Bagi sesetengah orang, menjadi seorang pengikut Kristian adalah mencabar dan juga mengecewakan. Bukan mudah untuk cuba hidup dalam nilai-nilai Kristian apabila dunia mengetengahkan nilai-nilai yang bertentangan dengan Al-Kitab. Sebagai contoh, dalam perniagaan, kita diberitahu bahawa orang yang jujur dan baik tidak akan berjaya, kerana ramai di dunia percaya bahawa untuk menjadi kaya dan berkuasa, seseorang perlu bersedia untuk berbohong, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam rasuah. Malah, dunia seolah-olah memberitahu kita bahawa kita mesti berbaik dengan rakan taulan dan orang yang boleh membantu kita atau memberi manfaat kepada kita dalam apa jua aspek, tetapi kita diingatkan supaya berhati-hati dengan musuh-musuh kita. Sebagai orang Kristian, kita tidak sepatutnya membuat apa-apa perbezaan antara kawan dan musuh, memandangkan orang Kristian dipanggil untuk mengasihi musuh-musuh mereka. Tetapi ini merupakan sesuatu yang dunia tidak dapat terima, memandangkan ia kelihatan kita seolah-olah bebas membenarkan musuh-musuh kita menang dan mengambil kesempatan daripada kita.
Dalam bacaan hari ini , kita diberi jaminan dan dihibur bahawa kekal teguh pada nilai-nilai Kristian merupakan cara yang sepatutnya. Dalam bacaan pertama, Paulus dan Barnabas mempunyai musuh yang menyebarkan fitnah tentang mereka dan menentang mereka, dan musuh-musuh ini berjaya menyebabkan Paulus dan Barnabas diusir dari bandar. Tetapi bacaan tidak berakhir dengan nada yang mengecewakan. Sebaliknya, kita diberitahu bahawa " murid-murid penuh dengan sukacita dan dengan Roh Kudus." Bagaimana mungkin bagi Paulus dan Barnabas kekal gembira walaupun mereka telah diusir keluar dari bandar dan ia kelihatan seolah-olah musuh mereka telah menang? Ia sepatutnya disebabkan murid-murid ini tahu bahawa apa yang mereka lakukan bukan untuk kepuasan peribadi dan kemegahan mereka sendiri tetapi untuk kemuliaan Tuhan. Bacaan kedua memberitahu kita nasib mereka yang telah menderita atau mati demi Al-Kitab. Mereka telah melalui penderitaan dan penganiayaan, dan kerana mereka tetap setia, mereka akan tidak lagi mengalami penderitaan, kelaparan atau dahaga "sebab Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu, akan menggembalakan mereka dan akan menuntun mereka ke mata air kehidupan. Dan Allah akan menghapus segala air mata dari mata mereka." Kita turut diingatkan bahawa sebagai orang Kristian, kita tidak boleh membuat setiap orang gembira, tetapi kita perlu mengikut naluri hati kita dan melakukan apa yang betul. Mengikut naluri hati kita untuk melakukan apa yang betul bermakna mendengar suara Gembala yang Baik, seperti Yesus dalam Al-Kitab hari ini, mengingatkan dan meyakinkan kita: "Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku dan Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku, dan Aku memberikan hidup yang kekal kepada mereka dan mereka pasti tidak akan binasa sampai selama-lamanya dan seorangpun tidak akan merebut mereka dari tangan-Ku."
Ini sudah pasti tidak mudah dan suatu cabaran menjadi seorang Kristian. Yesus tidak menjanjikan kepada kita kehidupan yang mudah atau Dia akan mengambil semua masalah dan penderitaan kita dalam kehidupan ini. Untuk menjadi murid-Nya kita mesti bersedia untuk menghadapi nasib yang sama seperti Yesus, dan bersedia untuk menahan kesusahan dan penganiayaan. Apa yang Yesus janjikan kepada kita bahawa Dia akan menjadi gembala kita; tidak akan membenarkan kita berputus asa; akan memberi kita keberanian dan kekuatan untuk menanggung salib ; dan akan membawa kita kepada ' air yang tenang ' dan kekal dalam kasih dan jagaan-Nya. Adakah kita sanggup menahan penderitaan yang sementara dan kesusahan, demi kegembiraan yang kekal dan keamanan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan