Apa yang kita maksudkan apabila kita mengatakan bahawa kita mengasihi? Adakah kita benar-benar mengasihi orang lain? Adakah kita mengasihi saudara dan saudari kita? Adakah kita menunjukkan iman Kristian kita dengan menjalani kehidupan kasih cinta dalam keluarga kita, BEC, komuniti, kawasan perumahan, dan di gereja? Selain orang dalam komuniti Kristian kita, adakah kita juga menunjukkan kasih sayang kepada orang lain yang bukan Kristian? Mudah untuk mengatakan kita mengasihi, tetapi adakah kita maksudkan apa yang kita katakan melalui tindakan kita, atau adakah kata-kata kita tidak lebih daripada sekadar kata-kata? St Yohanes dalam pembacaan kedua hari ini mengingatkan kita: " marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran."
Tetapi kita tidak mungkin benar-benar mengasihi orang lain, kecuali kita berada dalam Kristus. Injil hari ini mengingatkan kita bahawa Kristus adalah pokok anggur dan kita adalah ranting-rantingnya, dan " Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa. " Tidak mungkin kita mengasihi tanpa syarat dan sepenuhnya dengan usaha kita sendiri, kerana kita hanya boleh mengasihi sedemikian jika kita berada dalam cinta Allah.
Terdapat sesetengah orang yang berfikir bahawa mereka boleh mengasihi tanpa Allah, tetapi kerap kali tidak, kasih sedemikian semata-mata akan menjadi percubaan yang tidak berkesan atau tidak mencukupi. Kita melihat perhubungan terputus antara kawan dan pasangan, sebab tiadanya kasih Allah dalam hidup kita. Ini adalah kerana kasih cinta yang kita lalukan adalah tidak sempurna, kita mengasihi kerana kita mengharapkan untuk menerima cinta atau sesuatu sebagai balasan. Kasih sejati adalah apabila kita dapat mengasihi sepenuhnya, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bolehkah kita mencapai kasih sejati itu dengan sendiri? Tidak. Hanya Allah yang dapat mengasihi sepenuhnya, dan kita hanya dapat mengasihi cara Allah mengasihi kita ketika kita berhubung dan berada dalam-Nya.
Kasih cinta tidak bermakna kita hidup di tempat khayalan, di mana tidak ada konflik atau masalah. Kasih tidak bererti bahawa orang lain akan suka atau menghargai kasih kita. Ambil contoh St. Paulus dalam pembacaan pertama hari ini. Dalam bacaan pertama, Paulus, yang kemudian dikenali sebagai Saulus, pergi bersama-sama dengan murid-muridnya, " dengan keberanian mengajar dalam nama Tuhan." Tidak semua orang gembira dengannya dan ada juga yang cuba membunuh dia, tetapi kerana dia berada dalam Kristus dan telah mengalami kasih Allah, dia sanggup mengharungi cabaran dan kesulitan untuk membawa Berita Baik Allah kepada semua orang. Kasih tidak bermakna kita mesti menjadi popular, tetapi ia bermakna kita mesti melakukan apa yang betul, apa yang benar, apa yang adil, dan apa yang dikasihi, walaupun itu bermakna kita akan menjadi tidak popular atau tidak disukai.
Hari ini, sesetengah kita mungkin mengalami kesukaran dan ujian ketika kita cuba menunjukkan kasih kita terhadap orang lain. Tetapi sebagaimana Yesus mengingatkan kita: " setiap ranting yang berbuah, dibersihkan-Nya, supaya ia lebih banyak berbuah." Kita sedang dipangkas, supaya kita akan tumbuh dan kekal dekat dengan Yesus. Dengan cara ini, kita akan menjadi lebih kuat dan menjadi saksi sebenar kasih Allah kepada semua orang.
Sabtu, 28 April 2018
Sabtu, 21 April 2018
Minggu Paska Ke-4 Tahun B
Apakah jenis motivasi yang kita miliki apabila kita diberi tugas untuk dilakukan? Sesetengah orang akan melakukan tugas kerana atas dasar ia merupakan tugas mereka dan mereka mengharapkan bayaran yang baik dan menerima lain-lain bentuk ganjaran bagi kerja yang dilakukan. Orang seperti ini boleh didorong dengan pendapatan yang lebih baik, jaminan pekerjaan yang lebih baik, prospek mendapat kenaikan jawatan yang lebih baik, atau bahkan kelulusan dan pengiktirafan dari orang lain, terutamanya dari rakan-rakan dan majikan. Tetapi jika apa yang perlu dilakukan tidak begitu menarik, atau tidak ramai yang ingin lakukan, atau tidak membawa sebarang manfaat? Adakah anda masih sanggup melakukannya?
Dalam Injil hari ini, Yesus memberitahu kita bahawa Dia adalah gembala yang baik. Dia juga membuat perbandingan antara gembala yang baik dan yang diupah. Adakah Yesus cuba memberitahu kita bahawa orang upahan, atau orang yang dibayar untuk melaksanakan tugas, adalah buruk atau tidak baik dalam apa cara sekali pun? Tidak! Yesus tidak menumpukan pada pembayaran, kerana dari semasa ke semasa kita mendengar orang upahan yang komited sama seperti gembala yang baik. Apa yang Yesus lebih fokus adalah sikap dan tahap komitmen gembala. Itulah aspek utama yang Yesus ingin bezakan. Kenapa begitu? Kita harus sedar bahawa kambing biri-biri agak berbeza dari binatang lain. Binatang atau haiwan biasanya mempunyai ketua di mana mereka boleh ikuti dan bergantung kepada. Bagi kebanyakan haiwan lain seperti monyet, harimau atau singa, haiwan ini boleh menjadi pemimpin atau pengikut. Tetapi bukan kambing biri-biri. Kambing biri-biri tidak dapat memimpin kambing biri-biri lain tetapi bergantung kepada gembala untuk terus hidup. Sekiranya kambing biri-biri ditinggalkan sendirian, mereka mungkin akan dilanda masalah dengan mudah dan cepat.
Kita bertembung dengan banyak kambing biri-biri dalam masyarakat kita yang tidak dapat menjaga diri mereka sendiri. Dalam kes ini, kita memerlukan seseorang untuk membimbing mereka. Orang itu adalah gembala. Sesetengah “gembala” dibayar untuk menjaga kambing biri-biri dan mereka dipanggil orang upahan, terutamanya kerana mereka hanya melakukan pekerjaan dan mereka lebih tertarik dengan ganjaran yang baik dan faedah lain. Sekiranya ditimpa masalah, misalnya seekor serigala, rubah atau beruang sedang menyerang kambing biri-biri, orang seperti ini mungkin akan melarikan diri, kerana mereka tidak berani mati demi seekor haiwan. Tetapi jika gembalalah yang sanggup menjaga kambing biri-biri tersebut, mereka mempunyai lebih peluang untuk terus hidup, sebab gembalalah yang sanggup mati untuk mempertahankan kambing biri-birinya. Bagi seorang gembala yang baik, menjaga kambing biri-biri bukan untuk wang atau mendapat pengiktirafan atau populariti, ia menjadi satu panggilan atau vokasi.
Oleh itu, kita perlu bertanya pada diri kita dengan jujur : Adakah kita menjadi lebih materialistik dan mementingkan diri sendiri, keinginan dan keperluan kita telah diutamakan mengatasi keperluan masyarakat dan gereja paroki kita? Adakah kita hanya inginkan paderi dan biarawati menjadi gembala, dan kita tidak perlu buat apa-apa? Atau adakah kita mulai menjadi lebih seperti gembala yang baik, melakukan tugas kita untuk menjaga kawanan kambing biri-biri itu dan sanggup melakukan pengorbanan untuk kebaikan semua orang?

Sabtu, 14 April 2018
Minggu Paska Ke-3 Tahun B
Pada zaman dulu, menjaga kebersihan dan sanitasi yang baik tidaklah mudah atau semudah seperti hari ini, tetapi orang masih berusaha untuk memastikan rumah dan tempat tinggal mereka tetap bersih sebaik mungkin. Menjaga kebersihan bermakna mengeluarkan sampah dari rumah, untuk mengelakkan rumah daripada dilawati oleh haiwan atau serangga yang mungkin membawa penyakit yang teruk.
Walau bagaimanapun, semua usaha menjaga kebersihan dan sanitasi yang baik adalah hanya untuk dunia ini yang kita diami. Bagaimana pula dengan sampah sarap yang kita kumpulkan dalam roh kita bila kita berdosa? Kita juga perlu membuangkan sampah sarap tersebut untuk mengelakkan roh kita daripada menjadi tidak kemas. Pembacaan pertama mengingatkan kita: "Sekarang sedarlah dan bertobatlah, supaya dosamu dihapuskan." Perhatikan bahawa bacaan itu mengatakan "sekarang" dan bukan esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, atau bila kita senang. Pembacaan kedua seterusnya memperkuatkan keperluan untuk membuangkan sampah di dalam diri kita dan mengingatkan kita bahawa " Yesus Kristus, yang adil dan Ia adalah pendamaian untuk segala dosa kita, dan bukan untuk dosa kita saja, tetapi juga untuk dosa seluruh dunia." Tetapi kita mesti bertaubat dan berpaling kepada Allah, supaya dosa-dosa kita dihapuskan. Jadi jika anda mempunyai sampah sarap dalam hidup anda, Yesus sedang menunggu untuk mengambilnya dari anda; tetapi Dia tidak akan mengambilnya dari kamu dengan kekerasan; Dia akan menunggu anda untuk pergi kepada-Nya atau membuka diri anda kepada-Nya.
Itulah sebabnya kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita tentang pentingnya Sakramen Pengakuan Dosa. Sakramen ini ada untuk membuang sampah terkumpul, sampah sarap dari roh kita. Bukan paderi yang anda temui dalam Pengakuan Dosa, Yesus yang anda temui, dan Dia yang menyembuhkan anda semasa Sakramen. Ia bukan sekadar Sakramen yang hanya dimaksudkan untuk musim Adven dan Musim Pra-Paska. Ia adalah sakramen untuk kegunaan sepanjang tahun, Rahmat Allah sedang menunggu kita sepanjang tahun. Allah mengundang kita untuk membuangkan sampah yang mengotorkan dan merosakkan roh kita, supaya kita mempunyai saluran yang jelas dan terbuka bagi Allah membimbing kita dan menyembuhkan kita. Adalah pelik yang orang akan berusaha untuk membeli minyak wangi mahal dan kerap mandi untuk memastikan bahawa badan mereka bersih dan wangi, tetapi mereka tidak melihat keperluan atau kepentingan untuk memastikan roh mereka juga bersih dan wangi.
Adakah kita masih berlengah cara yang baik untuk membuangkan sampah-sarap dalam roh kita? Mengapakah kita membenarkan diri kita untuk dijadikan sasaran oleh makhluk jahat untuk menawan kita? Allah menjemput kita untuk menghapuskan dosa yang berada dalam diri kita; dan terpulanglah kepada kita untuk mengambil kesempatan untuk mencari pengampunan melalui Sakramen Pengampunan Dosa, dan menjadi bersih kembali semasa kita mendekatiNya.

Isnin, 9 April 2018
Khabar Sukacita Tuhan
Biasanya, apabila seorang wanita yang sudah berkahwin mendapati dirinya mengandung, dia akan sangat bahagia, kerana dia dan suaminya mungkin telah cuba beberapa kali untuk hamil. Mungkin ada minggu-minggu yang penuh dengan harapan dan dugaan; menyediakan pakaian untuk bayi baru; menyediakan semua yang diperlukan; tetapi yang bakal menjadi ibubapa akan teruja dan sanggup membuat persediaan. Apabila anak itu dilahirkan, seisi keluarga akan sangat gembira dan bangga dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga.
Namun bayangkan seketika, seorang wanita diberitahu bahawa dia akan menjadi hamil dan dia telah bertunang. Pertunangan bermakna lelaki dan wanita itu terikat secara sah antara satu sama lain walaupun mereka tidak dapat hidup bersama sehingga perkahwinan itu dijalankan. Di Israel, seorang wanita yang tidak setia dalam pertunangan akan mati dibaling batu. Justeru, apabila malaikat Jibrael berkata kepada Bonda Maria, "Janganlah takut," dan kemudian menjelaskan bahawa Bonda Maria akan melahirkan Yesus, di mana bapanya ialah Roh Kudus. Bonda Maria mungkin terbingung dan tergamam. Dia tahu dia akan menghadapi pelbagai umpatan dan pandangan yang menjijikkan tetapi apakah respons Bonda Maria kepada malaikat Jibrael? Bonda Maria hanya berkata: "Biarkanlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan." Responnya adalah iman. Dia percaya . Kita melihat betapa kuatnya iman dia, kerana dia sanggup menghadapi risiko mati untuk mematuhi Allah.
Sejak kebelakangan ini, ada sesetengah di antara kita yang mungkin tertarik dengan perkara-perkara yang diberi keterangan mengikuti cara saintifik. Sesetengah daripada kita mungkin berfikir bahawa sains boleh menjelaskan dan membuktikan banyak perkara. Tetapi terdapat juga banyak contoh di mana sains tidak boleh menerangkan atau membuktikan. Iman bermakna percaya walaupun sains tidak dapat menjelaskan atau membuktikan. Oleh kerana imanlah Bonda Maria menjadi hamil melalui Roh Kudus; dan Elisabet dan Zakaria melahirkan Yohanes Pembaptis. Keimanan percaya, seperti malaikat Jibrael berkata, bahawa "tiada yang mustahil bagi Allah."

Sabtu, 7 April 2018
Minggu Paska Ke-2 Tahun B
Apakah cara hidup yang anda jalani sebagai seorang Kristian? Apakah jenis cara hidup yang harus dijalani oleh seorang Kristian? Ada yang sangka menjadi Kristian bermakna mengikuti perintah-perintah Allah, pergi ke gereja, mengelakkan cubaan atau dosa, kerap berdoa atau kerap membaca alkitab. Tetapi adakah ini hanya cara hidup yang harus dimiliki oleh seorang Kristian? Banyak perkara yang kita lakukan sebagai orang Kristian mungkin kelihatan baik, tetapi apa yang Yesus cuba memberitahu kita dalam pembacaan hari ini adalah cara hidup kita sebagai Kristian tidak boleh hanya tertumpu pada hubungan kita dengan Allah, tetapi kita diutus menjadi saksi keimanan kita di dalam komuniti dan sebagai satu komuniti. .Bagaimana kita hidup sebagai komuniti akan menunjukkan kepada orang lain maknanya menjadi pengikut Yesus di dunia.
Jika kita melihat pembacaan pertama, kita dapati bahawa komuniti Kristian yang awal “ sehati dan sejiwa, dan tidak seorangpun yang berkata, bahwa sesuatu dari kepunyaannya adalah miliknya sendiri, tetapi segala sesuatu adalah kepunyaan mereka bersama." Manfaat, kebaikan, dan keperluan komuniti adalah lebih penting daripada keperluan atau kehendak peribadi. Inilah cara mereka menunjukkan orang lain maknanya menjadi Kristian, dengan hidup sebagai sebuah komuniti dan bukannya hidup sendiri, terasing dan terpisah dari sesiapa saja dan semua orang. Adakah kita hidup sebagai komuniti bersatu, sehati dan sejiwa di gereja kita, dan bahkan di kawasan perumahan kita? Adakah kita mengambil berat keperluan orang lain sebelum diri kita? Atau adakah kita menjadi lebih menjaga kepentingan sendiri?Sekiranya kita enggan hidup sebagai komuniti, jika kita lebih suka mengelakkan orang lain dan tidak prihatin terhadap mereka, jika kita hanya mementingkan diri sendiri dan mereka yang kita sayangi, maka adakah kita menunjukkan cara atau sikap orang Kristian yang baik kepada orang lain?
Sesetengah daripada kita mungkin berfikir atau bahkan mengadu: "Tetapi hidup sebagai satu komuniti adalah sukar! Ada sesetengah orang yang amat susah untuk digembirakan. Saya disakiti dengan kata-kata orang!" Hakikatnya, hidup dalam komuniti tidaklah mudah, kerana di sini kita bukan berurusan dengan robot, orang kudus atau malaikat, tetapi dengan pelbagai jenis orang. Yesus tidak menjamin kita bahawa hidup sebagai komuniti adalah senang. Tetapi apa yang dikatakan Yesus kepada murid-murid dalam Injil hari ini? Dia berkata: ""Damai sejahtera bagi kamu!" Sungguhpun kesukaran dan cabaran hidup sebagai komuniti yang mungkin kita hadapi, Yesus menjamin kepada kita damai-Nya. Damai tidak bermakna bahawa tidak ada konflik atau kita mesti bersetuju pada segala-galanya. Damai bermakna mengiktiraf bahawa Allah yang sudah bangkit berada di tengah-tengah kita, dan mengetahui bahawa Yesus hadir dalam komuniti, walaupun kita menghadapi kesulitan, masalah, tidak bahagia dan konflik. Yesus tidak menyelesaikan semua masalah dan konflik yang mungkin kita hadapi dalam komuniti. Sebaliknya, Yesus memberi kita sesuatu yang lebih baik, iaitu kuasa, keupayaan dan peluang untuk mengampuni. Dalam Injil, Yesus menghembusi murid-muridNya dan berkata: "Terimalah Roh Kudus. Jikalau kamu mengampuni dosa orang, dosanya diampuni, dan jikalau kamu menyatakan dosa orang tetap ada, dosanya tetap ada."
Bila kita menganggap kita sebagai pengikut Yesus, maka kita harus belajar untuk mengasihi dan mengampuni orang lain seperti yang telah dilakukan-Nya untuk kita semua. Pengampunan adalah perlu kerana kita tidak hidup dalam komuniti yang sempurna dan juga kerana kita juga tidak sempurna.
Hari ini, marilah kita memperbaharui komitmen kita untuk menjadi saksi Yesus kepada dunia. Marilah kita belajar untuk melakukan tugas kita untuk membantu komuniti kita supaya ia menjadi komuniti yang penuh kasih-cinta dan sanggup ampun-mengampuni, jenis komuniti yang bersatu sebagai pengikut Yesus, dan bersatu dengan penuh kasih-cinta terhadap semua. Dengan cara demikianlah, iaitu melalui kasih-cinta kita, orang lain akan mengetahui bahawa kita adalah Kristian.

Ahad, 1 April 2018
Minggu Paska
Persekitaran kadang kala membawa kesan yang berlainan kepada orang yang berlainan. Orang yang berlainan menerima berita yang baik atau buruk dengan cara yang berbeza, dan dengan memerhati bagaimana mereka bertindak balas atau respon, kita dapat mempelajari lebih lanjut tentang orang lain dan belajar dari pengalaman, supaya, dengan harapan kita akan mengetahui apa yang harus dilakukan jika kita terlibat dalam situasi sebegitu. Malah dalam perjalanan iman kita, sama ada kita boleh bertumbuh dalam iman atau kekal pada keadaan kita sekarang bergantung pada respons kita terhadap situasi tertentu. Dalam Berita Baik hari ini, kita melihat 3 jenis watak yang respon dengan cara berlainan terhadap kubur itu pada pagi Paska pertama.
Watak pertama yang kita temui ialah Maria Magdalena yang pergi ke kubur ketika masih gelap. Dia mendapati batu yang menutupi kubur telah dialih dan tidak masuk. Mungkin dia takut, mungkin dia tidak pasti apa yang dijangka, tetapi tidak memasuki kubur itu, dia berlari ke Simon Petrus dan pengikut lain, yang dikasihi Yesus. Kadang-kadang kita juga seperti Maria Magdalena. Daripada terus masuk untuk melihat apa yang telah berlaku, kita memilih untuk melarikan diri. Kita tidak bersedia untuk pergi lebih jauh atau lebih mendalam kerana kita takut bahawa kita mungkin tidak dapat mencari apa yang kita harapkan atau kita takut bahawa kita tidak akan bersedia menghadapi apa yang ada di dalamnya. Tetapi jika kita tidak mengambil risiko dan memasuki kubur, kita akan sentiasa berdiri di luar berspekulasi, tertanya-tanya, meneka, tidak mengetahui kebenaran, seperti yang kita lihat dalam apa yang dikatakan Maria Magdalena dalam Injil: " Tuhan telah diambil orang dari kuburnya dan kami tidak tahu di mana Ia diletakkan. " Ada yang melalui hidup tanpa mengambil keputusan yang penting; atau mereka enggan melibatkan diri; atau mereka takut melibatkan diri dalam perhubungan yang mendalam kerana mereka takut atau tidak bersedia menghadapi perubahan yang mungkin berlaku. Namun melainkan jika kita bersedia mengambil risiko, melainkan jika kita bersedia untuk membuat komitmen itu, melainkan jika kita bersedia untuk pergi lebih dalam atau lebih jauh, kita akan sentiasa berada di luar dengan perasaan takut, ragu dan tidak pasti.
Seterusnya kita bertemu dengan Petrus. Dia dan murid yang lain berlari ke kubur setelah mendengar berita dari Maria Magdalena. Dia lebih lambat daripada murid yang lain. Mungkin sebab usianya dan dia tidak berupaya lari dengan pantas lagi atau mungkin dia juga takut akan apa yang dia temui di kubur itu. Walaupun Petrus masuk ke dalam kubur, dia kelihatan tidak mengerti dan bingung tentang apa yang telah terjadi, kerana Injil memberitahu kita: " Sebab selama itu mereka belum mengerti isi Kitab Suci yang mengatakan, bahwa Ia harus bangkit dari antara orang mati." Ada di antara kita yang mungkin seperti dia, kita teragak-agak, menangguh-nangguh, menunda-nunda, melengahkan masa atau tidak bersemangat. Kita melakukan ini kerana kita takut kebenaran yang boleh mencabar status quo kita; kita takut akan kesakitan, kehilangan maruah atau malu yang mungkin dibawa kerana kesilapan kita dan batasan kita mungkin terdedah; kita takut atau tidak bersedia menghadapi kelemahan atau kekurangan kita. Mungkin Petrus ada kemungkinan berfikir: Bagaimana jika Yesus sebenarnya sudah bangkit? Adakah Yesus akan menghukum atau menegurnya kerana tidak setia atau bersemuka dengannya terhadap penderhakaannya? Kemudian setelah melihat di dalam kubur, Petrus mungkin mendapati sukar untuk memahami apa yang berlaku; atau dia mungkin telah bimbang dan bingung tentang apa yang telah berlaku kepada Yesus. Bagi sesetengah orang, lebih baik berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku dan berharap tiada sesiapa pun tahu atau mengetahui; atau menjadi buta kepada kebenaran dan terus hidup di dunia kita sendiri. Tetapi melainkan jika kita bersedia dan sanggup untuk mengakui kesalahan kita dan menghadapi kegagalan kita dan bergerak ke hadapan, tidak akan ada pertumbuhan, tidak akan ada perubahan atau penambahbaikan, kita mungkin mengalami kebuntuan, kita mungkin menjadi beku dalam keimanan kita dan dalam perhubungan kita dengan Allah.
Akhirnya, kita bertemu dengan murid yang dikasihi oleh Yesus. Namanya tidak disebutkan sebab dia menunjukkan sikap dan teladan seorang pengikut, yang sanggup mengambil risiko, tidak takut dan sanggup bergantung kepada Allah, yang sanggup membuat komitmen, yang bersedia untuk menghadapi kebenaran, membuat perubahan dan bergerak ke hadapan. Kita diberitahu dalam Injil bahawa ketika dia memasuki kubur yang kosong, "ia melihatnya dan percaya."
Tatkala kita merayakan Minggu Paska, marilah kita bertanya kepada diri kita dengan jujur: apakah jenis pengikut yang telah kita jadi setakat ini? Adakah kita seperti Maria Magdalena? Adakah kita seperti Petrus? Atau adakah kita menjadi lebih seperti pengikut yang dikasihi oleh Yesus? Hakikatnya ialah: Yesus sudah bangkit, tetapi masih ada yang tidak sedar atau tidak ingin menerima atau mengakui fakta ini. Bagaimana dengan anda? Adakah anda masih terperangkap dalam perasaan khuatir dan takut memasuki kubur tersebut? Atau adakah anda bersedia untuk mengambil risiko, mengubah persepsi atau cara anda, dan membuat komitmen yang kuat untuk menjadi pengikut sejati Yesus?

Langgan:
Catatan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...