Kebanyakan kita biasa dengan Injil Sinoptik, iaitu, Injil Matius, Markus dan Lukas. Satu tema yang sama yang boleh ditemui di antara Injil-injil ini adalah tema ' kasih' , di mana penulis Injil mengulangi pengajaran utama pada Perjanjian Lama iaitu mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama manusia seperti diri kita sendiri. Perkara utama yang diketengahkan di sini adalah kasih kita sesama manusia mesti sama dengan kasih kita pada diri kita sendiri. Sebaliknya, Injil hari ini adalah dari Injil Yohanes, dan kita diberitahu: "Aku memberikan perintah baru kepada kamu, iaitu supaya kamu saling mengasihi; sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi." Ramai di antara kita sudah biasa dengan perintah Tuhan untuk mengasihi , jadi apa yang begitu 'baru' mengenai hukum ini seperti yang dinyatakan di dalam Injil Yohanes?
'Pembaharuan' berpunca daripada hakikat bahawa kasih kita pada satu sama lain tidak berdasarkan kepada kriteria yang kita mengasihi diri kita sendiri: "saling mengasihi sesama manusia seperti mengasihi diri kita sendiri", tetapi kini kriteria itu adalah Yesus mengasihi kita : "sama seperti Aku (Yesus) telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi." Kasih kita untuk diri kita sendiri sering tidak cukup dan tidak lengkap , dan tidak lagi menjadi ukuran dengan cara kita mengasihi orang lain , tetapi kasih Yesus untuk kita yang membolehkan kita untuk mengasihi. Ini disebabkan kasih Tuhan adalah sempurna, kerana Allah adalah kasih.
Jika kita ingin menjadi pengikut Yesus, maka kita mesti belajar cara Dia mengasihi kita . Kita perlu menunjukkan kasih sayang kita melalui perkataan dan perbuatan kita, mengambil kira cinta Yesus sebagai panduan dan standard kita. Apabila kita berbuat demikian , maka seperti Injil memberitahu kita: "Dengan demikian semua orang akan tahu, bahawa kamu adalah murid-murid-Ku, iaitu jikalau kamu saling mengasihi." Namun, kita sedar bahawa cinta Yesus mempunyai standard yang tinggi, yang tidak begitu mudah untuk dicapai seperti yang dikatakan kerana kita bukannya Allah. Itulah sebabnya kita mesti terus menyokong, memberi galakan dan berdoa untuk satu sama lain, berpandukan contoh Paulus dan Barnabas dalam bacaan pertama di mana "Mereka menguatkan hati murid-murid itu dan menasihati mereka supaya mereka bertekun di dalam iman."
Hari ini, marilah kita berdoa agar kita akan mempunyai kekuatan, kesabaran, ketabahan dan keberanian untuk saling mengasihi seperti Kristus mengasihi kita. Kasih bukan tanda kelemahan atau kekalahan. Ia adalah satu tindakan berani yang menolak budaya benci, sombong dan prejudis yang lazim dalam dunia hari ini. Semoga kita mengambil Kristus sebagai contoh kita serta belajar lebih dan lebih lagi menjadi seperti Dia dalam kasih-Nya untuk kita semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan