Biasanya, apabila seorang wanita yang sudah berkahwin mendapati dirinya mengandung, dia akan sangat bahagia, kerana dia dan suaminya mungkin telah cuba beberapa kali untuk hamil. Mungkin ada minggu-minggu yang penuh dengan harapan dan dugaan; menyediakan pakaian untuk bayi baru; menyediakan semua yang diperlukan; tetapi yang bakal menjadi ibubapa akan teruja dan sanggup membuat persediaan. Apabila anak itu dilahirkan, seisi keluarga akan sangat gembira dan bangga dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga.
Namun bayangkan seketika, seorang wanita diberitahu bahawa dia akan menjadi hamil dan dia telah bertunang. Pertunangan bermakna lelaki dan wanita itu terikat secara sah antara satu sama lain walaupun mereka tidak dapat hidup bersama sehingga perkahwinan itu dijalankan. Di Israel, seorang wanita yang tidak setia dalam pertunangan akan mati dibaling batu. Justeru, apabila malaikat Jibrael berkata kepada Bonda Maria, "Janganlah takut," dan kemudian menjelaskan bahawa Bonda Maria akan melahirkan Yesus, di mana bapanya ialah Roh Kudus. Bonda Maria mungkin terbingung dan tergamam. Dia tahu dia akan menghadapi pelbagai umpatan dan pandangan yang menjijikkan tetapi apakah respons Bonda Maria kepada malaikat Jibrael? Bonda Maria hanya berkata: "Biarkanlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan." Responnya adalah iman. Dia percaya . Kita melihat betapa kuatnya iman dia, kerana dia sanggup menghadapi risiko mati untuk mematuhi Allah.
Sejak kebelakangan ini, ada sesetengah di antara kita yang mungkin tertarik dengan perkara-perkara yang diberi keterangan mengikuti cara saintifik. Sesetengah daripada kita mungkin berfikir bahawa sains boleh menjelaskan dan membuktikan banyak perkara. Tetapi terdapat juga banyak contoh di mana sains tidak boleh menerangkan atau membuktikan. Iman bermakna percaya walaupun sains tidak dapat menjelaskan atau membuktikan. Oleh kerana imanlah Bonda Maria menjadi hamil melalui Roh Kudus; dan Elisabet dan Zakaria melahirkan Yohanes Pembaptis. Keimanan percaya, seperti malaikat Jibrael berkata, bahawa "tiada yang mustahil bagi Allah."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan