Berputus asa seolah-olah menjadi perkara yang paling mudah untuk dilakukan bagi sesetengah orang. Orang berputus asa atas sebab-sebab tertentu. Ada yang berbuat sedemikian kerana mereka kurang keyakinan atau kredibiliti. Ada pula kerana memikirkan keadaan berada di luar kawalan mereka. Ada yang berpendapat bahawa usaha itu adalah tidak berbaloi dalam jangka masa panjang. Ada pula berasa kecewa, dan mungkin juga putus harapan, memikirkan bahawa semua harapan hilang. Walau bagaimanapun, jika kita mengkaji motif sesetengah orang mengapa mereka berputus asa, kita mungkin mula mendapati bahawa beberapa sebab sebenar mengapa mereka berbuat demikian mungkin kerana mereka tidak mahu bertanggungjawab atas situasi atau tugas, atau mungkin mereka berasa harga diri mereka yang dipertaruhkan, atau reputasi mereka adalah lebih penting bagi mereka, dan lebih suka menyelamatkan apa yang mereka boleh dan bukannya mengambil lebih risiko.
Kedua-dua orang murid dalam perjalanan ke Emaus dalam Injil hari ini telah berjalan jauh dari Yerusalem, berjalan jauh dari situasi sedia ada. Mereka berputus asa, memikirkan bahawa tiada apa yang tinggal bagi mereka untuk berpaut. Tetapi walaupun mereka telah berputus asa pada Yesus, Yesus tidak berputus asa pada mereka. Yesus berjalan bersama-sama dengan mereka dan membantu mereka perlahan-lahan sehingga menyedari bahawa adanya harapan. Akhirnya, semangat yang berkobar-kobar dalam diri mereka yang pada mulanya seolah-olah telah padam mula membara lagi. Mereka sedar semula akan misi dan tanggungjawab mereka untuk menjadi saksi kepada Berita Baik.
Kita mungkin pada satu ketika dalam hidup kita berasa seperti terbiar disebabkan oleh kegagalan kita, disebabkan banyak dosa yang mungkin kita telah lakukan. Sesetengah kita mungkin mula untuk berfikir bahawa kita tidak layak dan oleh itu mula tertinggal Misa. Walau bagaimanapun, Misa yang kita cuba untuk elak, itulah yang benar-benar menyembuhkan dan menguatkan kita. Di Misa, Yesus berbicara kepada kita daripada pembacaan di dalam al-kitab; bahawa Yesus memecahkan roti dan membuka mata kita kepada kehadirannya dalam Ekaristi dan di sekeliling kita; bahawa Yesus akan menguatkan kita dan menghantar kita keluar untuk mewartakan berita baik kepada semua. Di Misa, kita menyedari bahawa Yesus sentiasa berjalan bersebelahan kita, membimbing kita dan memberi kita harapan.
Jika sesetengah kita berasa ingin berputus asa, seperti tidak ada harapan, ingatlah ini: Yesus ada di sana. Kita mungkin tidak melihat-Nya, tetapi Dia ada di sana. Dia ada di sana semasa Misa dan Dia menjemput semua untuk datang agar diperkaya dan diperkuatkan. Dia mahu anda untuk datang lebih dekat kepada-Nya dan membenarkan Dia menyembuhkan anda dan menyalakan semula api di dalam hati anda. Janganlah takut. Hati kedua-dua orang murid di Emaus telah membara semula dengan semangat baru, kerana mereka membuka hati mereka kepada Yesus. Marilah kita turut membuka hati kita kepada Yesus.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan