Sabtu, 30 September 2017

Minggu Biasa Ke-26 Tahun A

Sesetengah kita mungkin telah menghadiri Misa dan aktiviti dalam satu komuniti paroki selama bertahun-tahun. Sesetengah kita nampaknya lebih suka melompat dari paroki ke paroki, pergi ke Misa dan aktiviti-aktiviti mengikut sesuka hati kita atau sesuai bagi kita. Ada yang hanya pergi untuk Misa dan tidak terlibat dalam aktiviti paroki. Ada juga yang tidak mementingkan Misa, bahkan berada di dalam komuniti paroki, dan hanya datang sekali -sekala. Jadi, anda jenis yang mana satu?

Terdapat beberapa sebab mengapa otang pergi atau tidak pergi ke Misa dan menjadi sebahagian daripada komuniti paroki. Namun apa jua sebabnya, kita perlu bertanya dengan jujur kepada ​​diri kita sendiri: Adakah komuniti paroki kita bersatu sebagai saudara dan saudari dalam Kristus? Adakah kita sebahagian daripada komuniti paroki, atau kita bersendirian (atau "Sdn. Bhd" atau "Pte Ltd"), hanya berminat untuk memenuhi kewajipan hari minggu kita dan tidak lebih daripada itu? Apa yang anda lakukan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti paroki? Sesetengah kita sebenarnya tidak merasakan bahawa kita adalah sebahagian daripada komuniti paroki. Mungkin, sesetengah berpendapat bahawa gereja hanyalah tempat untuk pergi dan berdoa serta menghadiri Misa. Mungkin, sesetengah tidak mempunyai rasa kepunyaan, datang dan pergi umpama "batu bergolek". Gereja menjadi seperti pasar raya besar atau pasaraya atau kedai serbaneka di mana kita hanya datang untuk mendapatkan apa yang kita perlukan. Apabila gereja tidak memenuhi keperluan kita, kita mengadu, menjadi marah, muncung mulut , berasa kecewa, atau merasa kebencian. Tetapi adakah itu Gereja sebenarnya: untuk saya, diri saya dan aku?

St Paulus dalam bacaan hari ini mengingatkan kita: "Jadi karena dalam Kristus ada nasihat, ada penghiburan kasih, ada persekutuan Roh, ada kasih mesra dan belas kasihan, karena itu sempurnakanlah sukacitaku dengan ini: hendaklah kamu sehati sepikir, dalam satu kasih, satu jiwa, satu tujuan, dengan tidak mencari kepentingan sendiri atau puji-pujian yang sia-sia. Sebaliknya hendaklah dengan rendah hati yang seorang menganggap yang lain lebih utama dari pada dirinya sendiri; dan janganlah tiap-tiap orang hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga. Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus." Kita memanggil diri kita sebagai orang Kristian atau Katolik, tetapi itu tidak cukup. Kita pergi ke gereja, tetapi itu tidak cukup. Kita mengatakan bahawa kita adalah saudara dan saudari dalam Kristus, tetapi itu tidak cukup. Kita perlu menunjuk dan bermaksud dengan apa yang kita katakan melalui tindakan kita. Sekiranya kita hanya mengambil berat tentang keperluan kita sendiri, maka bagaimanakah kita boleh mengatakan bahawa kita bersatu sebagai saudara dan saudari dalam Kristus?

Dalam Injil hari ini, Yesus memberitahu kita satu perumpamaan mengenai dua orang anak lelaki: seorang anak mengatakan bahawa dia akan pergi ke kebun anggur namun cuma sekadar kata sahaja dan untuk menyenangkan hati ayahnya tetapi dia tidak pergi. Seorang lagi pula berkata dia tidak mahu pergi, tetapi akhirnya, memutuskan untuk pergi. Perumpamaan ini mengingatkan kita bahawa kita perlu melakukan apa yang dicakapkan, cakap itu mudah/senang, apa yang penting adalah tindakan. Kita mengatakan bahawa kita adalah satu komuniti, tetapi hanya mengatakan saja tidak mencukupi. Kita perlu membuktikannya melalui tindakan kita dan berusaha untuk kekal bersatu sebagai saudara dan saudari dalam Kristus. Ini bermakna kita mesti keluar dari zon selesa kita; kita mesti berhenti memikirkan hanya tentang diri kita sendiri dan mula memikirkan tentang orang lain, tentang komuniti; kita mesti belajar mengasihi dengan riang ria, gembira, sanggup serta penuh makna. Hanya apabila kita melakukan bahagian kita dan bekerja bersama sebagai sebuah keluarga yang bersatu, kita benar-benar boleh menjadi satu keluarga, saudara dan saudari dalam Kristus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...