Apakah makna sebenar Paska kepada setiap diri kita? Adakah Paska bertujuan untuk dialami secara individualistik, atau secara kommunitarian? Adakah kita sebagai orang Kristian hanya untuk diri kita sendiri , atau adakah kita sebagai orang Kristian menyaksikan semua orang di dalam komuniti? Pembacaan hari ini memberikan kita petunjuk betapa pentingnya untuk kita menjadi seorang Paska sebagai sebuah komuniti.
Dalam Al-Kitab hari ini, kita bertembung dengan kisah Thomas, salah seorang dari dua belas rasul. Apabila Yesus menampakkan diri kepada para rasul , Thomas tiada di situ. Al-Kitab tidak menyatakan mengapa dia tiada di situ tetapi kemudian kita boleh mendapat sekilas pandang apa yang berlaku di kalangan komuniti umat beriman. Kematian Yesus telah meninggalkan kesan kepada setiap para rasul dengan cara yang berbeza . Mungkin dalam kes Thomas, kematian Yesus menyebabkan dia mengalami kekecewaan atau keraguan tentang komuniti, memandangkan salah seorang di antara mereka yang telah mengkhianati Yesus dan kebanyakan mereka telah melarikan diri ketika Yesus ditangkap. Oleh itu, apabila Thomas berkeras mahu melihat bukti-bukti kebangkitan Yesus, dia tidak meragui Yesus mahupun hakikat bahawa Dia mungkin telah bangkit. Dia meragui kata-kata saudara-saudaranya, komuniti Kristian. Seminggu kemudian, apabila Thomas bersama dengan yang lain, Yesus muncul dan mendedahkan dirinya kepada Thomas dan pada orang lain dalam komuniti. Kali ini , Thomas menyedari bahawa saudara-saudaranya bercakap benar tentang Yesus, dan dia berkata: "Ya Tuhanku dan Allahku."
Bagi kebanyakan kita, percaya kepada Allah dan Yesus tidak begitu sukar. Tetapi mempercayai dalam komuniti adalah perkara yang berbeza sama sekali. Kita sering melihat dosa, kemunafikan dan kelemahan orang lain dalam komuniti dan mempersoalkan sama ada Tuhan benar-benar hadir di dalam komuniti seperti itu. Ini menyebabkan ramai kita menjauhkan diri daripada aktiviti Gereja kerana kita rasa malu dengan kelakuan dan tingkah laku orang tertentu dalam komuniti. Tetapi persoalannya adalah, tidak ada komuniti yang sempurna. Gereja ini terdiri daripada orang berdosa, seperti anda dan saya. Di dalam komuniti yang retak dan berdosa ini, Yesus terus hadir , membimbing dan membantu kita sepanjang jalan. Tetapi bagaimana kita boleh tahu bahawa Yesus ada dalam komuniti ini dan mengiktiraf kehadiran-Nya dalam Gereja ? Mata fizikal kita menipu kita kerana mereka hanya menumpukan perhatian kita pada kelemahan dan dosa orang lain. Kita mesti melihat dengan mata iman, seperti Yesus memberitahu kita : "Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya."
Hari ini, janganlah kita ragu-ragu atau berasa kecewa lagi. Marilah kita melihat Yesus sebagai harapan dan panduan kita, mengetahui mungkin tidak kira bagaimana sukar atau mencabar berada dalam komuniti kita , kita mempunyai keyakinan serta kepercayaan bahawa Yesus akan berada di sana untuk membantu kita. Semoga kita memainkan peranan kita dan bersabar dan berterusan dalam usaha kita bagi membantu masyarakat Kristian kita untuk berkembang, bagi kemuliaan Tuhan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan