Ramai di antara kita suka menerima hadiah. Apabila kita menerima hadiah, kita menjadi agak teruja dan tidak sabar menunggu peluang awal untuk membuka hadiah. Kadang-kadang hadiah tersebut disertakan dengan arahan untuk tidak membukanya sehingga tarikh, masa atau tibanya perayaan tertentu. Apabila ini berlaku, sebahagian kita mungkin tertanya-tanya dan terdorong untuk cuba dan mencari cara dan kaedah untuk menyintai. Walau bagaimanapun, apabila kita akhirnya mendapat peluang untuk membuka hadiah, apa yang berlaku? Sebahagian daripada kita mungkin agak gembira kerana kita telah mendapat apa yang kita mahukan. Sebahagian daripada kita mungkin merasa kecewa kerana kita tidak mendapat apa yang kita mahukan. Tetapi jika kita melangkah ke tepi seketika dan merenung semula... apa yang kita perolehi di sini adalah perkara sementara dan tidak akan kekal selama-lamanya. Tetapi hari ini, kita ditawarkan suatu hadiah yang merupakan hadiah yang terbesar antara semua hadiah. Apakah hadiah tersebut? Ianya tidak lain daripada Tuhan kita, Yesus Kristus.
Tuhan amat mengasihi kita semua sehingga Dia memberi kita anak-Nya sendiri, Yesus sebagai hadiah untuk menyelamatkan kita daripada dosa-dosa kita dan membimbing kita kepada-Nya. Bolehkah kita mendapat hadiah yang lebih besar atau lebih berharga atau lebih istimewa selain daripada Yesus ? Sesungguhnya tidak! Tetapi, seperti setiap hadiah yang kita terima, kita boleh memilih untuk menerimanya atau menolaknya. Jika kita memilih untuk menolak hadiah istimewa ini, maka seperti Injil hari ini memberitahu kita: "Ia telah ada di dalam dunia dan dunia dijadikan oleh-Nya, tetapi dunia tidak mengenal-Nya. Ia datang kepada milik kepunyaan-Nya, tetapi orang-orang kepunyaan-Nya itu tidak menerima-Nya." Ia kelihatan aneh atau tragis bahawa orang akan memilih untuk menolak Yesus, tetapi ada kalanya di mana orang telah menjadi begitu taksub dengan cara duniawi, dengan kuasa, dengan wang, dengan kedudukan dan kuasa serta dengan begitu banyak perkara lain, sehingga Yesus dan akhirnya Allah tidak ada tempat di hati dan minda mereka. Apabila kita meletakkan perkara-perkara atau orang lain terlebih dahulu dalam kehidupan kita, maka kita akan menolak Yesus, Firman Allah.
Tetapi jika kita menerima hadiah istimewa ini, maka seperti Injil memberitahu kepada kita: "Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Allah, iaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya; orang-orang yang diperanakkan bukan dari darah atau dari daging, bukan pula secara jasmani oleh keinginan seorang laki-laki, melainkan dari Allah.” Jika kita sanggup dan bersedia untuk membuka dan menerima hadiah istimewa ini, maka kita akan berkongsi dalam kemuliaan Yesus dan kehidupan kita akan berubah. Kita tidak lagi akan menjadi anak-anak yatim atau orang yang tidak dikenali tetapi menjadi anak-anak Allah. Kita akan mempunyai keistimewaan untuk mendengar Allah bercakap kepada kita melalui anak-Nya, seperti St. Paulus memberitahu kita di dalam bacaan kedua: "Setelah pada zaman dahulu Allah berulang kali dan dalam pelbagai cara berbicara kepada nenek moyang kita dengan perantaraan nabi-nabi, maka pada zaman akhir ini Ia telah berbicara kepada kita dengan perantaraan Anak-Nya, yang telah Ia tetapkan sebagai yang berhak menerima segala yang ada. Oleh Dia Allah telah menjadikan alam semesta."
Marilah kita membuka hati dan minda kita, serta menerima Yesus sebagai hadiah terbesar antara semua hadiah. Marilah kita membiarkan Yesus berada dalam kawalan dan membimbing kita sepanjang hidup kita. Jika kita benar-benar menghargai hadiah istimewa ini dari Allah, maka kita tidak perlu atau mahu apa-apa lagi. Marilah kita secara konsisten dan gembira menerima Yesus sebagai hadiah Krismas ini dan setiap Krismas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan