Jumaat, 30 Disember 2016

Keluarga Kudus

Keluarga hari ini berada di bawah ancaman yang serius. Kita melihat banyak dan semakin banyak keluarga menjadi retak. Kita melihat komunikasi bersemuka kurang mengambil tempat; suami dan isteri tidak bercakap antara satu sama lain; kanak-kanak tidak bercakap dengan ibu bapa atau adik-beradik mereka. Daripada bercakap, mereka lebih suka pada teks dan menghantar mesej, kerana mereka menjadi lebih dan semakin bergantung pada telefon pintar, WhatsApp, Facebook serta gadjet dan "gizmos" lain untuk berkomunikasi. Kita melihat peningkatan besar dalam kadar perceraian, kerana sesetengah orang tidak bahagia dalam perkahwinan mereka dan sebalik mencari bantuan atau berusaha untuk mengekalkan perkahwinan mereka, mereka pergi tempat lain untuk mencari cinta dan ketenangan. Kita melihat kanak-kanak ditinggalkan bersendirian di rumah atau di bawah jagaan datuk dan nenek, pembantu rumah atau pengasuh, kerana ibu bapa bekerja lewat atau memilih hidup di luar dan menikmati kehidupan mereka. Kita melihat ibu bapa yang tua ditinggalkan atau ditempatkan di rumah penjagaan dan jarang dikunjungi, kerana sesetengah orang mendapati sukar untuk menjaga mereka (walaupun ibu bapa kita telah membuat pengorbanan untuk menjaga kita tatkala kita masih kecil, sebahagian daripada kita tidak sanggup untuk melakukan perkara yang sama apabila mereka sudah tua). Sesetengah ibu bapa telah pun berputus asa atau tidak mempunyai kesabaran untuk mengajar anak-anak mereka, lebih suka untuk mencuci tangan mereka, lepas tangan (membiarkan orang lain melakukan kerja-kerja kotor mereka) dan menolak tanggungjawab mereka kepada orang lain.

Semua ini mungkin kedengaran seakan situasi yang tiada harapan. Adakah ini bermakna bahawa tidak ada harapan untuk keluarga orang Kristian? Adakah keluarga orang Kristian musnah? Tidak. Masih ada harapan, jika kita bersedia untuk menjadikan Allah dan iman kita pusat kehidupan kita semula. Hari Raya Keluarga Kudus, yang kita raikan hari ini, mengingatkan kita bahawa tidak ada istilah tiada harapan. Keluarga Kudus bukan keluarga yang sempurna. memandangkan mereka juga mempunyai masalah mereka; tetapi apa yang membezakan mereka daripada keluarga lain adalah kepercayaan mereka kepada Allah. Mereka faham bahawa sebuah keluarga tidak akan dapat benar-benar berkembang sebagai sebuah keluarga, tanpa Allah menjadi pusat. Apabila kita menjadikan Allah pusat kehidupan kita, adakah ini bermakna kita tidak akan mempunyai apa-apa masalah?Tidak. Tetapi kita tahu bahawa Allah akan menjaga kita dan tidak meninggalkan kita. Masalah yang kita hadapi menjadi lebih mudah untuk diurus, memandangkan Allah berada dalam kawalan.

Hari ini, kita bersyukur kepada Allah bagi ramai keluarga di sekeliling kita. Setiap keluarga adalah hadiah berharga daripada Allah, dan tidak harus dipandang ringan. Marilah kita mempersembahkan setiap keluarga kepada Allah dan berdoa agar setiap keluarga akan lebih berusaha untuk membiarkan Tuhan menjadi pusat kehidupan mereka. Apa sahaja halangan dan masalah yang kita hadapi dalam kehidupan kita dan di dalam keluarga kita, janganlah kita berputus asa atau menyerah. Marilah kita membiarkan Tuhan berada dalam kawalan di dalam keluarga kita, supaya dengan bantuan dan bimbingan-Nya, kita akan dapat melakukan dan mencapai semua perkara demi kemuliaan-Nya.

Ahad, 25 Disember 2016

Misa Hari Krismas

Pada masa sekarang kita mendengar perkataan "kasih" telah dipakai dan disalahgunakan secara berleluasa. Kadang-kadang orang menukar ganti perkataan "suka" atau "menikmati" dengan perkataan "kasih." Sebagai contoh, seseorang boleh mengatakan "Saya mengasihi aiskrim" tetapi sebenarnya bermakna "saya suka atau menikmati ais krim." Atau mungkin seseorang boleh mengatakan "Saya mengasihi beli-belah" tetapi sebenarnya bermaksud "Saya suka pergi membeli-belah." Perkataan "kasih" amat kerap digunakan menggantikan perkataan "suka" atau "menikmati" bagi perkara-perkara yang semata-mata menyenangkan, tetapi membangkitkan tiada perasaan kehangatan atau keinginan yang besar. Penggunaan perkataan "kasih" yang menjadi kebiasaaan ini untuk meluahkan perasaan lain mengurangkan dan memurahkan (merendahkan) maksud sebenar dan potensi kasih dalam erti kata sebenar.

Walaupun sesetengah daripada kita mungkin tidak memahami atau menghayati sepenuhnya perkataan "kasih," Allah telah menunjukkan kepada kita dalam pelbagai cara makna sebenar perkataan "kasih." Hari ini kita menyambut Hari Krismas dan hari ini, " Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih kurnia dan kebenaran." "Firman" ini adalah Yesus Kristus yang datang "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal." Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita bersedia untuk mengasihi orang lain dengan ikhlas, sebagaimana Allah mengasihi kita tanpa syarat? Marilah kita membawa kegembiraan Krismas, menyebarkan damai, kasih sayang dan muhibah kepada semua orang.

Sabtu, 24 Disember 2016

Malam Menjelang Krismas - Misa Tengah Malam

Sebahagian besar daripada kita tidak akan ingin bersendirian semasa musim Krismas. Kita ingin untuk bersama keluarga, rakan-rakan, orang yang kita sayangi dan berkongsi kegembiraan Krismas dengan mereka. Namun, ada sesetengah daripada kita yang, atas sebab tertentu atau yang lain, mungkin tidak ada peluang untuk bersama keluarga, rakan-rakan, orang yang disayangi.

Apabila kita keseorangan pada masa ini, bagaimanakah perasaan kita? Apabila Yesus dilahirkan, Dia juga keseorangan. Hanya ibu bapanya berada di sana untuk menyambut-Nya. Orang pertama yang mengetahui mengenai kelahiran-Nya adalah gembala-gembala, yang juga bersendirian di padang dengan kawanan ternak mereka. Gembala-gembala dianggap najis, menurut undang-undang Yahudi, kerana mereka mempunyai hubungan dengan pelbagai haiwan. Walau bagaimanapun, apa yang menghairankan adalah malaikat-malaikat yang datang untuk mengumumkan kelahiran Raja segala raja kepada mereka. Kita sering berfikir bahawa apa-apa pengumuman patut dibuat kepada raja-raja, yang berkuasa, yang kaya ... Tetapi kepada gembala-gembala? Namun, gembala-gembala ini adalah yang pertama untuk tahu dan yang pertama untuk melawat Raja kita yang baru dilahirkan.

Pandanglah sekeliling kita ... Adakah kita terlihat orang yang bersendirian di sekeliling kita? Adakah kita menjemput mereka untuk berkongsi kegembiraan Krismas di rumah kita? Adakah kita membawa kegembiraan Krismas kepada mereka, jika mereka tidak dapat datang menyertai kita? Kita mungkin telah menerima banyak pemberian atau hadiah untuk Krismas. Adakah kita bersedia untuk menawarkan pemberian dan hadiah kepada orang lain di sekeliling kita, terutamanya mereka yang bersendirian, terpinggir, menderita, dan sebagainya? Dalam sukaria dan kegembiraan kita, kita mungkin lupa orang di sekeliling kita yang keseorangan. Kita mungkin lupa makna sebenar Krismas: kelahiran Tuhan kita, Yesus Kristus. Kita mungkin telah dipengaruhi oleh godaan duniawi seperti memberi hadiah antara satu sama lain, 'santa claus', 'santarina', 'frosty the snowman' dan sebagainya. "Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, iaitu Kristus, Tuhan." Marilah kita membawa kegembiraan Krismas kepada semua orang di sekeliling kita dan kita sebagai satu jemaat bergembira akan kelahiran-Nya.

Sabtu, 17 Disember 2016

Minggu Adven Ke-4 Tahun A

Apa ada pada nama? Sebagai bakal ibu bapa, ia adalah penting untuk berfikir dengan teliti dan mengambil kira kesan daripada memberi anak anda nama tertentu. Kadang-kadang, kita mungkin tidak sedar akan makna nama dan apa maknanya mengikut bahasa yang berbeza. Sebagai contoh, seseorang yang dinamakan Ho Chin Chai yang ternyata mempunyai nama yang lurus bendul, tetapi dalam bahasa Hokkien, "Ho" bermaksud "sangat" dan "Chin Chai" berbunyi seperti "cincai" dalam Bahasa Malaysia, yang bermaksud "sebarangan"; "bersahaja"; "melakukan sesuka hati"; "tanpa berfikir" atau "secara rawak". Satu lagi contoh ialah jika seseorang mempunyai nama keluarga "Chan" dan mempunyai nama yang diberi seperti "Bella" atau "Isabella." Orangnya kemudian akan dikenali sebagai "Bella Chan" atau "Isabella Chan." Bunyi seperti nama yang ok, tetapi jika anda melihat dalam Bahasa Malaysia, nama itu akan menjadi "belacan" atau "adalah belacan"! "Belacan" adalah pes udang atau sos udang, bahan yang biasa digunakan dalam masakan Asia Tenggara dan masakan orang Cina Selatan. Ia menjadi agak memalukan jika seorang guru atau seseorang akan memanggil, "Belacan, datang jumpa saya sekarang." Maka, ia penting untuk memilih nama dengan bijak, jika tidak, seseorang mungkin menghadapi cemuhan, ejekan dan rasa malu seumur hidup.

Sebagai umat Katolik, kita juga dinasihatkan untuk memilih nama pembaptisan dan / atau nama sakramen penguatan dengan bijak. Kita digalakkan untuk memilih nama seorang kudus (santo), seorang yang kita boleh ikuti dan contohi. Dalam Injil hari ini, malaikat Tuhan menyuruh Yusuf untuk menamakan anak itu Yesus, "kerana Dialah yang akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka." Nama 'Yesus' bermakna 'Tuhan menyelamatkan.' Sepanjang Injil, kita akan melihat bahawa Yesus benar-benar hidup seperti namanya sebagai penyelamat dan penebus kita. Yesus juga dikenali, dalam Bacaan Pertama hari ini dan Injil sebagai "Imanuel, nama yang bererti 'Allah menyertai kita." Allah telah mengambil inisiatif untuk datang dekat kepada kita dan telah menjadi salah seorang daripada kita, daripada kita cuba untuk datang dekat kepada-Nya.

Melihat betapa pentingnya untuk kita memilih suatu nama dengan bijak, marilah kita merenung nama yang diberi kepada kita. Adakah ia nama seorang santo? Adakah kita hidup seperti nama kita dengan mengikut dan mencontohi teladan santo? Nama kita bukanlah perkara remeh atau "cincai". Semoga Allah membantu kita untuk menjadi sesuai disanjung dengan nama yang diberikan kepada kita.

Sabtu, 10 Disember 2016

Minggu Adven Ke-3 Tahun A

Kita hidup dalam dunia di mana segala-galanya mesti dilakukan dengan pantas. Kita ada ATM untuk wang segera, kita ada kad kredit untuk kredit segera, kita ada kopi segera, mi segera, ini segera, itu segera.Namun terdapat juga banyak situasi di mana kita perlu menunggu, harus bersabarlah. Sebagai contoh, bayi tidak dikandung dan dilahirkan dalam sehari atau seminggu. Ia mengambil masa kira-kira 9 bulan menunggu dan persediaan. Tiada siapa yang mendapat ijazah selepas cuma satu kelas. Kebanyakan orang perlu belajar 2 atau 3 tahun untuk ijazah asas. Membina sebuah rumah tidak dapat disiapkan terlalu cepat. Kita perlu memastikan asas yang kuat dan telah terbukti selamat sebelum pembinaan bangunan itu boleh dimulakan. Apabila kita makan, kita tidak boleh menyumbat segala-galanya ke dalam mulut dan menelan sekaligus. Padahnya, kita mungkin tercekik atau mendapatkan senak.

Malah, menunggu untuk kedatangan Tuhan memerlukan kita untuk bersabar. Dalam bacaan pertama, kita diberitahu: "Lihatlah, Allahmu akan datang dengan pembalasan dan dengan ganjaran Allah. Ia sendiri datang menyelamatkan kamu!" Bilakah TUHAN datang untuk menyelamatkan kita? Kita tidak tahu. Oleh itu, kita perlu bersabar. Dalam bacaan kedua, kita diingatkan: "Saudara-saudara, bersabarlah sampai kepada kedatangan Tuhan.... Kamu juga harus bersabar dan harus meneguhkan hatimu, kerana kedatangan Tuhan sudah dekat!" Di sini, kita perlu bersabar dan tidak berputus asa. Injil hari ini juga bergema mengenai keperluan kita untuk bersabar dan tidak berputus asa, kerana Yesus memberitahu kita: "Berbahagialah orang yang tidak menjadi kecewa dan menolak Aku."

Melihat bahawa kita perlu bersabar dan tidak berputus asa, marilah kita membuat pilihan. Kita boleh memilih untuk percaya kepada Tuhan, atau kita boleh memilih untuk melakukan sesuatu dengan cara kita. Apa pun pilihan yang kita mungkin ingin buat, kita mesti bersedia untuk menghadapi akibatnya.

Khamis, 8 Disember 2016

Bonda Maria Dikandung Tanpa Noda

Hari ini kita meraikan Pesta Bonda Maria Dikandung Tanpa Noda. Dalam pembacaan hari ini, kita melihat respons Adam yang tidak taat dan bersembunyi dalam rasa takut dan malu. Sebaliknya, kita melihat Maria yang respons sebagai seorang murid dan berkata, " Sesungguhnya aku ini adalah hamba Tuhan; jadilah padaku menurut perkataanmu itu."

Maria mempercayai Allah sepenuhnya walaupun dia meragui dan takut akibatnya mengatakan ya kepada Allah. Walaupun terdapat bahaya dan cabaran yang akan dihadapi, dia masih berkata ya. Dia adalah murid yang setia, yang pertama percaya kepada Yesus, yang pertama menerima Dia dan memberikan daging kepada Tubuh-Nya.

Maria berkata ya kepada malaikat, ya kepada kehidupan yang tidak pernah ia harapkan, ya kepada pedang yang akan menembus hatinya, ya kepada salib, ya kepada masa depan yang tidak diketahui di hadapannya dan selalu ya kepada Anaknya. Allah sentiasa mencari kita, untuk mengasihi kita, menjaga kita. Apabila Allah memanggil kita ketika dia memanggil Adam "Di mana kamu"? Bagaimana kita respons? Adakah kita bertindak seperti Adam, malu dengan dosa-dosa kita dan bersembunyi dalam ketakutan, dengan harapan bahawa Allah akhirnya akan meninggalkan kita bersendirian dan membiarkan kita begitu sahaja, atau kita respons seperti yang dilakukan Maria, mengatakan " Sesungguhnya aku ini adalah hamba Tuhan; jadilah padaku menurut perkataanmu itu."

Marilah kita melihat Maria sebagai model pemuridan, dan merenung respons kita sendiri kepada panggilan Tuhan. Adakah kita selektif dalam respons kita, mengambil dan memilih hanya yang sesuai dengan kita? Atau adakah kita berusaha keras untuk menjadi seperti Bonda Syurgawi kita, Maria, yang memberikan semuanya, memberi kita inspirasi untuk memberikan semua untuk kemuliaan Allah yang lebih besar?

Sabtu, 3 Disember 2016

Minggu Adven Ke-2 Tahun A

Apabila kita telah dibaptis semasa bayi, atau kanak-kanak, atau orang dewasa, adakah berlaku sebarang perubahan dalam kehidupan kita? Sesetengah daripada kita mungkin berfikir bahawa pembaptisan bermakna kita menjadi anak angkat Allah, tetapi adakah kita benar-benar mengetahui apa maknanya?

Dalam Injil hari ini, kita lihat Yohanes dibaptiskan. Pembaptisannya merupakan pembaptisan taubat, dan dengan taubat kita perlu betul-betul berubah, bertukar sepenuhnya dan ditransformasi semula. Penukaran sepenuhnya bermakna kita tidak lagi boleh menjadi separa, kita perlu membuang apa-apa bentuk prejudis, diskriminasi dan sikap tidak bertoleransi. Dalam Bacaan Pertama, kita melihat bagaimana semua makhluk hidup dengan aman dan harmoni. Mereka tidak merosakkan, tidak mengancam, pada seluruh gunung suci Allah. Dalam Bacaan Kedua, kita diingatkan bahawa "Sebab itu terimalah satu akan yang lain, sama seperti Kristus juga telah menerima kita, untuk kemuliaan Allah."

Melihat bagaimana kita sepatutnya berkelakuan sebagai orang Katolik yang telah dibaptiskan dan sebagai anak angkat Allah, marilah kita meneliti diri kita sendiri. Adakah kita melayan orang lain dengan adil dan saksama? Adakah kita menganggap diri kita bersatu sebagai orang Katolik, dan bukan hanya tertumpu dalam kumpulan etnik tertentu atau bahasa? Adakah kita mampu untuk menjaga dan mengasihi orang lain tanpa melihat warna kulit, bahasa, atau paras rupa? Apabila kita menyanyi, "They will know we are Christians by our love, by our love, yes they'll know we are Christians by our love," aadakah kita menyedari signifikan apa yang kita nyanyi dan adakah kita benar-benar bermaksud dengan apa yang kita nyanyi? Jika kita menganggap diri kita sebagai anak angkat Allah, maka mungkin kita perlu membuat lebih banyak usaha untuk melayan orang lain sebagai sebahagian daripada keluarga Tuhan, dan bukan sebagai orang yang tidak dikenali.

Sabtu, 26 November 2016

Minggu Adven Pertama Tahun A

Sesetengah daripada kita mungkin telah tertidur untuk seketika waktu. Sebalik berkembang dalam iman dan dalam hubungan dengan Allah, kita mungkin telah dorman atau tidak aktif. Ada yang melakukan minimum dan seolah-olah memberi tumpuan lebih pada kekayaan, kejayaan, kemasyhuran, kemewahan, dan sebagainya di dunia ini. Tetapi untuk berapa lama kita boleh berada dalam keadaan mengantuk ini? Kita mungkin terjaga dari segi fizikal, tetapi adakah kita benar-benar terjaga dari aspek rohani?

Tatkala kita memulakan Tahun Liturgi yang baru pada Minggu Adven Pertama ini, dan ketika kita bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada tahun ini, marilah kita mengambil peluang ini, seperti Bacaan Kedua memberitahu kita hari ini, untuk mengubah kehidupan kita dan " saatnya telah tiba bagi kamu untuk bangun dari tidur sebab sekarang keselamatan sudah lebih dekat; marilah kita menanggalkan perbuatan-perbuatan kegelapan dan mengenakan perlengkapan senjata terang! Marilah kita hidup dengan sopan, seperti pada siang hari."

Sepanjang tahun ini, kita perlu bertanya kepada diri kita dengan teliti dan jujur: ​​sudahkah kita berubah dan menjadi orang yang lebih baik? Adakah kita menjadi lebih dekat kepada Allah? Adakah kita belajar untuk menjadi lebih pengampun dan penyayang? Adakah kita belajar untuk menjadi lebih sabar, terutama terhadap keluarga kita, orang tersayang, orang tua, dan sebagainya? Jika kita gagal dalam salah satu atau yang lain untuk memperbaiki diri dalam mana-mana bahagian ini dan banyak lagi, marilah kita bangun dan mengambil kira/menitik berat kehidupan kita.

Yesus memberi amaran kepada kita dalam Injil hari ini untuk "berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu pada hari mana Tuhanmu datang" dan kita "siap sedia, kerana Anak Manusia datang pada saat yang tidak kamu duga." Adakah kita akan membiarkan diri kita terperangkap di luar pengawalan? Atau adakah kita telah membuat persiapan rohani untuk bertemu dengan Allah kita yang penyayang?

Janganlah kita melepaskan banyak peluang yang diberikan kepada kita untuk berkembang secara rohani, supaya kita tidak mendapati diri kita ketinggalan dan hanya diri kita untuk dipersalahkan.

Sabtu, 19 November 2016

Kristus adalah Raja Tahun C.

Bagi kebanyakan kita, seorang raja atau permaisuri adalah seseorang yang mempunyai kuasa dan prestij, tinggal di istana besar atau rumah agam, yang memerintah atas semua dan mungkin tuan atas segala, yang kepentingannya adalah lebih ke arah memelihara dinasti seseorang.Tidak ramai antara kita benar-benar mempunyai peluang untuk bertemu baginda sendiri dan walaupun kita mendapat peluang, kita mungkin akan perlu melalui beberapa jenis protokol yang rumit. Royalti duniawi kita biasanya jauh melebihi liga serta di luar jangkauan kita, dan kebanyakan daripada kita akan mungkin tidak pernah mempunyai peluang untuk santap atau malah diizinkan menonton bersama dengan baginda.

Sebaliknya, kita mempunyai royalti ilahi yang tersedia dan boleh diakses kita. Dia dilahirkan di palungan. Bermula dari kedaifan, Dia capai kepada semua dan mengajar kita dalam banyak cara bagaimana untuk hidup dan mengasihi Allah dan jiran. Dia santap dan minum dengan kita, seperti yang kita boleh baca dalam banyak bahagian di dalam Injil. Malah, Dia seperti Bacaan Kedua memberitahu kita, "mengadakan pendamaian oleh darah salib Kristus." Walaupun di atas salib, semasa Dia merana, Dia berkata kepada pencuri yang bertaubat: "Aku berkata kepadamu, '' kata Yesus kepadanya 'sesungguhnya hari ini juga engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus." Raja ini, adalah Raja atas segala raja, ialah Yesus Kristus. Hari ini, kita mempunyai banyak peluang untuk berada di sisi-Nya di hadapan Sakramen Mahakudus dan juga semasa Misa setiap hari dan hujung minggu. Adakah kita merebut peluang untuk membina dan memupuk hubungan dengan Yesus, Raja kita yang penyayang ? Adakah kita membuat usaha yang lebih untuk santap dengan-Nya setiap hari?

Hari ini, marilah kita berikrar setia kita pada Yesus Raja kekal kita, kerana Dia mengasihi kita dan mahu kita semua untuk bersama dengan dia di syurga. Janganlah kita berlengah-lengah lagi, tetapi melakukan sesuatu sekarang untuk kebaikan jiwa kita.

Sabtu, 12 November 2016

Minggu Biasa Ke-33 Tahun C

Tiba suatu masa dalam kehidupan di mana kita perlu membuat satu keputusan penting. Sesetengah menggelar ia keputusan asas, suatu yang menjadi pegangan tanpa mengira apa jua Apa keputusan yang perlu kita buat? Satu keputusan untuk memilih Allah dan membina hubungan dengan-Nya, atau untuk memilih dunia dan semua yang ia tawarkan. "Tak seorang pun dapat mengabdi kepada dua tuan. Kerana jika demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Allah dan kepada Mamon. (Matius 6: 24). " Mungkin ada yang berpendapat bahawa keputusan sebegitu tidak perlu difikirkan. Lagipun, siapa yang akan tidak ingin bersama dengan Allah? Walau bagaimanapun, memilih untuk bersama dengan Tuhan ada konsekuens. Adakah kita bersedia dan rela untuk menghadapi konsekuens sebegitu?

Memilih Tuhan bermakna kita tidak boleh hanya, seperti Bacaan Kedua memberitahu kita, "tidak tertib hidupnya dan tidak bekerja, melainkan sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna." Membina hubungan dengan Allah memerlukan banyak kerja keras, ketekunan, dan pengorbanan. Injil mengingatkan kita bahawa "kamu akan ditangkap dan dianiaya; kamu akan diserahkan ke rumah-rumah ibadat dan penjara-penjara, dan kamu akan dihadapkan kepada raja-raja dan penguasa-penguasa oleh kerana nama-Ku. Hal itu akan menjadi kesempatan bagimu untuk bersaksi. Sebab itu tetapkanlah di dalam hatimu, supaya kamu jangan memikirkan lebih dahulu pembelaanmu. Sebab Aku sendiri akan memberikan kepadamu kata-kata hikmat, sehingga kamu tidak dapat ditentang atau dibantah lawan-lawanmu.Dan kamu akan diserahkan juga oleh orang tuamu, saudara-saudaramu, kaum keluargamu dan sahabat-sahabatmu dan beberapa orang di antara kamu akan dibunuh dan kamu akan dibenci semua orang oleh kerana nama-Ku. Tetapi tidak sehelaipun dari rambut kepalamu akan hilang. Kalau kamu tetap bertahan, kamu akan memperoleh hidupmu."

Dalam menghadapi cabaran ini, adakah kita cekal, tidak berbelah dan bersemangat dalam tekad kita untuk memilih Allah? Atau mungkin sebahagian daripada kita akan tergoda dengan cara-cara duniawi dan murtad? Sudah tentu bukan mudah menjadi seorang Katolik, tetapi ganjaran jika kita bertahan sampai akhir berada di luar dunia ini.

Sabtu, 5 November 2016

Minggu Biasa Ke-32 Tahun C

Sebagai manusia, kita semua mengalami beberapa bentuk penderitaan dalam kehidupan kita. Sesetengah ibu menderita sepanjang kehamilan mereka kerana kekejangan, loya, dan mahupun ketika bersalin. Bayi sering mengalami kesakitan ketika pembesaran tatkala mereka membesar dari bayi, ke anak kecil, dan seterusnya. Ada orang yang sentiasa mengalami migrain, kemurungan, dan penyakit lain yang seolah-olah tidak hilang. Apabila penderitaan ini berlaku, sebahagian daripada kita mungkin mula mempersoalkan: mengapa ini berlaku? Adakah Allah sedang menghukum kita?

Kita mula berfikir bahawa orang baik akan menikmati kehidupan dan orang jahat menderita. Bersama-sama dengan pemikiran ini, kita mula berfikir bahawa kita telah berkata atau melakukan sesuatu yang salah atau buruk yang menyebabkan kita menderita. Walau bagaimanapun, bacaan pertama hari ini memberitahu kita bahawa ini tidak benar. Tujuh saudara merana walaupun mereka adalah orang-orang yang baik. Mengapa Allah membenarkan mereka menderita? Mengapa Allah tidak menyelamatkan mereka?

Cuba mencari jawapan kenapa penderitaan berlaku bukanlah mudah. Kita cuba untuk menjelaskan, namun hanya mendapat jawapan yang tidak lengkap, tidak memuaskan, tidak boleh diterima. Ramai mempelajari orang pada masa lalu cuba mencari jawapan yang baik, hanya mendapat tiada jawapan yang sesuai sebenarnya. Sama seperti Tuhan adalah misteri, penderitaan juga misteri, dan misteri adalah sesuatu yang perlahan-lahan ketara dan menunjukkan kita kepada kebenaran yang lebih besar. Walau bagaimanapun, kita orang Katolik percaya pada kebangkitan dan ini membantu kita memahami yang penderitaan itu tidak kekal dan kematian bukanlah pengakhiran. Kita percaya bahawa Allah menjanjikan kehidupan dan bukan kematian, dan kita percaya bahawa Dia akan menjaga dan membesarkan kita. Oleh itu, marilah kita terus meletak harapan dan kepercayaan kita dalam Allah kita yang maha penyayang , sepertii Injil mengingatkan kita: "Ia bukan Allah orang mati, melainkan Allah orang hidup, sebab di hadapan Dia semua orang hidup."

Sabtu, 29 Oktober 2016

Minggu Biasa Ke-31 Tahun C.

Sesetengah orang secara fizikalnya pendek. Apabila mereka bercakap dengan orang lain, mereka sering kali perlu mendongak kepala ke atas supaya pihak yang satu lagi bukan sahaja boleh mendengar apa yang mereka katakan, tetapi juga mendapat isyarat dari ekspresi wajah dan tubuh mereka. Sesetengah orang cepat beremosi. Mereka rasa seolah-olah mereka tidak baik, tidak penting, tidak berkemampuan, dan sebagainya serta mereka cuba mencapai kekayaan dan kuasa untuk mengimbangi harga diri mereka yang rendah. Ada orang mungkin kekurangan rohani. Mereka rasa seolah-olah Tuhan tidak ambil berat atau cukup mengasihi, dan sesetangahnya berfikir Allah telah meninggalkan mereka, terutamanya bila doa secara berterusan tidak dijawab atau ketika mereka berhadapan dengan satu krisis.

Kemunculan Zakheus dalam Injil hari ini, seiring untuk dipadankan dalam 3 kategori tersebut. Dia bukan sahaja dari segi fizikal pendek, tetapi mungkin berasa kerdil dari sudut emosi dan rohani, bagaimana dia melihat dirinya dan bagaimana dia melihat orang lain melihat dia. Zakheus memanjat pokok ara supaya dia dapat melihat Yesus. Dengan berbuat demikian, dia fikir dia boleh meletakkan dirinya pada tahap yang sama atau lebih tinggi dengan orang lain. Kita juga mungkin melakukan ini pada suatu masa melalui pelbagai cara, dengan harapan bahawa orang akan menerima dan menghormati kita. Tetapi dengan berbuat demikian, seperti Zakheus, kita hanya mengalami lebih penolakan dan pengasingan.

Orang ramai tidak menghiraukan Zakheus, melainkan Yesus. Yesus memanggil Zakheus untuk turun dari pokok itu yang tidak selamat dan menyatukannya kembali kepada masyarakat. Dengan berbuat demikian, Yesus membantu Zakheus untuk mengalami kasih Allah dan mengembalikan maruahnya. Apabila kita berdosa, kita mungkin berasa bahawa kita telah kehilangan maruah dan penerimaan dalam masyarakat kita. Kita mungkin berasa malu dan tidak puas , dan mungkin telah buat dan terus membuat kesilapan. Tetapi Allah masih mengasihi kita dan mahu kita untuk kembali kepada-Nya. Persoalannya ialah: adakah kita bersedia untuk rendah diri dan gembira menerima dan kekal di dalam kasih-Nya?

Sabtu, 22 Oktober 2016

Minggu Biasa Ke-30 Tahun C

Setiap kali kita pergi untuk pengakuan, berapa ramaikah antara kita sedar dan bersedia untuk mengaku bahawa kita bersalah melakukan dosa yang berbentuk keangkuhan ? Mungkin kita tidak benar-benar menyedari apa sebenarnya keangkuhan. Mungkin kita sedia maklum, dan terlalu angkuh atau mendapati ia terlalu sukar untuk mengaku. Oleh itu, ada baiknya untuk kita renungkan apakah itu keangkuhan.

Keangkuhan dapat dilihat dengan jelas dalam pelbagai cara, sesetengahnya ketara, sesetengahnya tidak ketara.

Apabila kita memperkecilkan diri kita dan menyebabkan orang lain memuji kita, kita menambah keangkuhan kita.

Apabila kita berbohong kerana kita tidak mahu orang lain mengetahui kebenaran, memikirkan bahawa jika mereka tahu, mereka tidak akan menyukai kita atau menghormati kita atau kekal sebagai rakan kita : itulah keangkuhan.

Apabila kita terlalu mengambil berat tentang penampilan, kecantikan, paras lupa, dan pakaian, serta cuba untuk nampak menarik atau kelihatan lebih anggun daripada diri kita sebenarnya : itulah keangkuhan.

Apabila kita lebih mengambil berat tentang apa yang orang lain fikir tentang kita, membandingkan diri kita dengan orang lain: itulah keangkuhan.

Apabila kita fikir kita tahu semuanya atau tidak perlu untuk belajar, dan mahu perkara-perkara dilakukan dengan cara kita, itulah keangkuhan.

Apabila kita tidak sanggup untuk mengaku apabila kita bersalah, enggan memohon pengampunan, serta cuba untuk mencari jalan dan cara untuk justifikasi dosa kita daripada hanya mengakuinya : itulah keangkuhan.

Apabila kita cenderung untuk mengkritik orang lain, mencari kesalahan orang lain, dan dengan cepat menyalahkan orang lain, tatkala mempunyai perasaan kecewa, marah dan kurang mengampun: itulah keangkuhan

Senarai ini boleh menjela-jela...

Bacaan Injil hari ini memberitahu kita tentang orang Farisi dan pemungut cukai yang pergi ke Kuil untuk berdoa. Seorang itu asyik bercakap tentang dirinya sendiri, begitu bangga dengan apa yang dia telah lakukan dan laksana. Seorang pula mengetahui kekuatan serta kelemahan dirinya , dan dengan rendah diri meminta Allah untuk " kasihanilah aku, orang yang berdosa ini. " Adakah kita dapat mengenali diri kita sebagai seorang Farisi , atau sebagai pemungut cukai? Mungkin kita sedang berjuang untuk menjadi lebih seperti pemungut cukai dan kurang menjadi seperti orang Farisi? Marilah kita mempersembahkan diri kita kepada Allah, meminta-Nya untuk membantu kita memahami makna sebenar rendah diri, dan berusaha untuk berjalan dengan rendah diri demi Tuhan.

Sabtu, 15 Oktober 2016

Minggu Biasa Ke-29 Tahun C

Apabila kita semakin biasa melakukan sesuatu dengan pantas, kita menjadi kurang sabar menunggu. Kita ingin lebih besar (atau lebih kecil dalam kes tertentu), lebih cepat, lebih baik, lebih murah, dan sebagainya. Apa yang diterima dahulu kini tidak lagi memadai. Benda cepat menjadi usang.

Mungkin sesetengah kita lupa apa makna memperlahan, menunggu, menghabiskan masa dengan keluarga dan dengan Tuhan. Berapa ramaikah antara kita sebenarnya meluangkan masa di hadapan Sakramen Mahakudus dengan Bos Besar? Apabila kita berdoa, adakah kita sedar bahawa kita tidak boleh tergesa-gesa dan meluangkan masa untuk mendengar suara -Nya? Jika tidak, apa gunanya berdoa?

Dalam Injil hari ini, kita melihat bagaimana seorang janda yang selalu datang kepada hakim untuk pembelaan. Dia terus mendesak dan mempunyai keyakinan bahawa dia akan mendapat keadilan. Akhirnya , hakim memberinya apa yang dia mahu, walaupun dia tidak cepat dapat seperti yang kita jangkakan. Perkara yang penting di sini adalah: janda itu mempunyai kepercayaan yang dia akan mendapatkan keadilan, dan dia sanggup menunggu dan terus mendesak.

Bagaimana pula dengan kita? Apabila doa kita tidak cepat dijawab atau jika TUHAN tidak memenuhi permintaan kita, adakah kita akan berputus asa? Atau adakah kita sanggup menunggu dan percaya bahawa Allah kita yang penyayang akan melakukan apa yang terbaik untuk kita?

Sabtu, 8 Oktober 2016

Minggu Biasa Ke-28 Tahun C

Sebagai kanak-kanak, sesetengah daripada kita telah diajar berterima kasih dan bersyukur apabila kita diberi hadiah atau ganjaran. Kita khususnya dididik untuk bersyukur kepada Allah atas banyak pemberian dan rahmat yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.

Tetapi tatkala umur kita semakin meningkat, berapa ramaikah daripada kita masih berterima kasih kepada Allah? Pada masa sekarang, kita cenderung melihat orang lebih senang hati menerima tanpa berterima kasih. Sebagai contoh, berapa ramaikah daripada kita secara konsisten dan memiliki tabiat berdoa sebelum dan selepas makan? Atau berapa ramaikah antara kita berterima kasih kepada Allah atas kebaikan dan keburukan yang kita terima? Lazimnya, apabila kita menerima yang baik, sesetengah mungkin berfikir ia datang melalui nasib baik mereka atau usaha mereka sendiri yang membolehkan mereka memperolehi kebaikan. Sebaliknya, apabila yang buruk berlaku, mungkin ada yang sama ada menyalahkan orang lain, atau menyalahkan Allah, atau mula berdoa untuk bantuan Tuhan.

Persoalannya ialah: adakah kita telah menjadi begitu mementingkan diri atau tidak bersyukur sehingga kita lupa bahawa apa sahaja yang kita terima adalah dari limpah kurnia Tuhan?

Dalam Injil hari ini, hanya orang asing, orang Samaria, "kembali sambil memuliakan Allah dengan suara nyaring, lalu tersungkur di depan kaki Yesus dan mengucap syukur kepada-Nya." Bagaimana pula dengan yang lain? Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita lupa erti berterima kasih dan terhutang budi ?

Sabtu, 1 Oktober 2016

Minggu Biasa Ke-27 Tahun C

Melihat pada apa yang berlaku di sekeliling kita, dalam keluarga kita, dalam masyarakat kita, dalam negara kita, di seluruh dunia ; Saya kadang-kadang tertanya-tanya ... Adakah orang menjadi gila? Adakah dunia sudah gila? Adakah kita menuju ke arah bencana atau hari kiamat yang akan berlaku? Kita melihat anak-anak yang tidak berdosa dibunuh, sesetengahnya ketika dalam rahim, kerana ada segelintir orang yang berfikir bahawa pengguguran merupakan hak, mereka adalah mangsa dan janin adalah penyerang. Kita melihat perkahwinan musnah dan di sesetengah tempat, malah definisi perkahwinan telah dicabar. Kita melihat kanak-kanak dizalimi atau malah diseksa , kadang-kadang disebabkan oleh isu-isu antara orang dewasa atau di antara ibu bapa mereka sendiri . Kita melihat keganasan domestik , pembantu rumah mendapat layanan buruk, penyalahgunaan kuasa atau autoriti, rogol, rasuah, eksploitasi, amuk , hanya kerana mereka telah mudah terpengaruh oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Di tengah-tengah semua keganasan dan keadaan kucar-kacir yang kita hadapi , kita dapat memahami bagaimana Nabi Habakuk rasai dalam bacaan pertama apabila dia berkata : "Mengapa Engkau memperlihatkan kepadaku kejahatan, sehingga aku memandang kezaliman? Ya, aniaya dan kekerasan ada di depan mataku; perbantahan dan pertikaian terjadi." Tidak hairanlah bahawa lebih ramai orang di sekeliling kita mengalami kemurungan, malah segelintir berada pada poin mengakhirkan itu semua, kerana kegilaan berlaku di sekeliling kita. Jadi bagaimana kita hadapi? Bagaimana kita mencari makna dalam kehidupan, apabila perkara-perkara di sekeliling kita seolah-olah musnah sama sekali?

Bacaan-bacaan hari ini bercakap mengenai iman. Iman membolehkan kita untuk melihat bahawa Allah adalah dalam kawalan, walaupun syaitan kelihatan seolah-olah menguasai; iman memberi arah apabila kita sesat; iman membantu kita untuk bersabar dan nekad walaupun berhadapan dengan banyak masalah. Dalam dunia hari ini, kita memerlukan iman lebih daripada biasa jika kita mahu terus hidup. Dalam Injil hari ini, Yesus memberitahu kita bahawa jika kita mempunyai iman " yang sebesar biji sesawi " kita boleh mencabut pohon-pohon dan menggerakkan (mengalihkan) gunung-ganang. Apakah makna ini? Yesus bukan memberitahu kita bahawa iman kepada Allah bermakna Allah akan melakukan sesuatu yang ajaib atau menakjubkan untuk kita, kerana itu akan merendahkan Allah semata-mata seperti seorang penghibur, ahli silap mata atau sejenis pekerja yang menakjubkan. Iman adalah bila kita percaya Allah akan menjaga segala perkara dan tidak membenarkan apa-apa kemudaratan mengancam kita. Iman membiarkan Tuhan sebagai Tuhan, membiarkan Tuhan mengawal kehidupan kita dan melakukan apa yang terbaik untuk kita, mengikut terma -Nya dan untuk kemuliaan-Nya. Jika ia dalam konteks ini bahawa, jika kita percaya kepada Tuhan, maka walaupun biji sesawi kecil boleh melakukan keajaiban, cara di luar imaginasi dan jangkaan kita, kerana ia adalah Tuhan yang membolehkan ia berlaku. Masalahnya, sebahagian daripada kita berasa kita mesti mengambil peranan yang lebih besar, kita mahu menjadi orang yang boleh menggerakkan gunung-ganang daripada membiarkan Tuhan untuk melakukan ini. Tetapi jika kita mengatakan bahawa kita mempunyai ' iman,' maka kita mesti bersedia, rela dan cukup rendah diri untuk membiarkan Tuhan mempunyai kebebasan untuk melakukan apa yang terbaik untuk kita.

Hari ini, mari kita mengulangi kata-kata murid dan meminta Tuhan untuk "menambahkan iman kita. " Marilah kita menurut kata dan sanggup membiarkan Tuhan menjaga kita dan melakukan apa yang terbaik untuk kita, meletakkan mata pada iman serta mengetahui dan mempercayai bahawa tidak kira apa yang berlaku, tidak kira betapa buruk keadaan yang mungkin, kita mempunyai Allah yang tidak akan meninggalkan kita dan akan berada di sana untuk kita.

Sabtu, 24 September 2016

Minggu Biasa Ke-26 Tahun C

Adakah salah untuk menjadi hartawan atau kaya? Sudah tentu tidak. Tidak kira sama ada anda kaya atau miskin, tetapi bagaimana anda menjalani kehidupan anda; kata-kata dan kelakuan kita; serta jenis sikap dan tingkah laku anda terhadap orang lain; inilah perkara yang penting. Seseorang itu mungkin sangat kaya, tetapi pada masa yang sama juga rendah diri, lemah lembut dan pemurah dengan masa dan kekayaannya. Juga, seseorang itu boleh jadi tidak terlalu kaya, dan mungkin berpura-pura menjadi kaya, sombong, biadap dan bersikap suka menyendiri .

Dalam Injil hari ini, kita serempak dengan perumpamaan Lazarus dan orang kaya. Lazarus, orang miskin , masuk syurga, dan orang kaya masuk neraka. Adakah Lazarus masuk syurga kerana dia miskin dan orang kaya berakhir di neraka kerana dia kaya? Sudah tentu tidak. Jika itu berlaku, ramai orang kaya di dunia, pada masa dahulu dan sekarang, mungkin telah dijatuhkan hukuman ke neraka. Jadi, mengapa orang kaya berakhir di dalam neraka? Dosa orang kaya bukan kerana kekayaannya, dan bukan kerana dia adalah zalim, jahat atau mementingkan diri sendiri. Dosa orang kaya adalah sikapnya yang acuh tak acuh, sikap "tidak kisah atau tidak peduli. " Orang kaya tidak kisah tentang apa yang berlaku kepada Lazarus, dia tidak peduli tentang apa yang berlaku di sekelilingnya, dia tidak kisah tentang orang lain, kecuali dirinya sendiri. Tatkala dia mula ambil kasih tentang seseorang, dalam kes ini, abang-abangnya, ia sudah terlambat. Malah, ketika dia masih hidup, orang kaya tidak pun benar-benar ambil tahu tentang apa yang berlaku kepada abang-abangnya. Ia adalah ironi, sekurang-kurangnya anjing-anjing pun memperhatikan Lazarus dan keadaannya, manakala orang kaya kekal acuh tak acuh kepada semua di sekelilingnya.

Dalam kehidupan kita, sebahagian daripada kita mungkin berfikir bahawa ia adalah lebih baik untuk menjaga urusan kita sendiri dan bukan menjaga tepi kain orang lain. Sesetengah daripada kita berfikir bahawa ia bukan urusan kita untuk jaga tepi kain orang walaupun apa yang berlaku adalah jelas salah atau isu yang serius, dan sesuatu perlu dilakukan dan harus dilakukan dengan cepat. Ramai orang memilih untuk menjadi pekak dan buta, dan berpura-pura bahawa segala-galanya adalah baik selagi kehidupan kita dan kehidupan keluarga kita tidak terjejas. Tetapi hakikatnya ialah, sikap puas hati atau sikap acuh tak acuh adalah salah satu penyakit masyarakat kita yang paling besar, kerana dengan tidak terlibat, dengan tidak membantu, dengan mengabaikan keadaan; tiada apa yang akan berubah, masalah masih kekal dan kita boleh menjadi rakan sejenayah pada masalah ini atau menjadi sebahagian daripada masalah. Malah, Santo Paulus dalam bacaan kedua mengingatkan kita bahawa ia tidak cukup untuk hanya menjaga hal ehwal kita sendiri dan mengabaikan orang lain, seperti yang ditulisnya: "Engkau hai manusia Allah, kejarlah keadilan, ibadah, kesetiaan, kasih, kesabaran dan kelembutan. Bertandinglah dalam pertandingan iman yang benar dan rebutlah hidup yang kekal. Untuk itulah engkau telah dipanggil dan telah engkau ikrarkan ikrar yang benar di depan banyak saksi." Ini bermakna bahawa kita perlu melakukan sesuatu, kita perlu mengambil tindakan, kita tidak boleh hanya berdiam diri dan tidak kisah. Setiap daripada kita dipanggil untuk hidup tanpa dosa dan kesucian, dan kita tidak boleh hanya menjadi setakat biasa-biasa atau melakukan minimum.

Hari ini, mari kita berdoa untuk rahmat agar dapat melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga yang berbelas kasihan. Mari kita mengikut contoh Yesus dalam mendekati dan membantu mereka semua yang memerlukan. Semoga kita tidak membazir masa depan kekal kita begitu saja dengan sikap acuh tidak acuh kita, dan berakhir seperti orang kaya , sementara kita masih mempunyai peluang di dunia ini untuk memainkan peranan kita dan melakukan perubahan.

Sabtu, 17 September 2016

Minggu Biasa Ke-25 Tahun C

Adakah anda seorang hamba? Atau adakah anda benar-benar bebas? Sesetengah daripada anda mungkin berfikir: "Padre ini betul-betul telah menjadi kurang siuman atau gila. Sudah tentu saya bebas! Bagaimana mungkin saya boleh menjadi seorang hamba?" Namun realiti, malangnya, ramai orang memang menjadi hamba pada satu perkara atau satu perkara yang lain. Kita semakin terjerat atau ketagih kepada perkara yang kita ingin bebas daripada. Bagaimana boleh terjadi begitu? Sungguh pun, kita bebas untuk melakukan banyak perkara di dunia ini, jadi bagaimana boleh kita diperhambakan walaupun kita berfikir diri kita bebas?

Allah mengajak kita untuk bersandar kepada-Nya dan belajar daripada jalan-Nya, tetapi Dia tidak memaksa kita untuk berbuat demikian. Untuk menjadi hamba-Nya, untuk meletakkan seluruh kepercayaan dan iman kita kepada-Nya, kita mesti melakukannya dengan bebas tanpa paksaan. Tetapi apabila kita mula meletakkan kepercayaan kita kepada benda lain atau orang selain dari Tuhan, kita tidak lama lagi melihat diri kita kehilangan kebebasan kita pada perkara-perkara ini. Kita menjadi hamba kepada allah palsu. Mereka mula mengawal kehidupan kita dan merampas kebebasan kita. Sebagai contoh, wang dan kekayaan. Kita perlu mencari rezeki dan kita perlu wang untuk terus hidup dan diguna dalam dunia ini, tetapi apabila kita mula mendapat wang, sebahagian daripada kita mula mengidamkan untuk mendapat lebih dan lebih banyak daripada itu, sehingga ke tahap seluruh usaha kita adalah mendapat wang. Kita mula mengabai atau kurang memberi perhatian kepada perkara-perkara lain, termasuk kesihatan kita, keluarga kita, mahupun hubungan kita dengan Tuhan. Apabila ini berlaku, bukankah kita diperhambakan atau hamba kepada wang? Bukankah wang telah menjadi seperti allah palsu kepada kita?

Sebab itulah, dalam Injil hari ini, kita diingatkan bahawa kita tidak dapat mengabdi kepada Allah dan allah palsu pada masa yang sama. Mengabdi kepada Allah adalah untuk menjadi benar-benar bebas, manakala mengabdi kepada allah palsu yang lain akan bermakna kehilangan kebebasan tersebut. Kita tidak boleh bebas dan tidak bebas pada masa yang sama. Kita tidak boleh lupa bahawa kita diciptakan untuk mengenali, mengasihi dan mengabdi kepada Allah. Tarikan hidup boleh menarik kita jauh daripada hidup sebagai anak-anak Allah, dan perlahan-lahan mengambil kebebasan dalaman kita dan kita menjadi hamba kepada mereka; kita menjadi ketagih, terikat dan bergantung kepada mereka, sehinggakan mereka telah menjadi allah palsu kita. Apabila kita membenarkan ini berlaku, apabila kita menjadi benar-benar tenggelam kepada cara-cara dunia dan tarikan kehidupan, maka kita sebenarnya melanggar perintah pertama: "Akulah TUHAN, Allahmu. Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku."

Hari ini, mari kita berdoa untuk kekuatan untuk benar-benar mengenali, mengasihi dan melayani Allah dengan sepenuh hati, jiwa, minda dan kekuatan. Bacaan kedua hari ini mengingatkan kita: "Kerana Allah itu esa dan esa pula. Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, iaitu manusia Kristus Yesus, yang telah menyerahkan diri-Nya sebagai tebusan bagi semua manusia: itu kesaksian pada waktu yang ditentukan. " Marilah kita sentiasa ingat bahawa kita tidak dapat melayani dua tuan, dan berusaha untuk membuang semua allah palsu dan meletakkan kepercayaan kita kepada Allah. Marilah kita berharap kepada Allah kita dan mendapatkan semula kebebasan kita untuk menjadi anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan Allah.

Sabtu, 10 September 2016

Minggu Biasa Ke-24 Tahun C

Orang yang bercinta mempunyai kecenderungan melakukan perkara-perkara yang paling gila. Jika anda memerhati orang yang bercinta, anda akan notis jumlah masa dan usaha yang akan diluangkan untuk orang yang dicintai. Sebagai contoh, seorang ibu sanggup mengorbankan diri untuk memastikan anaknya dijaga dan disara dengan baik tanpa mengira sama ada anak itu menghargainya atau tidak. Seorang bapa tidak akan teragak-agak untuk menyelamatkan anaknya yang jatuh ke dalam kolam, walaupun dia tidak tahu bagaimana untuk berenang dan mungkin berdepan dengan risiko mati lemas. Seorang guru menghabiskan banyak masa membantu seorang kanak-kanak untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik dalam pelajaran, disebabkan hakikatnya kanak-kanak tersebut adalah pelajar yang lembap, tetapi guru itu menyayanginya dan ingin dia berjaya dalam hidup, tanpa mengambil kisah apa yang difikirkan orang lain. Sememangnya kasih sayang boleh membuat orang melakukan perkara-perkara gila.

Dalam Injil hari ini, kita melihat contoh bagaimana kasih sayang boleh membuat orang melakukan perkara-perkara gila. Dalam Injil, kita diberitahu bahawa seorang gembala meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor domba untuk pergi mencari seekor yang hilang. Kita turut diberitahu kisah seorang wanita mencari dirham kesepuluh yang hilang dengan "menyalakan pelita dan menyapu rumah serta mencarinya dengan cermat sampai ia menemukannya." Seseorang yang biasa dengan cara duniawi atau seorang yang berkecimpung dalam perniagaan mungkin berfikir : "Adakah anda gila? Adakah anda menjadi kurang siuman? Mengapa mengambil risiko kehilangan domba-domba lain semata-mata untuk keluar mencari seekor? Mengapa menyusahkan diri mencari satu dirham apabila anda sudah mempunyai sembilan yang lain? " Tetapi hakikatnya, cara Tuhan adalah berbeza daripada cara kita. Allah mengasihi tanpa batas dan Dia bersedia untuk berkorban dan menahan penderitaan, mencari dan menjumpai satu yang hilang itu.

Sesetengah daripada kita mungkin berfikir bahawa perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah membiarkan orang seperti ini meneruskan apa sahaja yang mereka lakukan, dan kita juga meneruskan kehidupan kita sendiri. Kita lepas tangan, kerana kita berasa ia tidak berbaloi atau ada keperluan untuk menyedarkan atau menyelamatkan mereka. Tetapi inilah takat mana Allah menunjuk kepada kita makna sebenar kasih. Tuhan tidak pernah berputus asa walaupun kita memilih untuk berputus asa ; Dia tidak pernah berhenti berusaha atau mencuba walaupun kita telah lama menghentikan semua usaha ; Dia tidak pernah berhenti mengasihi walaupun kita mungkin berasa seolah-olah ia adalah mustahil untuk mengasihi lagi. Begitulah Allah kita, yang penuh belas kasihan, yang paling penyayang, dan yang paling pengasih. Melihat kita mempunyai Allah yang sedemikian, apakah yang cuba disampaikan kepada kita? Ini memberitahu kita bahawa setiap daripada kita adalah sangat penting; mempunyai maruah istimewa; unik; tidak ternilai dan berbaloi untuk diselamatkan. Masalahnya ialah, kita kadang-kadang gagal untuk mengiktiraf maruah kita sendiri, dan kita lupa siapa diri kita. Oleh sebab itu, kita mudah marah dengan orang lain apabila kita diperkecilkan; atau menjadi cemburu dan mementingkan diri sendiri kerana kita merasakan bahawa diri kita tidak cukup baik . Tetapi poinnya adalah, Allah memberitahu anda : "Anda cantik! Anda berharga! Mengapa membiarkan orang lain memandang rendah pada diri anda? Tuhan amat mengasihi anda, Dia telah mengutus Anak-Nya Yesus mati untuk anda dan untuk menyelamatkan anda dari dosa-dosa anda? " Adakah kita meragui Tuhan?

Hari ini, mari kita mendongak kepala kita, ketahui dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah ada di sana untuk membantu kita dan membimbing kita. Setiap seorang daripada kita adalah amat berharga dan bernilai daripada apa-apa pun , jadi kita tidak perlu berasa sedih atau berputus asa. Marilah kita sentiasa ingat bahawa Allah tidak akan meninggalkan kita ; bahawa Dia mengasihi kita tanpa syarat, dan bahawa kita juga perlu belajar untuk mentaati cara Dia mengasihi kita.

Sabtu, 3 September 2016

Minggu Biasa Ke-23 Tahun C

Adakah senang untuk mengikut Yesus dan menjadi seorang Kristian? Tidak. Terdapat banyak perkara tentang menjadi seorang Kristian yang bertentangan dengan cara dunia, dan ini boleh membawa kepada salah faham, konflik, penganiayaan dan malah kematian. Sebab itu kita mesti mengambil kira akibatnya sebelum mengabdikan diri kita sendiri; kita mesti memahami apa yang kita lakukan; dan kita tidak boleh mengikut Kristus secara membuta tuli atau menjadi seorang Kristian tanpa mengambil dengan serius implikasi panggilan kita.

Jadi apa yang begitu mencabar dan sukar untuk mengikut Yesus dan menjadi seorang Kristian? Injil hari ini memberi kita beberapa poin untuk difikirkan. Pertama, kita diberitahu: "Jikalau seorang datang kepada-Ku dan ia tidak membenci bapanya, ibunya, isterinya, anak-anaknya, saudara-saudaranya laki-laki atau perempuan, bahkan nyawanya sendiri, ia tidak dapat menjadi murid-Ku." Ini adalah ajaran yang sukar terutamanya ramai daripada kita sentiasa diajar bahawa keluarga perlu didahulukan. Tetapi Yesus memberitahu kita bahawa jika kita diminta untuk memilih antara apa yang keluarga kita mahu kita lakukan dan apa yang Allah mahukan daripada kita, kita mesti sentiasa memilih apa yang Tuhan mahu, walaupun ini mungkin bertentangan dengan kehendak ahli keluarga kita. Adakah ini bermakna bahawa kita harus berhenti mengasihi ahli keluarga kita? Tidak. Kita mesti mengasihi mereka, tetapi kita mesti tegas dalam komitmen kita terhadap kebenaran dan pada apa yang betul. Dosa yang besar telah dilakukan untuk mengekalkan dan melindungi maruah keluarga. Namun menjadi seorang Kristian bermakna keluarga kita tidak harus menjadi penghalang untuk menghalang kita daripada menjadi orang Kristian yang baik dan melakukan kehendak Allah.

Kedua, kita diberitahu: "Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak dapat menjadi murid-Ku. " Ini bermakna kita mesti bersedia untuk menyerahkan hidup kita sepenuhnya kepada Allah, sama seperti Yesus menyerahkan nyawa-Nya di atas salib untuk menyelamatkan kita dari dosa kita.

Ketiga, kita diberitahu: "Demikian pulalah tiap-tiap orang di antara kamu, yang tidak melepaskan dirinya dari segala miliknya, tidak dapat menjadi murid-Ku." Ini bermakna bahawa jika kita memilih untuk mengikut Yesus, maka kita mesti mengubah sikap sepenuhnya terhadap benda duniawi. Kita perlu bersedia untuk melepaskan benda yang bersifat duniawi dan sementara, dan menggunakannya bukan untuk kepentingan diri sendiri atau kepuasan peribadi kita, tetapi untuk membantu orang lain dan untuk memuliakan-Nya.

Bercakap dari sudut manusia biasa, perkara ini seolah-olah memberikan kita gambaran bahawa ia seolah-olah mustahil untuk menjadi seorang Kristian , jika kita hanya bergantung kepada pertimbangan manusia. Inilah sebabnya mengapa kita perlu konsisten mencari kebijaksaan dari ilahi seperti yang dikatakan dalam bacaan pertama : " Siapa gerangan sampai mengenal kehendak-Mu, kalau Engkau sendiri tidak menganugerahkan kebijaksanaan, dan jika Roh Kudus-Mu dari atas tidak Kau utus? " Inilah kebijaksanaan ilahi yang akan membantu kita mengenal pasti bahawa perkara yang kita sedia lepaskan di dunia ini bukannya apa-apa dan tiada signifikan berbanding dengan kekayaan yang kita bakal terima dalam Kerajaan Allah.

Hari ini, kita diberi dengan suatu pilihan: untuk kekal dengan cara-cara dunia, atau untuk mengikut Yesus serta tegas dan teguh kepada jalan Allah. Sememangnya, ia bukan satu pilihan yang mudah atau jelas, tetapi kita tidak boleh memiliki kedua-duanya. Jika anda diletakkan dalam situasi sebegini, semoga anda lebih cermat dan memilih dengan bijak, kerana masa depan kekal anda menjadi pertaruhan.

Sabtu, 27 Ogos 2016

Minggu Biasa Ke-22 Tahun C

Apa maksudnya menjadi rendah diri? Menjadi rendah diri adalah suatu sifat baik Kristian, tetapi sebahagian kita mungkin keliru dan salah faham makna sebenarnya. Sesetengah orang berfikir bahawa kerendahan hati bermaksud merendahkan diri sendiri sehingga mengkritik diri, bakat dan pencapaian sendiri. Mereka tidak bercakap tentang bakat dan anugerah mereka kerana bimbang akan kelihatan seperti bermegah . Ada yang mengkritik bakat, kebolehan dan pencapaian mereka sendiri dengan berkata: "Saya tidak cukup suci, jangan memilih saya sebagai pemimpin di paroki ini; " "masakan saya hanya biasa, saya tidak fikir rasa hidangan saya hebat." (walaupun pada hakikatnya, hidangannya amat sedap dan enak); "Suara saya tidak begitu hebat, saya tidak menyanyi dengan baik." (walaupun pada hakikatnya , dia menyanyi seperti burung lark ). Masalah dan ironi dari kenyataan ini adalah : setiap kali kita mengkritik dan merendahkan diri kita, kita sebenarnya berharap dan mengharapkan orang lain untuk memuji dan mengagumi kita serta pencapaian kita. Kerendahan hati sedemikian bukan rendah hati yang sebenar tetapi dipanggil kerendahan hati yang palsu, yang merupakan samaran untuk bangga.

Sebaliknya, dalam Injil hari ini, Yesus memberitahu kita: "Sebab barangsiapa meninggikan diri, ia akan direndahkan dan barangsiapa merendahkan diri, ia akan ditinggikan." Bacaan pertama menegaskan apa yang Yesus sampaikan kepada kita : "Lakukanlah pekerjaanmu dengan sopan, ya anakku, maka engkau akan lebih disayangi dari pada orang yang ramah-tamah. Makin besar engkau, makin patut kau rendahkan dirimu, supaya kau dapat kurnia di hadapan Tuhan." Bacaan hari ini menyampaikan kepada kita agar kita tidak harus mencari sebarang ganjaran, pujian, ucapan terima kasih atau penghargaan untuk apa yang kita lakukan. Kita tidak perlu mencari kedudukan kehormat atau pengiktirafan bagi pencapaian kita, kerana sebaik sahaja kita telah menjadi ketagih dan bergantung kepada pujian dan pengiktirafan manusia, semua yang kita lakukan mungkin mempunyai motif tersembunyi. Apabila orang lain tidak memuji atau berterima kasih kepada kita , kita menjadi jemu, sakit hati dan marah. Kerendahan hati itu adalah melayan dan memberi tanpa meminta atau mengharapkan balasan; tanpa perlu untuk menggembirakan orang lain dan melakukan segala-galanya untuk kemuliaan Allah.

Maka, apa yang kita perlu lakukan? Bagaimana kita harus memahami kerendahan hati? Rendah hati adalah memahami dan menghargai kekuatan dan kelemahan seseorang. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan. Jika kita belajar untuk menerima dan hidup dengan kekuatan dan kelemahan kita, kita sudah tentu menjadi orang yang lebih bahagia. Dengan cara yang sama, kita juga perlu mengiktiraf dan menghargai kelemahan dan kekuatan orang lain. Kita mesti sentiasa ingat bahawa tidak ada yang boleh melakukan semua perkara, tetapi semua orang boleh melakukan sesuatu. Rendah hati juga bermakna menerima semua orang lain sebagai insan seperti saudara dan saudari. Kita tidak harus memilih atau kekal hanya pada kumpulan tertentu. Sebaliknya, kita harus menganggap semua orang sebagai berharga, penting, signifikan, bernilai dan mempunyai kedudukan setaraf.

Hari ini, marilah kita mengikut contoh Yesus, yang walaupun adalah Anak Allah, merendahkan diri dan memilih untuk menjadi manusia, dan juga sangat rendah diri lagi, memilih untuk menjadi pelayan dari semuanya. Sebagai orang Kristian, kita harus mengikut Yesus serta mencontohi kerendahan hati yang sebenar, melakukan segala sesuatu untuk membina Kerajaan Tuhan dan memberi -Nya segala kemuliaan.

Sabtu, 20 Ogos 2016

Minggu Biasa Ke-21 Tahun C

Apa jenis imej yang ada pada kita tentang Allah? Sesetengah kita seolah-olah memikirkan Allah seperti seorang pegawai polis atau hakim yang garang dan tegas, hanya menunggu untuk menangkap dan mengutuk kita bagi setiap perkara kecil yang kita lakukan. Sesetengah kita pula memikirkan Allah sebagai orang yang mementingkan disiplin, keluar untuk menangkap dan menyebat kita betul-betul. Tetapi adakah Tuhan sebenarnya seperti itu? Sudah tentu tidak. Bacaan pertama hari ini menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan tidak berminat untuk mengutuk kita, tetapi Dia mahu menyelamatkan kita semua, seperti bacaan memberitahu kita: "Aku datang untuk mengumpulkan segala bangsa dari semua bahasa." Pada dasarnya, rancangan Tuhan adalah untuk menyelamatkan semua orang, tanpa mengira bangsa, bahasa atau budaya.

Jadi jika sedemikian, maka bagaimana kita memahami perumpamaan pintu yang sempit dalam Injil hari ini? Bukankah perumpamaan ini seolah-olah membayangkan bahawa Allah cuba untuk memerangkap atau menyukarkan kita untuk bersama dengan-Nya? Sekali lagi, bukan. Dalam Injil , Yesus memberitahu kita: "Berjuanglah untuk masuk melalui pintu yang sesak itu! Sebab Aku berkata kepadamu: Banyak orang akan berusaha untuk masuk, tetapi tidak akan dapat." Apakah maksud ini? Apa yang Yesus cuba untuk menarik perhatian kita bukan berapa ramai orang yang akan diselamatkan, sebaliknya Dia cuba untuk menekankan kepada kita cara bagaimana kita harus menjalani kehidupan kita. Yesus mengingatkan kita bahawa untuk menjadi seorang Kristian bukanlah mudah. Cara orang Kristian, pintu yang sempit, bukan merupakan cara yang mudah. Untuk mengikut Kristus, kita mesti juga bersedia untuk menerima penderitaan, bermakna bahawa kita mesti menafikan diri, memikul salib kita dan mengikut-Nya; ia bermakna bahawa orang lain akan salah faham terhadap kita; ia bermakna bahawa orang akan mempersendakan, mengejek dan menghina kita ; dan ia bermakna bahawa kita tidak boleh mencari penghormatan dan kuasa tetapi mesti bersedia untuk menjadi pelayan orang lain : "orang yang terdahulu yang akan menjadi orang yang terakhir dan ada orang yang terakhir yang akan menjadi orang yang terdahulu."

Walaupun menjadi seorang Kristian bermakna kita perlu bersedia untuk menderita dan tidak perlu takut penderitaan, ia tidak bermakna kita harus menyeksa diri dan sengaja mencari derita. Melalui penderitaan-Nya dan kematian-Nya, Yesus memberi penderitaan makna yang baru. Penderitaan bukan hukuman bagi dosa kita. Sebaliknya, bacaan kedua menyakinkan kita bahawa : "Jika kamu harus menanggung ganjaran (derita); Allah memperlakukan kamu seperti anak. Di manakah terdapat anak yang tidak diajar oleh ayahnya? Memang tiap-tiap ganjaran pada waktu ia diberikan tidak mendatangkan sukacita, tetapi dukacita. Tetapi kemudian ia menghasilkan buah kebenaran yang memberikan damai kepada mereka yang dilatih olehnya." Orang yang telah melalui penderitaan akan menjadi lebih sensitif dan prihatin kepada penderitaan orang lain. Melalui penderitaan, seseorang belajar untuk menjadi lebih sabar dan memahami orang lain. Memanggil diri kita orang Kristian tidak cukup baik. Pergi ke gereja setiap hari minggu juga tidak cukup baik. Kita mesti mengamalkan kepercayaan yang dianuti. Hari ini, marilah kita menjadi berani dan teguh menderita untuk Kristus, dan berdoa untuk kekuatan dan keberanian untuk masuk melalui pintu yang sempit . Marilah kita juga menggalakkan orang lain untuk tabah, agar bersama-sama, kita akan berserta dengan Allah kita yang penyayang.

Sabtu, 13 Ogos 2016

Minggu Biasa Ke-20 Tahun C

Antara salah satu penemuan penting manusia yang mengubah banyak perkara dalam hidup kita adalah penemuan api. Dengan mempelajari bagaimana membuat api dan menggunakannya bagi manfaat kita, manusia beransur-ansur meninggalkan kehidupan nomad mereka dan menetap sebagai petani, menandakan bermulanya perkampungan, pekan dan bandar. Api boleh menjadi berguna atau membinasa. Ia boleh digunakan untuk memasak makanan kita atau menyebabkan sebuah rumah habis terbakar. Ia boleh digunakan bagi mengendalikan peralatan untuk kegunaan industri, atau untuk menghasilkan senjata perang.

Dalam Injil hari ini, Yesus menggunakan api untuk memberitahu kita mengapa Dia telah datang : "Aku datang untuk melemparkan api ke bumi dan betapakah Aku harapkan, api itu telah menyala!...Kamu menyangka, bahawa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi? Bukan, kata-Ku kepadamu, bukan damai, melainkan pertentangan." Sesetengah daripada kita mungkin mendapati kenyataan Yesus sukar untuk difahami dan diterima. Lagipun, Dia dipanggil Putera Damai oleh nabi Yesaya. Sekarang Dia berkata bahawa Dia akan melemparkan api ke bumi dan membawa pertentangan. Bagaimana kita memahami kenyataan yang sedemikian itu? Kita perlu ingat bahawa Yesus, dan kita juga, bukan hanya imam dan raja , tetapi juga seorang nabi. Dalam Perjanjian Lama, nabi palsu adalah orang yang cuba untuk menyenangkan hati audiens, terutamanya para pemerintah. Nabi palsu yang sebegitu mempunyai agenda peribadi, seperti kepuasan peribadi , kemasyhuran , populariti, kekayaan atau pengiktirafan. Sebaliknya , nabi yang sebenar mewartakan Firman Tuhan, kepada orang sezaman tanpa mengira akibatnya. Nabi yang sebenar berusaha bercakap benar, dan kata-kata dan amarannya adalah bertujuan untuk menjadikan kita melihat ke dalam diri kita dan menyedari bahawa diri kita mungkin musuh utama dan paling teruk, memandangkan sering kali, ia adalah keinginan dan perbuatan jahat kita yang menghalang kita daripada hidup menurut Firman Tuhan dan berjalan mengikut jalan-Nya. Dalam konteks inilah, kedatangan Yesus dan ajaran-Nya akan melemparkan api ke bumi dan membawa pertentangan.

Jadi apakah makna ini kepada kita? Apa yang dimaksudkan ialah Yesus sekarang meminta kita membuat pilihan kita: menyokong atau menentang-Nya ; untuk mengatakan ' Ya' kepada Allah atau mengatakan 'Tidak.' Tidak ada di-antara , tiada jika , mungkin atau tetapi. Pilihan kita akan memberi kesan yang kekal : Hidup mengikut Firman-Nya dan kita akan mempunyai hidup yang kekal ; atau bertentangan terhadap Firman-Nya dan kita akan menghadapi akibatnya, termasuk hukuman kekal. Tetapi kita tidak perlu untuk melalui ini bersendirian, kerana Yesus ada di sana untuk membimbing dan membantu kita. Dalam bacaan kedua, Santo Paulus memberikan kita kata-kata semangat ini : "Marilah kita menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlumba dengan tekun dalam perlumbaan yang diwajibkan bagi kita. Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan, yang dengan mengabaikan kehinaan tekun memikul salib ganti sukacita yang disediakan bagi Dia, yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Allah." Dengan kata-kata tersebut , Santo Paulus meminta kita untuk menjadikan Yesus model kita tatkala kita berlumba dalam perlumbaan hidup. Yesus memikul salib dan hina memandangkan " sukacita yang disediakan bagi Dia," dan kita juga perlu melakukan perkara yang sama. Yesus menerima kemenangan agung atas ketaatan -Nya kepada kehendak Bapa-Nya , dan kita juga boleh, jika kita hidup dengan Firman Tuhan. Oleh itu marilah kita membuat pilihan menyertai Yesus dan mengesahkan setiap hari dalam pemikiran, perkataan dan perbuatan. Marilah kita melepaskan segala-galanya yang menghalang kita, terutama dosa yang berpaut begitu mudah, dan berjalan secara berterusan dalam perlumbaan yang kita telah mula . Janganlah kita terlepas dari penglihatan Yesus, yang memimpin kita dalam iman kita dan membawa pada kesempurnaan, supaya kita akan bersama dengan-Nya untuk selama-lamanya .

Sabtu, 6 Ogos 2016

Minggu Biasa Ke-19 Tahun C

Orang yang berlainan mempunyai ketakutan yang berbeza. Ada yang takut pada kegelapan ; ada yang takut pada serangga , labah-labah , cicak (terutamanya yang dikenali sebagai gecko, yang menghuni dalam rumah) atau apa jua yang menjalar dan menyeramkan; ada yang takut kepada suami atau isteri mereka atas sebab tertentu ; ada yang takut pada kekalahan, walaupun dalam perkara-perkara kecil atau kurang signifikan; serta ada yang takut pada ketinggian. Antara banyak sebab orang mungkin berasa takut, saya percaya salah satu yang agak biasa adalah takut pada kematian atau saat akhir hayat. Ramai orang tidak suka bercakap atau berfikir tentang kematian. Mungkin mereka berfikir bahawa jika mereka tidak bercakap mengenainya atau berfikir tentang hal itu , ia tidak akan berlaku. Tetapi hakikatnya ialah, kematian akan berlaku, dan kita tidak boleh mengelak kematian. Ia boleh datang pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat.

Memandangkan kita tidak boleh mengelak kematian, jadi apakah yang kita boleh buat? Adakah kita cuba untuk berlari dan bersembunyi di suatu tempat, menggeletar dan betapa bodohnya, risau pada diri kita sendiri? Sudah tentu tidak! Kita hendaklah, seperti Yesus memberitahu kita dalam Injil hari ini, "siap sedia, kerana Anak Manusia datang pada saat yang tidak kamu sangkakan." Kita tidak harus terperangkap dalam keadaan tidak bersedia tetapi sentiasa bersiap sedia. Yesus juga menyakinkan kita: "Janganlah takut, hai kamu kawanan kecil! Kerana Bapamu telah berkenan memberikan kamu Kerajaan itu." Kita tidak perlu takut pada kematian, kerana kematian mengingatkan kita bahawa terdapat permulaan dan pengakhiran pada kehidupan fizikal kita ; bahawa kita perlu memberi perhatian kepada hubungan kita dengan orang lain, terutama dengan ahli keluarga dan rakan taulan kita, ketika waktu singkat kita di dunia ; bahawa kuasa , kekayaan dan populariti semuanya sementara, dan kita harus tetap rendah hati ; bahawa kita adalah manusia, kita lemah dan kita akhirnya perlu bergantung kepada Tuhan untuk segala-galanya ; dan bahawa kita harus melihat serius ke dalam kehidupan rohani kita dan memastikan jiwa kita bersih dan bersedia untuk bertemu dengan Tuhan dan bersama dengan-Nya.

Selain itu, bacaan kedua mengingatkan kita bahawa "iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat." Sesetengah daripada kita takut pada kematian kerana kita takut akan sesuatu yang tidak diketahui, dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita. Tetapi iman memberikan kita jawapannya. Iman memberitahu kita bahawa Tuhan tidak akan meninggalkan kita dan akan membina sebuah rumah untuk kita dengan-Nya di syurga.

Oleh itu, marilah kita mempunyai iman dan keyakinan bahawa Allah akan menjaga kita . Jika kita percaya kepada-Nya dan menyediakan diri kita secara konsisten dan setia dengan penuh harapan dan rendah hati, maka kita tidak harus mempunyai sebarang sebab untuk takut pada kematian, kerana kita hanya orang asing dan pengembara di dunia dalam mencari tanah air sebenar kita, tanah air yang lebih baik, tanah air kita yang di syurga.

Sabtu, 30 Julai 2016

Minggu Biasa Ke-18 Tahun C

Antara banyak perkara yang kita khuatir dalam kehidupan di dunia ini, satu yang berada di kedudukan agak tinggi adalah sekuriti. Kita bimbang tentang sekuriti bukan sahaja dalam memastikan keluarga kita dan kita selamat daripada perompak, penyamun, pencuri dan karakter laim yang tidak diingini,kita juga mementingkan sekuriti yang berbentuk lain seperti kekayaan dan harta benda. Umtuk merancang masa depan dan sediakan payung sebelum hujan, kita bersusah payah untuk membeli polisi insurans, membuat pelaburan , menyimpan wang dalam bank, kerana kita sering berfikir tentang masa depan kewangan kita dan masa depan anak-anak kita.

Persoalannya ialah: sebagai orang Kristian, adakah salah untuk bekerja deni sekuriti bagi keluarga kita dan diri kita sendiri di dunia ini? Sudah tentu tidak. Kita masih perlu untuk hidup dan terus hidup di dunia. Tetapi apa yang kita perlu sedar ialah keinginan kita untuk sekuriti di dunia harus diletakkan dalam perspektif yang betul. Dalam Injil hari ini, Yesus memberitahu kita tentang seorang petani kaya yang mempunyai perspektif sekuriti yang menyebabkan akhirnya dia kehilangan semuanya. Apakah kesilapan petani kaya tersebut? Apakah kesalahan yang dibuatnya? Dia tamak. Dia "mengumpulkan harta bagi dirinya sendiri." Yesus memberi amaran kepada kita sebelum menceritakan kisah petani kaya dengan memberi kita amaran ini: "Berjaga-jagalah dan waspadalah terhadap segala ketamakan, sebab walaupun seorang berlimpah-limpah hartanya, hidupnya tidaklah tergantung dari pada kekayaannya itu." Tamak menyebabkan seseorang bergantung kepada harta benda semata-mata untuk sekuritinya memandangkan memiliki harta benda menjadikan dia berfikir bahawa dia dapat mengawal kehidupannya, dan dia mula hanya bergantung kepada dirinya untuk sekuritinya, lupa yang semua kekayaan ini hanya diperolehi melalui rahmat Allah. Akhirnya, dia lupa bahawa hidupnya berada di tangan Allah. Ketamakan menghalang petani kaya dari memikirkan tentang orang lain dan berkongsi apa yang ada padanya dengan orang lain. Sebaliknya, dia mempunyai rancangan untuk membina lebih banyak bangsal dan berfikir untuk menyorok atau " mengumpulkan harta bagi dirinya sendiri," dan bukan untuk sesiapa pun.

Justeru adakah ini bermakna bahawa memiliki kemewahan dan kekayaan adalah melampau atau salah? Tidak. Yesus bukan mengutuk kekayaan , tetapi Dia memberitahu kita untuk berkongsi kekayaan dan harta benda kita.Yesus memberitahu kita bahawa, pada akhirnya, kita tidak boleh membawa bersama kekayaan kita apabila kita mati. Sebaliknya, perlu menghabiskan hidup melabur dalam perkara yang benar-benar penting, iaitu perkara yang kekal. Seperti Santo Paulus mengingatkan kita dalam bacaan kedua: "Kerana itu, kalau kamu dibangkitkan bersama dengan Kristus, carilah perkara yang di atas, di mana Kristus ada, duduk di sebelah kanan Allah. Fikirkanlah perkara yang di atas, bukan yang di bumi. Sebab kamu telah mati dan hidupmu tersembunyi bersama dengan Kristus di dalam Allah.Apabila Kristus, yang adalah hidup kita, menyatakan diri kelak, kamu pun akan menyatakan diri bersama dengan Dia dalam kemuliaan." Dalam erti kata lain, sekuriti kita yang sebenar bukan terletak pada perkara di dunia ini, tetapi dalam Yesus.

Hakikatnya, kehidupan adalah sukar. Kita tahu itu semua. Kita menghadapi cabaran setiap hari. Kita bekerja keras untuk menjadikan kehidupan kita lebih selesa, dan dengan demikian , kita mengumpul pelbagai jenis barang, gajet, gizmos (perkataan lain untuk gajet - tapi seseorang itu tidak ingat nama gajet tersebut) dan kemudahan/kesenangan lain. Kadang-kadang , apabila kita terlalu sibuk menyediakan lebih keselesaan hidup di dunia ini , kita lupa tentang Tuhan, gereja malah keluarga kita sendiri. Kita memberi tekanan kepada anak-anak kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan bagi memperolehi pekerjaan yang baik. Tiada sesiapa pun yang mengatakan bahawa ini boleh diabaikan atau dielakkan,memandangkan perkara ini mempunyai tujuan dan kepentingan masing-masing, namun tidak boleh menjadi perkara yang paling penting dalam kehidupan kita. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini mengawal kehidupan kita, kerana apabila kita berbuat begitu, kita menjadi abdi kepadanya. Kita tidak boleh lupa bahawa kita tidak boleh membawa apa-apa pun dengan kita apabila kita mati.Kita datang ke dunia ini tanpa mempunyai apa-apa dan kita akan meninggalkan dunia ini tanpa membawa apa-apa pun.

Hari ini, marilah kita merenung jenis kehidupan yang kita diam. Adakah kata-kata, usaha dan tindakan kita akhirnya membantu kita berkembang dalam hubungan dengan Tuhan dan berkembang lebih dekat kepada-Nya? Atau adakah kita menyesatkan diri kita, dipengaruhi dan diperhambakan dengan cara duniawi, hanya untuk menyesal kemudian? Semoga kita menyedari keadaan jiwa kita berada, dan mengambil tindakan perlu sementara kita mempunyai masa dan peluang untuk berbuat demikian, untuk faedah masa depan kita yang kekal.

Sabtu, 23 Julai 2016

Minggu Biasa Ke-17 Tahun C

Mengapa anda berdoa? Bagaimana anda berdoa? Adakah anda berdoa untuk mendapatkan sesuatu ; untuk mendapat penyembuhan bagi diri sendiri atau untuk orang lain ; atau atas sebab lain? Tetapi kerap kali, doa-doa kita tidak termakbul mengikut cara yang kita mahu. Kemudian apa yang berlaku? Adakah sesetengah kita mula risau dan memuncungkan mulut, marah kerana Tuhan tidak membantu kita atau memakbulkan doa-doa kita? Atau adakah kita mula pergi pada lain-lain bentuk bantuan, berfikir yang ini akan membantu kita sebaliknya? Atau adakah sesetengah kita berputus asa , berfikir bahawa apa jua, Allah tidak akan membantu kita dan malah sesetengah kita putus harapan? Bagaimana kita sebenarnya harus berdoa sebagai orang Kristian?

Dalam Injil hari ini, Yesus memberitahu kita : "Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketuklah, maka pintu akan dibukakan bagimu." Bagaimana kita memahami kata-kata Yesus, memandangkan bahawa doa kita tidak selalu dimakbulkan tidak kira betapa bersungguh-sungguhnya kita cuba? Mungkin kunci atau petunjuk boleh didapati pada separuh pertama Doa Bapa Kami :"Bapa kami yang ada di syurga, dikuduskanlah nama-Mu; datanglah kerajaan-Mu. Jadilah kehendak-Mu, di atas bumi seperti di dalam syurga.Berikanlah kami setiap hari makanan kami yang secukupnya." Apakah makna kata-kata ini? Maknanya, setiap kali kita berdoa, kita berdoa bahawa apa sahaja yang berlaku, akan memuliakan Tuhan dan bukannya diri kita sendiri. Ini bermakna bahawa kita berdoa agar kerajaan Allah akan didirikan dan menurut kehendak-Nya dan bukannya mendirikan kerajaan kita sendiri atau menurut kehendak diri kita sendiri.Ini bermakna kita berdoa bahawa kita akan bergantung kepada-Nya untuk kesejahteraan kita dan malah rezeki harian kita harus dilihat sebagai pemberian/kurniaan yang sebenar daripada Tuhan. Inilah kandungan dan matlamat doa kita, jenis doa yang Allah tidak akan tolak.

Masalahnya, sesetengah kita berfikir seolah-olah kita boleh memanipulasi dan mengawal Allah melalui doa-doa kita. Sebagai contoh, jika kita menghadiri sejumlah novena atau berdoa sejumlah rosari atau kita berdoa chaplet kerahiman ilahi atau patuh mengikuti devosi tertentu, kita percaya bahawa doa-doa kita akan dimakbulkan. Apa yang kita tidak sedar ialah doa itu bukan magis, atau "some sort of murgaga or hokus pokus" (kata-kata magis yang digunakan oleh ahli magis semasa melakukan helah magis seperti Abra Kadabra" yang kadangkala kita tonton di televisyen. Doa bukan bererti kita boleh mengawal Tuhan. Sebaliknya, doa yang sebenar/sejati membawa pertaubatan dan perubahan dalam diri kita, supaya kita boleh belajar untuk membiarkan Tuhan mengawal kehidupan kita. Sememangnya, Tuhan ada memakbulkan doa-doa. Tetapi jawapan-Nya mungkin tidak mengikut apa yang kita boleh jangkakan atau harapkan. Kadang-kadang, Allah kata 'Ya, 'kadang-kadang 'Tidak, ' kadang-kadang 'sekarang, ' kadang-kadang ' kemudian, ' kadang-kadang 'cara ini, ' kadang-kadang ' cara itu. ' Walau apa jua keputusan yang mungkin, Allah lebih mengetahui . Adakah kita bersedia untuk mempercayai Allah dan membiarkan Dia membuat keputusan?

Hari ini, marilah kita berdoa bersungguh-sungguh, konsisten dan dengan rendah hati, percaya dan sabar, ketahui bahawa Allah kita tahu apa yang terbaik untuk kita serta akan memakbulkan doa-doa kita mengikut masa -Nya, tujuan-Nya, kasih-Nya dan belas kasih-Nya, serta demi kemuliaan-Nya yang lebih besar.

Sabtu, 16 Julai 2016

Minggu Biasa Ke-16 Tahun C

Sesetengah kita nampaknya mempunyai keinginan untuk melakukan banyak perkara dalam gereja. Sesetengah rasanya mempunyai keperluan untuk terlibat dalam banyak ministri yang berbeza, dan menolong dalam banyak projek dan aktiviti yang berbeza , berfikir tanpa bantuan atau penglibatan mereka, ministri, projek atau aktiviti mungkin gagal atau kurang berjaya. Tetapi adakah orang Kristian cuma mengenai apa yang dibuat?

Dalam Injil hari ini, kita terjumpa dua orang adik-beradik perempuan yang berbeza pandangan tentang apa yang dilakukan dan djiwai sebenarnya. Marta sibuk melayan agar Yesus berasa dialu-alukan di rumahnya.Dia adalah orang yang jenis tidak boleh duduk diam dan mesti selalu kerja kerana pasti ada seseorang perlu dijaga atau tugas tertentu yang perlu diselesaikan. Dia melakukan yang terbaik dengan menganggap bahawa melakukan yang terbaik adalah apa yang Tuhan mahu daripada dia. Tetapi soalnya bukan apa yang Marta boleh lakukan. Apa yang lebih penting ialah apa yang Yesus boleh lakukan untuk dia. Dan ini adalah apa yang Maria izin Yesus untuk lakukan. Maria duduk dekat kaki Yesus , yang pada sesetengah orang barangkali tidak berguna dan tidak melakukan apa-apa . Tetapi dia sebenarnya membenarkan Yesus menjadi Yesus, sebagai Guru, Panduan dan Tuhannya . Begitu juga, dalam bacaan pertama , Abraham berfikir bahawa dia telah memberi layanan baik kepada tiga orang lelaki , tanpa mengetahui bahawa Allah ada di tengah-tengahnya. Dia menyangka bahawa dia telah menyenangkan hati tetamunya dengan keramahannya, tetapi tetamunya , Allah, yang bakal akan melakukan nikmat untuknya. Abraham, yang tidak menpunyai anak selama bertahun-tahun lamanya, kini bakal mempunyai seorang anak, satu pemberian daripada Allah.

Kadang-kadang kita lupa bahawa Allah mengajak kita untuk mengambil bahagian dalam kerja penyelamatan-Nya. Apa pun sumbangan kita, ia tetap sentiasa merupakam kerja Tuhan, bukan kita dan kita tidak boleh mengambil kredit untuk semua orang yang kita telah bantu, kerana Allah telah memilih kita sebagai instrumen -Nya untuk membantu mereka. Jika kita gagal untuk mengenalpasti ini, maka kita mungkin membina kerajaan kita sendiri bukannya kerajaan Allah. Inilah sebabnya mengapa Santo Paulus dalam bacaan kedua boleh bercakap dengan harapan dan kegembiraan begitu kerana dia sedar bahawa dia hanya seorang hamba Allah dan hanya satu bahagian kecil dalam seluruh rencana Allah untuk menyelamat manusia. Akhirnya, Paulus tahu bahawa semua yang dia telah lakukan adalah untuk kemuliaan Tuhan.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita masih fokud dalam hanya melakukan perkara-perkara untuk Allah, tanpa meluangkan masa bersama dengan -Nya dan mendengar bisikan -Nya? Adakah kita melakukan perkara-perkara untuk menunjukkan betapa hebatnya, cerdiknya, mampunya atau pentingnya kita, atau kita telah belajar untuk memberi kepada Tuhan kemuliaan untuk semua yang kita lakukan? Marilah kita sentiasa ingat bahawa kita bukanlah tuan tetapi cuma hamba , dan kita sedang membina kerajaan Tuhan, bukannya kerajaan kita sendiri.

Sabtu, 9 Julai 2016

Minggu Biasa Ke-15 Tahun C

Sesetengah kita masih ingat kelas katekism kita atau malah dalam sesetengah kes pada sesi RCIA , di mana kita diingatkan tentang apa yang kita boleh atau tidak boleh lakukan sebagai orang Kristian. Sebagai contoh, sesetengah kita ingat diberitahu yang kita tidak boleh makan daging pada hari Jumaat ; atau jika kita telah melakukan suatu dosa yang serius itu, kita perlu pergi pengakuan terlebih dahulu sebelum pergi komuni; atau kita perlu pergi gereja setiap hari Minggu atau setiap hari jika boleh; begitu banyak perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan yang mungkin tak hemti-henti. Nampaknya seolah-olah menjadi orang Kristian bermaksud mematuhi begitu banyak hukum dan sekatan , menjadikan kehidupan yang tampaknya melemaskan atau mengekang bagi sesetengah orang. Tetapi adakah kehidupan Kristian cuma untuk memelihara hukum? Mumgkin betul, ya dan tidak, memandangkan kehidupan Kristian sebenarnya menuntut kita memelihara satu-satunya Hukum, iaitu Kasih, yang mesti menjadi asas kepada semua hukum yang lain.

Injil hari ini memberitahu kita tentang tiga orang berlainan yang terserempak dengan seorang yang telah dirompak, dipukul, dan ditinggalkan setengah mati. Dua orang yang terawal , imam dan orang Lewi, melewati orang yang dalam kesakitan, kononnya bukan menjadi orang 'jahat' , tetapi mereka sebenarnya cuma cuba menjadi orang Yahudi yang baik, memandangkan bagi mereka, memelihara Hukum itu adalah lebih penting. Ini disebabkan menurut orang Yahudi , menyentuh seseorang yang berlumuran darah bakal menyentuh seseorang yang dianggap 'najis.' Sebaliknya, Orang Samaria, adalah orang luar , yang bukan orang Yahudi. Namun, orang Samaria inilah yang menghulurkan bantuan pada orang yang memerlukan. Dia turut bersimpati dengannya, memastikan kebajikannya dijaga sehingga dia pulih sepenuhnya.

Kemurahan hati orang Samaria adalah salah satu contoh kisah kasih yang Yesus katakan dalam Injil, seperti yang bacaan pertama mengingatkan kita, "firman ini sangat dekat kepadamu, yakni di dalam mulutmu dan di dalam hatimu, untuk dilakukan. "Kasih bukan sekadar sesuatu yang kita patuhi atau lakukan demi kewajipan, tetapi harus bebas diberi dan bebas diterima. Yesus merupakan contoh sempurna bagi kasih ini, dengan menjadi manusia dan mati di atas salib untuk kita, supaya kita kekal hidup. Dalam hidup -Nya dan kematian-Nya, Dia setia/berpegang pada hukum yang paling besar, perintah yang paling besar iaitu hukum mengenai kasih.

Hari ini , mari kita mengikut contoh orang Samaria, dan contoh Yesus, dan bukan cuma mengikut hukum Allah secara membuta tuli seperti imam dan orang Lewi itu. Sebaliknya, janganlah kita lupa untuk mengikut hukum yang paling besar dari semua, iaitu hukum Kasih.

Sabtu, 2 Julai 2016

Minggu Biasa Ke-14 Tahun C

Pembacaan hari ini memberi kita dua imej bertentangan yang seolah-olah tidak mungkin dapat harmoni. Satu adalah kelimpahan (melimpah-ruah) dan bersukacita/bergirang ; yang satu lagi adalah salib dan (sikap) menahan diri. Apabila kita melihat imej-imej ini , kita akan tertanya-tanya bagaimana kita boleh menghubungkan kedua-duanya , memandangkan mencari suatu sambungan nampaknya tidak begitu jelas atau terus-terang. Tetapi jika kita melihat dengan berbeza dan teliti pada mesej yang dipersembahkan dalam pembacaan hari ini, kita dapat melihat bagaimana kedua-dua sebenarnya dapat dipadankan bersama.

Dalam bacaan pertama , mesej Yesaya adalah satu wawasan masa depan. Yerusalem, yang telah dimusnahkan, penduduknya berselerak , akan makmur semula serta rakyatnya dibawa kembali dan orang Israel yang tua berpaut dengan harapan dan percaya pada janji keselamatan dan kebahagiaan masa depan ini. Dalam keadaan semasa, sesetengah kita juga menempuh bandar-bandar yang dimusnahkan oleh perang, bandar-bandar yang dibelenggu kemiskinan; dan bandar-bandar yang penuh dengan jenayah. Kita bersedih atas apa yang berlaku pada bandar-bandar itu, dan kita tertanya-tanya sama ada Allah akan mengubah ratapan mereka menjadi menggirangkan. Ini bukan satu harapan sia-sia atau hanya satu mimpi, bahkan mazmur hari ini mengingatkan kita , Allah "mengubah laut menjadi tanah kering, dan orang-orang itu berjalan kaki menyeberangi sungai." Tuhan membebaskan orang sebelum ini; dan Dia pasti boleh melakukannya lagi. Tetapi bagaimana Dia akan berbuat begitu?

Injil hari ini memberi kita jawapan kepada soalan ini. Dunia memerlukan banyak pekerja yang akan memghidupkan Kerajaan Allah. Yesus mengutus tujuh puluh dua orang secara berpasangan, ke semua bandar-bandar dan tempat-tempat yang Dia sendiri akan lawati, dan Dia menghantar kita keluar untuk meneruskan kerja mereka. Hari ini kita adalah mereka yang dengan mesej,"Damai sejahtera bagi rumah ini." "Damai sejahtera" seolah-olah salam yang ringkas untuk diberi, tetapi satu tugas yang besar dan mencabar untuk dicapai. Tetapi damai sejahtera dunia benar-benar bermula dalam keluarga kita dan kejiranan kita, dan kita boleh dan mesti bertapak di sana. Yesus memberi amaran kepada kita bahawa mesej damai sejahtera mungkin akan ditolak. Usaha ganjak kita tidak selalu dihargai. Tetapi Allah membaik pulih orang pada zaman lalu, dan melalui kita, Allah boleh terus untuk membaik pulih orang pada zaman ini.

Satu perkara yang kita perlu sentiasa ingat bahawa kita adalah ciptaan baru yang dikatakan Paulus dalam bacaan kedua pada hari ini. Dan seperti Paulus, kita juga perlu bersedia untuk disalibkan atas sesetengah standard dunia kita , standard yang berdiri bertentangan dengan pemerintahan Allah. Inilah cara salib itu masuk ke dalam hidup kita, dan damai sejahtera Allah itu akan mula tersebar di rumah kita, kejiranan kita, bandar kita, negara kita, ke seluruh dunia. Marilah kita berdoa agar Allah akan terus membantu kita dalam usaha kita dan mengurniakan kita lebih kesabaran dalam menyebarkan mesej damai sejahtera-Nya kepada semua.

Sabtu, 25 Jun 2016

Minggu Biasa Ke-13 Tahun C

Ramai di antara kita menggelar diri kita orang Kristian serta melakukan yang terbaik untuk menjalani kehidupan yang elok dan taat. Kita berusaha untuk pergi ke gereja sekerap mungkin, malah ada sesetengah orang yang pergi setiap hari. Walau bagaimanapun, mari kita renung sebentar: jika Yesus telah datang kepada anda dan meminta anda untuk " Mari, ikutlah Aku ," apakah jawapan anda ? Adakah anda akan berkata " ya" dengan segera, atau adakah anda akan mula memikirkan semua perkara yang anda perlu selesaikan sebelum mengikuti Yesus , atau sebaliknya membuat pelbagai alasan?

Injil hari ini memberi kita gambaran yang sangat jelas mengenai apa yang diperlukan dari kita untuk menjadi pengikut Yesus. Secara ringkas, kita mesti bersedia untuk melepaskan semua perkara yang bernilai untuk mengikut Yesus. Dalam Injil, kita melihat tiga situasi yang berbeza. Pertama, Yesus mengingatkan kita bahawa walaupun semua makhluk yang lain mungkin mempunyai rumah, Anak Manusia itu sendiri tidak mempunyai rumah yang kekal. Ini bermakna seorang pengikut perlu meninggalkan segala bentuk sekuriti seperti satu pekerjaan yang baik, sebuah keluarga yang baik, atau suatu pendidikan yang baik , untuk mengikut Yesus. Orang kedua tidak dapat mengikut Yesus dengan segera kerana dia perlu menunaikan tanggungjawab taat kepada ibu bapa untuk menguburkan ayahnya. Namun, walaupun begitu, menurut Yesus, dia ini tidak mengambil keutamaan ke atas panggilan untuk mengikut Yesus. Akhirnya, orang ketiga diingatkan bahawa jika seseorang itu mengikut Yesus, dia tidak dapat lagi berpatah balik : "Setiap orang yang siap untuk membajak tetapi menoleh ke belakang, tidak layak untuk Kerajaan Allah." Ketiga-tiga situasi ini adalah contoh betapa tingginya kos menjadi pengikut. Tetapi Yesus tidak meminta kita menjadi tidak taat atau mengabai kewajipan kita kepada ibu bapa dan orang tua kita, memandangkan khidmat kepada Tuhan tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab seseorang itu terhadap ibu bapa. Namun apa yang Injil beritahu kita adalah seseorang itu mesti bersedia untuk "mati" (mengorbankan) keperluan peribadi seseorang itu, kesukaan dan ketidaksukaan, malah juga agenda untuk mengikut Yesus.

Bacaan pertama memberitahu kita tentang Elisa , yang menyahut seruan Elia, serta menyembelih pasangan lembu itu, dan membakar bajak lembu. Apa yang dilakukan oleh Elisa adalah dia menyerahkan segala-galanya: dia meninggalkan hidupnya sebagai seorang petani untuk menjadi seorang nabi dan mengikut Elia. Ini adalah suatu tanda komitmen yang tegas. Adakah kita bersedia untuk membuat komitmen yang tegas seperti dilakukan Elisa , untuk mengikut Yesus? Ingatlah bahawa sebaik sahaja kita telah benar-benar dan ikhlas memutus untuk mengikut Yesus, tidak dapat lagi berpatah balik. Adakah kita sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Yesus, demi untuk Kerajaan Allah?

Sabtu, 18 Jun 2016

Minggu Biasa Ke-12 Tahun C

Memang kelihatan menarik untuk memerhati bagaimana sesetengah orang memandang Allah. Sesetengah orang seolah-olah ternantikan Tuhan yang akan memberkati mereka dengan kekayaan dan nasib yang baik,yang akan melindungi mereka dari segala bahaya, yang akan menyelesaikan semua masalah mereka, yang akan memberikan mereka kebahagiaan dan kedamaian. Ini mungkin adalah apa yang diharapkan Petrus dalam Injil hari ini, apabila Yesus datang ke dalam hidupnya. Petrus berharap dan menganggap Yesus telah datang untuk membebaskan orang Israel dari orang Rom,dan memimpin Israel sebagai sebuah negara kembali ke zaman kegemilangan mereka yang lalu. Tetapi Yesus memberi gambaran yang sangat berbeza akan peranannya, dengan berkata diri-Nya sebagai:" harus menanggung banyak penderitaan dan ditolak oleh tua-tua, imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, lalu dibunuh." Yesus sedang cuba untuk membantu Petrus dan murid-murid-Nya memahami bahawa Dia adalah Allah yang bersedia untuk menderita dan mati untuk kita kerana Dia mengasihi kita.

Apakah makna ini kepada kita? Ini bermakna untuk menjadi pengikut Kristus, kita mesti jadi seperti yang diberitahu Yesus di dalam Injil hari ini: "Setiap orang yang mahu mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku.Kerana barangsiapa mahu menyelamatkan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya; tetapi barangsiapa kehilangan nyawanya kerana Aku, ia akan menyelamatkannya." Apa sahaja yang kita dapat di dunia ini semata-mata membawa kepuasan sementara, dan kita boleh menjadi mudah tidak puas hati dan mencari perkara-perkara lain yang boleh memuaskan ; tetapi tiada apa yang benar-benar dapat memuaskan tetapi kasih Tuhan. Ini juga bermakna bahawa sebagai seorang pengikut Kristus, kita adalah satu dalam Kristus, seperti Santo Paulus dalam bacaan kedua mengingatkan kita: "Sebab kamu semua adalah anak-anak Allah kerana iman di dalam Yesus Kristus. Kerana kamu semua, yang dibaptis dalam Kristus telah mengenakan Kristus. Dalam hal ini tidak ada orang Yahudi atau orang Yunani, tidak ada hamba atau orang merdeka, tidak ada lelaki atau perempuan, kerana kamu semua adalah satu di dalam Kristus Yesus." Ini bermakna bahawa sebagai orang dalam Kristus, kita perlu membantu antara satu sama lain dan bersama-sama mengalami kasih Allah.

Sesetengah daripada kita mungkin tertanya-tanya: bagaimana kita hendak menangani penderitaan? Adakah penderitaan, perkara yang tidak baik? Tidak, Yesus mengajar kita melalui teladan hidup-Nya bahawa penderitaan bukanlah satu perkara yang tidak baik atau musuh kita. Malah, Yesus menunjukkan kepada kita melalui teladan hidup-Nya yang kita semua mengalami kesakitan dan penderitaan, tetapi apabila datangnya penderitaan, kita boleh memilih sama ada untuk mengadu dan menjadi muram dan marah ; atau kita boleh memilih untuk melihat bagaimana Allah dapat membawa kebaikan daripada pengalaman ini. Hari ini, janganlah kita takut atau putus asa jika kita mengalami penderitaan, memandangkan Allah ada di sana untuk membantu dan membimbing kita, mengubah kita menjadi suatu yang lebih baik, demi kemuliaan-Nya.

Sabtu, 11 Jun 2016

Minggu Biasa Ke-11 Tahun C

Kadangkala kita bertembung dengan orang yang berfikir bahawa mereka adalah orang Kristian yang baik kerana mereka memelihara dan mematuhi undang-undang Tuhan dan undang-undang gereja dengan taat. Mereka berfikir bergelar seorang Kristian atau memiliki iman Kristian bererti mematuhi undang-undang tersebut. Masalah dengan pemikiran sedemikian adalah tatkala kita mula berfikir yang agama kita sebagai satu set undang-undang semata-mata, iman kita kemudiannya berdasarkan rasa takut pada penghakiman dan hukuman dari Allah. Sesetengah daripada kita mula berfikir bahawa jika kita patuh pada undang-undang ini kita akan diberkati dan tiada perkara buruk akan berlaku kepada kita , tetapi jika kita melanggar undang-undang ini maka kita akan dihukum dan disumpah. Apabila agama berdasarkan perasaan takut, kita jadi menghakimi. Kita mula menghukum orang lain berdasarkan penampilan luaran dan tingkah laku, dan kita bersedia menangkap orang apabila mereka membuat kesilapan dan cepat untuk mengutuk atau memulaukan mereka daripada komuniti. Tetapi adakah ini sebenarnya Kristianiti? Sebagai orang Kristian, bagaimana kita melihat orang lain?Adakah kita sering menilai orang lain berdasarkan penampilan, mengingati dan menggunakan kesilapan mereka untuk menentang mereka?

Dalam bacaan hari ini, kita diingatkan tentang apa maksud sebenar menjadi seorang Kristian . Dalam bacaan kedua, Santo Paulus mengingatkan kita bahawa "tidak seorangpun yang dibenarkan oleh kerana melakukan hukum Taurat, tetapi hanya oleh kerana iman dalam Yesus Kristus." Ini bererti tidak cukup untuk hanya mengikuti satu set peraturan dan undang-undang , kerana iman kita adalah berdasarkan hubungan dengan Tuhan dan punca iman kita mestilah kasih. Tuhan berhubung dengan kita bukannya sebagai hakim menunggu untuk menghukum kita apabila kita melakukan kesalahan tetapi sebagai Allah yang mengasihi kita , seperti Santo Paulus memberitahu kita imannya: "Hidupku yang kuhidupi sekarang di dalam daging, adalah hidup oleh iman dalam Anak Allah yang telah mengasihi aku dan menyerahkan diri-Nya untuk aku."

Selain itu, kita juga dipanggil untuk berbelas kasihan dan bukan menghakimi. Injil hari ini memberi kita cerita indah mengenai Yesus dan perempuan berdosa. Dalam Injil, orang Farisi yang menjemput Yesus ke rumahnya hanya melihat seorang perempuan berdosa. Perempuan ini digambarkan sebagai seorang yang mempunyai "nama yang tidak baik di kota. " Bagi orang Farisi, dosa perempuan ini adalah terlalu besar serta tidak boleh dimaafkan, dan bahawa dia telah dikutuk dan ditakdirkan. Tetapi Yesus melihat perempuan itu dengan berbeza. Dia tahu bahawa dia adalah seorang berdosa tetapi Dia juga tahu dia boleh berubah jika diberi peluang. Belas kasih dan pengampunan mewujudkan peluang untuk perubahan, dan membolehkan kita untuk meninggalkan masa lampau di belakang. Belas kasih dan pengampunan adalah cara bagaimana Allah berhubung dengan kita dan mencabar kita untuk juga menunjukkan belas kasih dan pengampunan kepada orang lain.

Hari ini, semoga kita mula untuk menunjukkan belas kasih, faham-memahami dan pengampunan antara satu sama lain. Semoga kita menyedari bahawa kita semua adalah orang berdosa dan mengakui bahawa kita tidak sempurna. Semoga kita mengakui bahawa kita telah menyakiti satu sama lain dengan rasa bangga diri, ego, dan mementingkan diri sendiri. Tetapi jangan kita kekal terperangkap dengan kegagalan kita, kerana Allah telah menunjukkan kepada kita jalan ke hadapan melalui pengampunan dan belas kasih. Semoga kita tekad dalam perjalanan kita, tatkala kita belajar untuk memaafkan dan dimaafkan , dan biarkan Allah kita yang maha penyayang menjadi bantuan dan panduan kita.

Sabtu, 4 Jun 2016

Minggu Biasa Ke-10 Tahun C

Setiap seorang daripada kita akan melalui beberapa jenis penderitaan dalam hidup kita. Penderitaan boleh membentuk atau membinasakan kita. Kita sudah biasa dengan apa yang dilakukan sesetengah orang pada diri mereka kerana penderitaan: mereka menyisihkan diri; berasa mereka tidak boleh bertahan lagi ; malah ada yang putus asa dan menamatkan segala-galanya dengan membunuh diri. Kita juga sudah biasa dengan bagaimana sesetengah orang mengendalikan penderitaan mereka : mereka masih boleh tersenyum manis dan hidup normal, mempunyai pandangan positif dan bergantung pada pertolongan Allah dengan sabar dan yakin. Bagaimana pula dengan kita? Bagaimana kita akan respons pada penderitaan? Bagaimana pula dengan penderitaan orang lain? Apa yang telah kita lakukan apabila kita berhadapan dengan penderitaan orang lain? Apa yang telah kita lakukan apabila orang berkongsi kesakitan dan penderitaan mereka dengan kita? Adakah kita kekal tidak tergerak atau melibatkan diri kita sendiri dalam penderitaan mereka dengan mendengar luahan atau menghulurkan bantuan.

Dalam bacaan hari ini, kita mempelajari bahawa terdapat orang yang benar-benar mengambil berat terhadap orang lain ; mereka tidak menjauhkan diri daripada orang lain yang berada dalam penderitaan tetapi sebaliknya melakukan sesuatu untuk membantu. Inilah yang dilakukan Elia kepada balu dari Sarfat dalam bacaan pertama, di mana Elia menyeru pertolongan Allah dan membawa anak balu itu hidup kembali.Begitu juga apa yang penduduk bandar itu lakukan dalam Injil untuk balu dari Nain, dengan menyertainya tatkala badan anaknya sedang diusung untuk dikebumikan. Yesus juga melakukan sesuatu yang menakjubkan untuk balu dari Nain, dengan membangkit anaknya hidup kembali.

Adakah kita tidak melihat/berpandukan pada contoh Elia dan Yesus dalam cara sesetengah kita mengendalikan mereka yang datang kepada kita? Apabila seseorang yang memerlukan datang kepada kita, adakah kita berusaha untuk meluangkan masa atau kita sering membuat alasan, mengatakan kepada diri kita sendiri yang kita ada perkara yang lebih penting yang perlu dilakukan? Jika kita membuat alasan dan mengelakkan diri daripada orang untuk melakukan perkara kita sendiri, maka mungkin perkataan "Allah telah melawat umat-Nya " dalam Injil hari ini tidak boleh kita ucapkan.

Hari ini, marilah kita meluangkan masa untuk orang lain apabila mereka memerlukan. Kadangkala, masa yang kita luangkan kepada mereka boleh bermakna lebih daripada semua khutbah yang boleh kita ucap, mahupun bantuan kewangan yang boleh kita tawarkan.Marilah kita menjadi lelaki dan wanita (umat) Allah, membawa kasih dan belas kasihan-Nya kepada orang lain, supaya dalam semua yang kita katakan dan lakukan,nama-Nya dimuliakan.

Jumaat, 3 Jun 2016

Hati Kudus Yesus

Bolehkah anda melihat kasih? Sudah tentu kita tidak boleh melihat kasih, jadi kita menggunakan simbol yang umum untuk mewakilinya, iaitu sebentuk hati/jantung. Apabila kita mengatakan seseorang mempunyai "berhati emas" , ia bermakna bahawa orang tersebut tidak mementingkan diri sendiri dan penyayang. Apabila kita bercakap dari hati ke hati dengan seorang kawan, kita menunjukkan keprihatinan yang mendalam dan mengambil berat terhadap seseorang yang kita kasihi. Apabila kita berkata , "mempunyai hati, " kita meminta seseorang agar menjadi lebih bertimbang rasa dan penyayang. Hati/jantung juga boleh dijelaskan dalam pelbagai aspek. Dari aspek santifik dan perubatan, ia adalah satu organ penting. Bila jantung berhenti sepenuhnya, semudah itu kita mati. Dari segi psikologi , hati itu dilihat sebagai pusat emosi dan perasaan. Dari segi moral, hati adalah punca kebaikan atau kejahatan, kerana dari hati alirnya kata-kata dan tindakan yang memberitahu kita sama ada apa yang dikatakan atau dilakukan itu baik atau buruk.

Hari ini kita meraikan Hari Raya/Pesta Hati Kudus Yesus. Hati Kudus Yesus yang kita lihat pada gambar adalah simbol yang mengingatkan kita kepada kasih ilahi Tuhan , kasih yang paling besar sekali. Hati Kudus Yesus terbakar dengan kasih, berseri-seri dengan kasih, terluka dengan kasih bagi kita setiap seorang. Imej Hati Yesus memfokus pada pengorbanan diri Yesus Kristus untuk kita. Imej Hati Kudus Yesus inilah yang mengingatkan kita bahawa Yesus adalah gembala kita, yang sentiasa menyeru kepada kita, orang berdosa, untuk kembali kepada-Nya.

Injil hari ini memberitahu kita bahawa apabila orang berdosa kembali kepada Yesus," Akan ada sukacita di syurga kerana satu orang berdosa yang bertaubat, lebih dari pada sukacita kerana sembilan puluh sembilan orang benar yang tidak memerlukan pertaubatan." Hati Kudus Yesus memanggilkan kita untuk " mempunyai hati " (berniat) dan kembali kepada Yesus , supaya kita terus hidup. Semoga kita berusaha untuk menjadi lebih dekat dengan Hati Kudus Yesus , dan membiarkan hati Yesus menyembuhkan kita, dan mengubah kita , supaya dalam semua yang kita katakan dan lakukan, kita akan memuliakan Tuhan.

Sabtu, 28 Mei 2016

Tubuh dan Darah Kristus

Sesetengah daripada kita sanggup berusaha atau menjangkaui lebih bagi mencari makanan dan minuman yang terbaik. Kita melawat ke kawasan pedalaman, berjarak jauh, berani meredah cuaca buruk, kesesakan lalu lintas, jalan yang sukar; semua ini hanya untuk merasai dan menikmati makanan dan minuman yang tidak berkekalan. Kadang kala nasib tidak menyebelahi kita, makanan dan minuman yang kita idamkan mungkin tidak ada atau habis dijual apabila kita tiba.

Namun, berapa ramai antara kita benar-benar menghargai tubuh dan darah Kristus? Hari ini kita meraikan Corpus Christi atau Tubuh dan Darah Kristus. Kristus memberikan kita tubuh dan darah -Nya sebagai makanan dan minuman sebenar, bukan sahaja berkhasiat untuk fizikal , tetapi khas untuk khasiat spiritual kita. Adakah kita melihat betapa bernilai dan berharganya menerima Tubuh dan Darah Yesus? Pada setiap Misa , kita diingatkan untuk mempersiapkan diri sebelum menerima komuni. Adakah kita betul-betul bersedia untuk menerima komuni? Adakah kita menemui sebarang dosa yang serius dan pergi pada pengakuan?

Sesetengah daripada kita mungkin leka tentang menyambut komuni. Sesetengah daripada kita mungkin tidak kerap menghadiri Misa dan menyambut komuni. Kelihatan pelik tatkala kita boleh menjadi sangat rajin dalam mencari makanan sementara di dunia ini , tetapi abai dalam menyediakan diri kita serta menyambut makanan yang baik untuk kehidupan kekal. Marilah kita sedar betapa berharganya, betapa signifikannya, betapa istimewanya makanan yang Yesus telah tawarkan kepada kita; dan biarlah kita benar-benar mempunyai niat/berhasrat dan bersedia untuk menerimanya.

Sabtu, 21 Mei 2016

Hari Minggu Tritunggal

Bagaimanakah kita hendak menjelaskan sesuatu yang tidak begitu mudah dijelaskan? Bolehkah kita pernah puas dengan menerangkan atau mendefinisikan Allah? bacaan hari ini memberikan kita beberapa poin penting.

Pertama, doktrin Tritunggal mengingatkan kita bahawa Tuhan adalah suatu misteri. Misteri merupakan sesuatu yang kita tidak boleh fahami sepenuhnya. Kita tidak mempunyai semua jawapan dan kita harus cukup rendah hati untuk membiarkan Tuhan memimpin kita dan mengambil alih.

Kedua, doktrin Tritunggal memberitahu kita bahawa Tuhan berada dalam hubungan. Tuhan memilih untuk datang dekat dengan kita dengan menghantar Anak-Nya untuk menyelamatkan kita. Ini membantu kita sedar bahawa Tuhan tidak jauh dari kita, Dia bersama kita dan mahu kita bersama dengan-Nya .

Akhirnya, Allah adalah kasih. Kasih ini bukan sahaja dalam Tritunggal, ia juga berkongsi dengan kita. Allah amat mengasihi kita sehingga Yesus datang untuk membantu kita dan menyelamatkan kita.

Apabila kita melihat Tritunggal, kita diingatkan untuk menjadi rendah hati dan bergembira dalam membiarkan Tuhan mengambil kawalan. Kadang-kala ada perkara yang kita tidak dapat menjelaskan dengan sepenuhnya dan tidak dapat memahami sepenuhnya. Tetapi jika kita percaya, Tuhan boleh membantu kita. Adakah kita masih berkeras dalam mencari jawapan, atau kita membiarkan Tuhan menjadi Tuhan?

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...