Allah kita bersama dengan kita setiap masa. Tanpa mengira sama ada ia waktu senang atau waktu sukar, sakit atau sihat, gembira atau sedih, hidup atau mati, Allah ada di situ. Hari ini, kita diingatkan yang Allah disalibkan pada salib. Salib adalah hukuman yang mengaibkan, menanggung penderitaan yang perlahan sehingga kematian yang menyakitkan. Orang yang paling jahat adalah orang yang biasa disalibkan. Tetapi di sini, kita mempunyai Tuhan yang disalibkan.
Mengapa Allah disalibkan? Sebenarnya, ini disebabkan begitu besar kasih-Nya untuk kita. Dia ingin menyelamatkan kita dari dosa-dosa kita. Dia disalibkan oleh dosa kita sendiri, sikap acuh tak acuh kita, cita-cita kita, ketamakan kita, sikap mementingkan diri kita sendiri, kegagalan kita untuk mengampun, kebanggaan kita, kemarahan kita, dan sebagainya. Salib ditransformasi dari instrumen maut ke simbol kasih Tuhan tanpa syarat. Salib membuktikan bahawa Allah malah bersedia untuk mengambil tempat yang paling teruk daripada orang yang berdosa dengan dihukum seperti seorang penjenayah, supaya kita dapat diselamatkan dari dosa-dosa kita.
Adakah kita bersedia untuk memikul salib-salib kita dan mati untuk dosa-dosa kita? Adakah kita bersedia sepenuh hati dan dengan penuh ghairah mengasihi Allah dan orang lain, tanpa mengira sama ada mereka telah berbuat baik atau buruk kepada kita? Tuhan mati di atas salib untuk menyelamatkan kita semua. Adakah kita cukup rendah diri untuk mengikut teladan-Nya?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Minggu Biasa Ke-6 Tahun B
Apakah yang dimaksudkan dengan diperlakukan sebagai sampah masyarakat atau orang buangan daripada masyarakat? Pernahkah anda mengalami laya...
-
Dari usia muda, kebanyakan kita akan diperkenalkan dengan peraturan dan undang-undang di rumah. Kita akan dididik dengan apa yang boleh dite...
-
Berapakah jumlah kegembiraan di dalam hati kita? Adakah kita orang yang gembira, atau adakah kita menjadi terlalu sibuk dengan begitu banyak...
-
Sejak berkurun-kurun dan dekad lamanya dalam sejarah manusia, kita telah melihat banyak kegusaran, kebencian, dendam, tentangan, keingkaran,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan