yesus adalah sahabat sejati yang baik kepada kita.

1 ulasan:

  1. The Star Gold Coast - Poker Room Review
    Read 다파벳 our review bet365 해외 배당 흐름 of 월드 벳 The Star Gold Coast 먹튀폴리스 검증업체 Poker Room, 토토 꽁 머니 사이트 a popular poker room in Australia. See if there is an upper limit to what you'll find,

    BalasPadam

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...