Ramai antara kita tahu gereja tidak boleh menjadi demokrasi, di mana pendapat dan undi jemaat adalah penting. Ini kerana ada perkara-perkara asas mengenai iman dan moral yang tidak boleh diubah untuk disesuaikan dengan orang-orang tertentu, dan jika kita ingin kekal dalam pendapat semua orang, maka kita akan mendapati mustahil atau amat sukar untuk membuat keputusan, kadang kala keputusan yang mungkin tidak popular atau sukar diterima sesetengah orang. Ini disebabkan orang yang berbeza akan berfikir bahawa pendapat mereka adalah yang penting dan ini akan membawa kepada perbezaan pendapat, yang akhirnya boleh membawa kepada konflik, huru-hara dan perpecahan.
Dalam bacaan pertama, masyarakat Kristian yang awal menghadapi satu masalah, kerana sebahagian daripada mereka percaya mereka masih perlu mengikut adat Yahudi, sebagai contoh sunat dan larangan terhadap makanan tertentu. Ini disebabkan bagi mereka, Yesus adalah seorang Yahudi dan juga telah mengikut cara dan ritual Yahudi. Tetapi , terdapat juga satu lagi kumpulan Kristian yang mengakui bahawa Yesus bukan semata-mata seorang lagi guru Yahudi yang mahu melakukan pembaharuan agamanya, tetapi Dia adalah Anak Allah yang telah datang untuk memberitakan Injil Kerajaan Allah, di mana adat dan ritual yang memisahkan dan membezakan satu kaum dari yang lain tidak lagi boleh menjadi halangan kepada persaudaraan Kristian. Pada akhir bacaan, kita diberitahu bahawa keputusan telah dibuat, di mana saudara yang berasal dari bangsa lain " jangan ditanggungkan lebih banyak beban dari pada yang perlu."
Inilah di mana sepanjang abad, masyarakat Kristian terus hidup dan berkembang dengan bimbingan Roh Kudus. Roh Kudus adalah pemberian Tuhan kepada gereja dan setiap kita yang beriman. Seperti Yesus memberitahu kita dalam Injil: "Semuanya itu Kukatakan kepadamu, selagi Aku berada bersama-sama dengan kamu; tetapi Penghibur, iaitu Roh Kudus, yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-Ku, Dialah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu dan akan mengingatkan kamu akan semua yang telah Kukatakan kepadamu." Kehadiran-Nya membolehkan kita rasa aman dalam keputusan kita walaupun berada antara huru-hara dan masalah, kerana melalui bimbingan -Nya, kita masih boleh mencapai keputusan yang sama yang mencerminkan kehendak Allah, walaupun antara semua pendapat peribadi dan cara pemikiran kita. Tanpa Roh Kudus , tidak akan mungkin ada Gereja dan perpaduan.
Akhirnya, keputusan kita mesti sentiasa dibuat dengan merujuk pada Gereja dan masyarakat secara keseluruhannya. Sebahagian daripada kita mungkin terdorong untuk berfikir bahawa pendapat saya adalah yang terbaik dan yang paling penting sekali, tetapi apa yang paling penting bukanlah pendapat ini atau itu mahu pun pendapat majoriti, tetapi kehendak Allah bahawa kita perlu mencari bimbingan Roh Kudus. Semoga kita terus membezakan dengan teliti dan mendengar dorongan Roh Kudus, untuk faedah dan kebaikan seluruh Gereja serta masyarakat, dan untuk kemuliaan Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan