Sabtu, 25 Ogos 2018

Minggu Biasa Ke-21 Tahun B

Mudahnya berkata-kata. Orang boleh bercakap banyak perkara, tetapi apa yang mereka katakan, tidak semestinya apa yang dimaksudkan. Sebagai contoh, kita mendengar pelbagai janji yang dibuat oleh para pemimpin tertentu sebelum suatu pilihan raya, tetapi apabila pemimpin tersebut telah memenangi pilihan raya, adakah dia akan komited dalam menggotakan janji-janji yang dibuat? Sesetengah orang mungkin cuba melakukannya dengan sedaya upaya, tetapi seperti yang kita lihat, ada orang yang hanya tahu bercakap, tetapi tidak melakukan apa-apa pada akhirnya. Dalam Bahasa Malaysia, kita panggil orang seperti itu "cakap tak serupa bikin."

Bagaimana dengan kita sebagai orang Kristian? Kita diajar untuk mengasihi Allah dan cinta kasih terhadap sesama. Tetapi adakah kita mengasihi Allah dan cinta kasih terhadap sesama hanya dengan perkataan dan tidak lebih dari itu? Mudah-mudahan kita sebagai orang Kristian akan mengatakan bahawa kita mengasihi Allah dan cinta kasih terhadap sesama bukan sahaja dalam kata-kata, tetapi terutamanya dalam tindakan kita, dalam tingkah laku kita dan dalam kelakuan kita. Sekiranya kita mengasihi seseorang, terutamanya jika seseorang itu adalah teman wanita atau teman lelaki kita, kita akan cuba untuk berjumpa orang itu seberapa kerap yang mungkin, dan kita juga akan cuba bersama orang tersebut sekerap mungkin. Kita menggelar ini sebagai "dating" (atau seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang, memperoleh "ijazah dalam 'paktorlogi') dan sesetengah orang boleh melakukan banyak usaha untuk" dating" bagi tempoh masa tertentu, supaya kedua-duanya saling mengenali antara satu sama lain sebelum memutuskan untuk berkahwin. Namun sangat menarik untuk diperhatikan bahawa, apabila bercakap mengenai mengasihi Allah, berapa ramaikah di antara kita yang berusaha untuk pergi ke gereja untuk meluangkan masa denganNya? Apabila kita tidak menyukai seseorang, kita akan mencari cara dan jalan untuk mengelak atau menjauhi orang itu. Tetapi sekiranya ada di antara kita yang telah membuat pelbagai alasan atau datang ke gereja hanya ketika dan bila kita senang, tidakkah itu bermakna kita tidak menyukai Allah? Semestinya jika kita mengatakan bahawa kita mengasihi Allah, maka kita harus berusaha untuk berjumpa dengan Dia sekerap mungkin.

Sekiranya kita mengatakan bahawa kita mengasihi Allah, maka bagaimanakah kita menunjukkannya? Injil mengingatkan kita bahawa kita mesti kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Ini bermakna kita mesti melayani Dia dan hanya Dia saja, dan kita tidak boleh mempunyai tuhan-tuhan lain selain Dia. Kesemua ini terdengar seperti baik semasa keadaan kita baik, tetapi apabila kita mengalami masalah atau keadaan yang tidak baik, adakah kita bergantung kepada Allah untuk bantuan, atau adakah sesetengah kita mencari bomoh atau cara lain untuk bantuan? Jika kita mengatakan bahawa kita mengasihi Allah, tetapi kita pergi ke cara lain untuk bantuan ketika kita dalam keadaan memerlukan atau dalam masalah dan Allah tampaknya tidak menjawab permintaan kita untuk bantuan, maka kita berbohong. Kita melacurkan diri kita ke cara lain, kita melakukan perzinaan, kerana sebenarnya, kita tidak benar-benar mengasihi Allah. St Paulus dalam bacaan kedua memberi kita contoh pasangan suami isteri untuk menggambarkan hubungan antara Allah dan kita. Jika kita berdoa kepada tuhan-tuhan lain; jika kita berpaling kepada tuhan-tuhan lain atau cara lain untuk bantuan; maka kita telah melakukan perzinaan terhadap Allah seperti bagaimana sesetengah kita berzina terhadap pasangan kita apabila kita tidak setia kepada mereka.

Inilah sebabnya mengapa kita perlu mengambil komitmen untuk mengasihi Allah secara sepenuhnya. Kita perlu mengekalkan kesetiaan dan tetap taat kepada Allah tidak kira sama ada keadaan baik atau tidak baik. Dalam Injil hari ini, ramai pengikut Yesus meninggalkan Dia kerana mereka tidak dapat menerima ajaranNya. Jika kita mengatakan bahawa kita mengasihi Allah, maka kita mesti menerima ajaranNya. Kita tidak boleh pilih untuk percaya hanya apa yang sesuai kepada kita atau yang membuat kita selesa. Kita mesti menerima Allah sepenuhnya, dan bukan mengikut sangkaan kita. Kita mesti memilih Allah dan bukan tuhan lain, tidak kira sama ada wang, kekayaan, kemasyhuran, kuasa, atau dewa-dewa lain. Hubungan ini yang kita ada dengan Allah juga harus dicerminkan dalam keluarga dan masyarakat kita. Adakah kita menunjukkan cinta kasih kita kepada suami atau isteri dan ahli keluarga kita dalam cara kita menunjukkan cinta kasih kita kepada Allah? Adakah kita menunjukkan cinta kasih kepada anak-anak kita dengan cara yang sama seperti Allah mengasihi kita? Sekiranya kita tidak benar-benar mengasihi Allah dan mengasihi orang lain seperti cara Allah mengasihi kita, maka apakah jenis kehidupan orang Kristian yang kita jalani? Adakah kita tidak berlaku hipokrit, "cakap tak serupa bikin," hanya tahu bercakap dan tidak melakukan apa yang kita katakan?

Hari ini, marilah kita berdoa agar Allah akan menguatkan iman kita kepada-Nya dan juga memperkuat hubungan kita antara satu sama lain terutamanya dalam keluarga dan masyarakat. Marilah kita tidak hanya berdoa, tetapi juga mengambil tindakan, melakukan bahagian kita, dan benar-benar mengasihi dan memaafkan orang lain. Semoga kita maksudkan apa yang kita katakan, dan katakan apa yang kita maksudkan, serta melakukan segala yang kita mampu untuk menunjukkan cinta kasih kita kepada Allah dan orang lain.

1 ulasan:

  1. Harrah's Casino Hotel - Mapyro
    Harrah's Casino Hotel 밀양 출장샵 in Biloxi MS is a 298-room 계룡 출장마사지 hotel with 2144 rooms. 서산 출장마사지 It is situated in Biloxi and is 경상남도 출장샵 owned by Vici Properties. 김천 출장안마 It has a total of 4,176 rooms

    BalasPadam

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...