Apa yang kita maksudkan apabila kita mengatakan bahawa kita mengasihi? Adakah kita benar-benar mengasihi orang lain? Adakah kita mengasihi saudara dan saudari kita? Adakah kita menunjukkan iman Kristian kita dengan menjalani kehidupan kasih cinta dalam keluarga kita, BEC, komuniti, kawasan perumahan, dan di gereja? Selain orang dalam komuniti Kristian kita, adakah kita juga menunjukkan kasih sayang kepada orang lain yang bukan Kristian? Mudah untuk mengatakan kita mengasihi, tetapi adakah kita maksudkan apa yang kita katakan melalui tindakan kita, atau adakah kata-kata kita tidak lebih daripada sekadar kata-kata? St Yohanes dalam pembacaan kedua hari ini mengingatkan kita: " marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran."
Tetapi kita tidak mungkin benar-benar mengasihi orang lain, kecuali kita berada dalam Kristus. Injil hari ini mengingatkan kita bahawa Kristus adalah pokok anggur dan kita adalah ranting-rantingnya, dan " Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa. " Tidak mungkin kita mengasihi tanpa syarat dan sepenuhnya dengan usaha kita sendiri, kerana kita hanya boleh mengasihi sedemikian jika kita berada dalam cinta Allah.
Terdapat sesetengah orang yang berfikir bahawa mereka boleh mengasihi tanpa Allah, tetapi kerap kali tidak, kasih sedemikian semata-mata akan menjadi percubaan yang tidak berkesan atau tidak mencukupi. Kita melihat perhubungan terputus antara kawan dan pasangan, sebab tiadanya kasih Allah dalam hidup kita. Ini adalah kerana kasih cinta yang kita lalukan adalah tidak sempurna, kita mengasihi kerana kita mengharapkan untuk menerima cinta atau sesuatu sebagai balasan. Kasih sejati adalah apabila kita dapat mengasihi sepenuhnya, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bolehkah kita mencapai kasih sejati itu dengan sendiri? Tidak. Hanya Allah yang dapat mengasihi sepenuhnya, dan kita hanya dapat mengasihi cara Allah mengasihi kita ketika kita berhubung dan berada dalam-Nya.
Kasih cinta tidak bermakna kita hidup di tempat khayalan, di mana tidak ada konflik atau masalah. Kasih tidak bererti bahawa orang lain akan suka atau menghargai kasih kita. Ambil contoh St. Paulus dalam pembacaan pertama hari ini. Dalam bacaan pertama, Paulus, yang kemudian dikenali sebagai Saulus, pergi bersama-sama dengan murid-muridnya, " dengan keberanian mengajar dalam nama Tuhan." Tidak semua orang gembira dengannya dan ada juga yang cuba membunuh dia, tetapi kerana dia berada dalam Kristus dan telah mengalami kasih Allah, dia sanggup mengharungi cabaran dan kesulitan untuk membawa Berita Baik Allah kepada semua orang. Kasih tidak bermakna kita mesti menjadi popular, tetapi ia bermakna kita mesti melakukan apa yang betul, apa yang benar, apa yang adil, dan apa yang dikasihi, walaupun itu bermakna kita akan menjadi tidak popular atau tidak disukai.
Hari ini, sesetengah kita mungkin mengalami kesukaran dan ujian ketika kita cuba menunjukkan kasih kita terhadap orang lain. Tetapi sebagaimana Yesus mengingatkan kita: " setiap ranting yang berbuah, dibersihkan-Nya, supaya ia lebih banyak berbuah." Kita sedang dipangkas, supaya kita akan tumbuh dan kekal dekat dengan Yesus. Dengan cara ini, kita akan menjadi lebih kuat dan menjadi saksi sebenar kasih Allah kepada semua orang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan