Apakah jenis motivasi yang kita miliki apabila kita diberi tugas untuk dilakukan? Sesetengah orang akan melakukan tugas kerana atas dasar ia merupakan tugas mereka dan mereka mengharapkan bayaran yang baik dan menerima lain-lain bentuk ganjaran bagi kerja yang dilakukan. Orang seperti ini boleh didorong dengan pendapatan yang lebih baik, jaminan pekerjaan yang lebih baik, prospek mendapat kenaikan jawatan yang lebih baik, atau bahkan kelulusan dan pengiktirafan dari orang lain, terutamanya dari rakan-rakan dan majikan. Tetapi jika apa yang perlu dilakukan tidak begitu menarik, atau tidak ramai yang ingin lakukan, atau tidak membawa sebarang manfaat? Adakah anda masih sanggup melakukannya?
Dalam Injil hari ini, Yesus memberitahu kita bahawa Dia adalah gembala yang baik. Dia juga membuat perbandingan antara gembala yang baik dan yang diupah. Adakah Yesus cuba memberitahu kita bahawa orang upahan, atau orang yang dibayar untuk melaksanakan tugas, adalah buruk atau tidak baik dalam apa cara sekali pun? Tidak! Yesus tidak menumpukan pada pembayaran, kerana dari semasa ke semasa kita mendengar orang upahan yang komited sama seperti gembala yang baik. Apa yang Yesus lebih fokus adalah sikap dan tahap komitmen gembala. Itulah aspek utama yang Yesus ingin bezakan. Kenapa begitu? Kita harus sedar bahawa kambing biri-biri agak berbeza dari binatang lain. Binatang atau haiwan biasanya mempunyai ketua di mana mereka boleh ikuti dan bergantung kepada. Bagi kebanyakan haiwan lain seperti monyet, harimau atau singa, haiwan ini boleh menjadi pemimpin atau pengikut. Tetapi bukan kambing biri-biri. Kambing biri-biri tidak dapat memimpin kambing biri-biri lain tetapi bergantung kepada gembala untuk terus hidup. Sekiranya kambing biri-biri ditinggalkan sendirian, mereka mungkin akan dilanda masalah dengan mudah dan cepat.
Kita bertembung dengan banyak kambing biri-biri dalam masyarakat kita yang tidak dapat menjaga diri mereka sendiri. Dalam kes ini, kita memerlukan seseorang untuk membimbing mereka. Orang itu adalah gembala. Sesetengah “gembala” dibayar untuk menjaga kambing biri-biri dan mereka dipanggil orang upahan, terutamanya kerana mereka hanya melakukan pekerjaan dan mereka lebih tertarik dengan ganjaran yang baik dan faedah lain. Sekiranya ditimpa masalah, misalnya seekor serigala, rubah atau beruang sedang menyerang kambing biri-biri, orang seperti ini mungkin akan melarikan diri, kerana mereka tidak berani mati demi seekor haiwan. Tetapi jika gembalalah yang sanggup menjaga kambing biri-biri tersebut, mereka mempunyai lebih peluang untuk terus hidup, sebab gembalalah yang sanggup mati untuk mempertahankan kambing biri-birinya. Bagi seorang gembala yang baik, menjaga kambing biri-biri bukan untuk wang atau mendapat pengiktirafan atau populariti, ia menjadi satu panggilan atau vokasi.
Oleh itu, kita perlu bertanya pada diri kita dengan jujur : Adakah kita menjadi lebih materialistik dan mementingkan diri sendiri, keinginan dan keperluan kita telah diutamakan mengatasi keperluan masyarakat dan gereja paroki kita? Adakah kita hanya inginkan paderi dan biarawati menjadi gembala, dan kita tidak perlu buat apa-apa? Atau adakah kita mulai menjadi lebih seperti gembala yang baik, melakukan tugas kita untuk menjaga kawanan kambing biri-biri itu dan sanggup melakukan pengorbanan untuk kebaikan semua orang?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan