Sabtu, 22 April 2017

Minggu Paska Ke-2 Tahun A

Apakah jenis komuniti yang kita tinggal? Adakah komuniti kita bersatu? Adakah kita hidup dalam harmoni, gembira, bahagia, aman, muhibah, dan lain-lain dalam komuniti kita? Adakah kita mengambil berat dan berkongsi serta mengasihi antara satu sama lain dengan ikhlas sebagai sebuah komuniti? Bacaan pertama hari ini memberitahu kita tentang komuniti yang "bertekun dalam pengajaran rasul-rasul dan dalam persekutuan, berkumpul untuk memecahkan roti dan berdoa." Adakah komuniti sedemikian masih wujud pada hari ini?

Tatkala kita membaca lebih lanjut lagi mengenai komuniti Kristian yang awal, kita mendapati bahawa komuniti awal Kristian tidak sempurna. Sehingga hari ini tiada komuniti Kristian yang sempurna. Kita terus terluka dan disakiti oleh orang lain, kerana kita tidak sempurna. Walau bagaimanapun, perbezaan antara komuniti Kristian dan "komuniti" lain ialah: sebagai komuniti Kristian, kita dapat memaafkan orang lain dan menerima pengampunan daripada orang lain. Kadang-kadang sebahagian daripada kita cuba sendiri untuk mencari Tuhan. Tetapi Allah hadir di tengah-tengah komuniti, tidak kira betapa teruk atau berdosanya ahli komuniti berkenaan. Jika kita menjauhkan diri dari komuniti, kita menjauhkan diri dari Allah.

Oleh itu, marilah kita membuat lebih banyak usaha untuk mengasihi dan mengembangkan iman dalam komuniti kita. Janganlah kita malu atau lari dari komuniti kita, kerana Yesus mengingatkan kita "di mana dua atau tiga orang berkumpul kerana Aku, Aku berada di tengah-tengah mereka." Komuniti kita mungkin tidak sempurna, tetapi bersama-sama, kita boleh berkembang dalam kasih dan hubungan antara satu sama lain berserta dengan Tuhan kita yang telah bangkit dan penyayang, Yesus Kristus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Minggu Biasa Ke-6 Tahun B

Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...