Sesetengah kita mungkin mengalami luka atau kesakitan yang parah akibat pengkhianatan daripada mereka yang sepatutnya rapat dan dipercayai, seperti rakan-rakan kita, saudara lelaki atau saudara perempuan kita, suami atau isteri kita, anak-anak kita, mahupun ibu bapa kita. Apabila kita mengalami luka atau kesakitan itu, adakah kita masih dapat mengampunkan orang tersebut atau mereka yang telah mengkhianati kita? Sebagai orang Kristian kita diingatkan bahawa kita diminta untuk mengampuni mereka yang bersalah terhadap kita, seperti kita memohon Tuhan untuk mengampuni kesalahan kita. Tetapi bagaimana kita mengampuni, terutama apabila sangat terluka?
Sesetengah orang memikirkan bahawa pengampunan bermaksud melupakan, tetapi ini adalah tidak benar. Kita diminta untuk mengampun, bukan melupakan, kerana jika kita cuba untuk melupakan memori, ia tidak akan sembuh. Untuk mendapat penyembuhan, kita harus ingat, memandangkan pengampunan menjadi penawar memori yang kita mesti ingat. Malah, ada orang seolah-olah berfikir bahawa pengampunan akan mengambil kemarahan dan luka, tetapi itu juga tidak semestinya benar. Pengampunan bukan tentang mengambil kemarahan dan luka tetapi ia adalah satu keputusan untuk melepaskan yang luka, dan enggan membenarkan luka kita untuk mengawal kita. Adakah kita perlu menunggu sehingga perasaan luka itu hilang sepenuhnya sebelum kita bersedia untuk mengampun? Sudah tentu tidak! Pengampunan boleh dan harus bermula walaupun ketika kita terus terluka.
Tambahan pula, pengampunan bukan merupakan satu acara tunggal, memandangkan ia adalah satu proses dan mengambil masa. Apabila kita membuat keputusan untuk mengampun, ia tidak berlaku sekaligus, atau serta-merta, seperti seakan-akan 'hokus pokus', memandangkan kita memutuskan untuk terus mengampun, dan kita tidak akan berhenti mengampun hingga ke hari kita meninggal dunia. Seperti Yesus memberitahu murid-murid-Nya di dalam Injil, kita harus mengampuni "Bukan sampai tujuh kali, melainkan sampai tujuh puluh kali tujuh kali." Sesungguhnya itulah jangka hayat pengampunan! Malah, kita perlu ingat bahawa mengampuni orang lain menjadi lebih mudah apabila kita menyedari bahawa kita juga memerlukan pengampunan, kerana kita juga telah melakukan kesilapan, mengkhianati orang lain, menyakiti dan mengumpat orang lain, dan memerlukan pengampunan. Allah, Bapa kita sedia mengampuni seberapa banyak kali kita berdosa, dan kita dicabar untuk melakukan perkara yang sama. Akhirnya, kita mesti belajar untuk mengampuni diri kita sendiri, walaupun ia mungkin kelihatan sukar. Mengapakah kita perlu mengampuni diri kita sendiri? Kerana jika kamu tidak dapat mengampuni diri sendiri, kamu akan turut mendapati sukar untuk mengampuni orang lain, dan kamu meragui kasih dan belas kasihan Allah.
Dalam bacaan pertama hari ini, kita diingatkan bahawa "Dendam kesumat dan amarahpun sangat mengerikan juga, dan orang berdosalah yang dikuasainya. Barangsiapa membalas dendam akan dibalas oleh Tuhan. Tuhan dengan saksama mengindahkan segala dosanya. Ampunilah kesalahan kepada sesama orang, nescaya dosa-dosamupun akan dihapus juga, jika engkau berdoa. Bagaimana gerangan orang dapat memohon penyembuhan pada Tuhan, jika ia menyimpan amarah kepada sesama manusia?" Semoga kita melakukan setiap usaha untuk mula mengampuni sekarang, bukan menangguh sehingga esok, atau bulan depan, atau tahun depan. Pada akhir hidup kita, semoga kita melihat kembali dengan kegembiraan dan bersyukur bahawa kehidupan kita telah dijalani dengan baik dan ditinggalkan dengan pengampunan dan perdamaian, bukannya tiada pengampunan, kepahitan (perasaan marah dan kecewa) serta kesedihan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan